Blog khusus untuk catatan perkongsian ilmu dan pengalaman perjalanan mengerjakan fardhu haji bagi tahun 1431H. Ilmu dicari dari pelbagai sumber yang merangkumi dari kursus haji bersiri, kitab-kitab serta rujukan yang lain.
Monday, August 1, 2011
Rahsia Dedaun Hijau
Sunday, July 31, 2011
Tazkirah Ramadhan dari Pusat Islam UPM
1 Ogos 2011
Bersyukur kerana Allah memberi kesempatan kita berpuasa pada tahun ini.
Sahabat Rasullullah amat merindui kehadiran Ramadhan bagai kekasih yang setahun tidak berjumpa.
Puasalah dengan penuh sabar demi tingkatkan ketaqwaan.
Puasa bukan sekadar makan dan minum.
Puasa dari melontarkan perkataan keji.
Puasa dari pandangan, perbuatan.
Puasa dapat membakar dosa- dosa yang lalu.
Penuhi ibadah yang lain seperti bertadarus, sedekah.
Puasa tidak ditentukan pahalanya atau imbalan.
Jangkamasa puasa sama pada semua umat.
Berazam untuk manfaatkan Ramadhan pada tahun ini.
Pesta ibadah bukan pesta makanan.
Sent from my iPod
Saturday, May 7, 2011
Haji - Satu perjalanan
Pabila seruan haji
Sampai ke hati, lubuh sanubari
Panggilan Agung ke tanah suci
Berkocak di minda kekotak fikiran
Bagai insan yang kehausan
Bagai insan yang perlukan sesuap nasi
Perlu dipenuhi demi kebahagiaan
Perjalanan itu bermain difikiran
Bagai Laila dan Majnun
Ingin ketemu Kekasih sejati
Di bumi para anbia
Tuesday, May 3, 2011
Sunday, May 1, 2011
Budi bahasa budaya kit a
KERAJAAN mengadakan pelbagai kempen berkaitan amalan berbudi bahasa. Ini termasuklah 'Bulan Budi Bahasa' sebagai satu usaha menyedarkan masyarakat betapa penting unsur budi bahasa diterapkan sebagai amalan peribadi. Malah, kita sering membaca slogan seperti,' Berbudi Bahasa Budaya Kita' dan 'Bahasa Menunjukkan Bangsa.'
Setakat mana kesedaran kita tentang kempen itu? Adakah amalan berbudi bahasa semakin menyerap ke dalam jiwa kita atau kita masih memandang remeh akan hal berkenaan?
Berbudi bahasa dapatlah diertikan sebagai percakapan yang baik, elok dan bersopan dalam tutur kata, tinggi dan berhemah budi bicara, beradab, bersopan santun, tertib, bersikap lemah lembut, bertingkah laku baik dan mempunyai akhlak yang murni. Jadi, dilihat dari segi definisinya budi bahasa begitu luas skopnya meliputi segenap kehidupan manusia.
Dalam ajaran Islam, amalan berbudi bahasa diletakkan pada kedudukan tinggi dan amat digalakkan. Malah, pembangunan sesebuah masyarakat
atau negara tidak sempurna tanpa rakyatnya kurang budi bahasa. Imam Bukhari ada merekodkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Saiditina Aisyah.
Dikatakan Nabi s.a.w. sentiasa menyambut tetamunya dengan kata-kata lemah lembut sekalipun tetamu yang mengunjungi Baginda sudah dikenali orang sebagai orang yang berperibadi buruk. Inilah sifat dakwah Baginda sebagai ubat penawar menjinak jiwa manusia agar mengikuti ajaran yang dibawanya.
Aisyah juga ada menceritakan satu kisah yang katanya; Sesungguhnya seorang lelaki meminta izin untuk masuk berjumpa Nabi saw. Lantas Nabi s.a.w. menjawab: "Persilakanlah masuk. Dia adalah lelaki yang berperangai buruk daripada sebuah keluarga. Tatkala lelaki tersebut masuk berjumpa Nabi saw, kemudiannya Nabi saw menyambutnya dengan kata-kata yang lemah lembut.
Aisyah kemudiannya melontarkan pertanyaan kepada Baginda" Wahai Rasulullah, mengapa kamu (Baginda) bercakap dan bersikap selembut itu." Apa kata Nabi s.a.w. apabila mendengar pertanyaan isteri kesayangannya itu? Kata Nabi: "Wahai Aisyah, sesungguhnya orang yang kedudukan paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat kelak ialah orang yang dijauhi atau orang yang ditinggalkan oleh orang ramai kerana mereka takut akan kejahatannya (orang yang buruk tutur kata dan tingkah lakunya)." (Hadis riwayat Bukhari).
Ini adalah teladan terbaik buat kita semua yang hidup zaman mutakhir ini agar menjadikan amalan berlemah lembut dan berbudi bahasa sebagai teras keperibadian.
Sebenarnya seseorang yang bersikap berbudi bahasa luhur akan disenangi oleh orang ramai dan secara tidak langsung akan dapat membina satu kehidupan sosial yang sejahtera aman damai. Jadi, dalam era moden yang sedang kita kecapi kini, sikap berbudi bahasa perlu diutamakan kerana masyarakat yang kontang dengan sikap mulia itu akan mengundang pelbagai kerencatan dan kemudaratan kepada sesama manusia, malah pembangunan itu menjadi tidak bermakna.
Kita sebagai hamba Allah sewajarnya menjadikan sikap berbudi bahasa sebagai satu saluran gambaran akal budi dan keindahan sosial. Matlamat negara kita menuju pencapaian sebagai sebuah negara maju menjelang 2020 telah menggariskan nilai akhlak, moral sebagai tunjang utama. Ini disebabkan kemuliaan dan kebahagiaan sesuatu masyarakat atau bangsa itu banyak bergantung kepada pengamalan sikap mulia seperti berbudi bahasa itu.
Dalam usaha pembangunan dan kemajuan, fokus pembangunan nilai berbudi bahasa tidak boleh dilupuskan begitu saja malah perlu sentiasa diperkasa setiap masa. Masyarakat yang rosak sikap budi bahasa akan menjerumuskan negara ke kancah tidak sihat dan melambangkan keburukan wajah negara.
Oleh itu, jelaslah bahawa amalan berbudi bahasa seharusnya dijadikan sifat umat sejagat kerana ia mampu mencorak kehidupan manusia untuk hidup lebih harmoni dan positif. Tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi rumah binasa, sendi bangsa ialah budi, runtuh budi, runtuhlah bangsa. Kepada rakyat Malaysia mari kita hayati sebahagian daripada lirik kata dalam lagu Budi Bahasa Budaya Kita , lagu yang diciptakan oleh Suhaimi Md Zin atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah ini; ' Bangsa Malaysia berhemah tinggi, Ramah dan mesra elok pekerti,
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi, Bertimbang rasa, hormat-menghormati.'
Thursday, April 28, 2011
Wednesday, April 20, 2011
Sunday, April 17, 2011
Monday, April 4, 2011
Insya Allah Bahasa Melayu - Maher Zain | E-Fah.com
http://www.youtube.com/watch?v=Hs4_dd5vCFs&feature=youtube_gdata_player
Exclusively sent from my iPad
Sunday, April 3, 2011
myMetroPengalaman bumi bergoncang
KURANG 36 jam selepas bencana berkembar gempa bumi dan tsunami melanda empat wilayah di timur laut dan utara Jepun, penulis sudah pun berada di Tokyo bagi membuat liputan berhubung kejadian alam kedua terburuk abad ini selepas tsunami di Acheh, Sumatera, Indonesia pada 26 Disember 2004.
Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita kira-kira jam 7 malam (8 malam waktu Malaysia), penulis dan rakan wartawan lain dari Kumpulan Media Prima berpakat ke Kedutaan Besar Malaysia di Nanpeidai-Cho, Shibuyaku iaitu kira-kira 90 minit perjalanan dari Narita dengan menaiki kereta api laju.
Penulis bernasib baik kerana perkhidmatan kereta api laju disambung semula hanya sehari selepas kejadian. Kalau tidak, pasti perlu menaiki teksi yang tambangnya mampu mencecah ribuan ringgit.
LIPUTAN... penulis (dua dari kiri) bersama rakan wartawan.
KOSONG... rak makanan seperti roti dan biskut di pasar raya kehabisan stok.
ROSAK... banyak kenderaan tersadai selepas dibadai tsunami.
CARI... kertas tertulis nama mangsa yang hilang dilekatkan di pusat penempatan sementara.
Dalam kedinginan suhu mencecah lima darjah Celsius itu, ketibaan penulis dan rakan dimaklumkan kepada Duta Besar, Datuk Shaharuddin Md Som yang kemudian meluangkan masa untuk ditemubual walaupun jam ketika itu melewati 12 tengah malam.
Beliau menyatakan, kejadian gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter pada jam 1.45 petang (2.45 petang waktu Malaysia) 11 Mac itu diikuti tsunami setinggi kira-kira 10 meter hanya 45 minit selepas gempa berlaku.
Empat wilayah yang teruk terjejas ialah Ibraki, Fukushima, Miyagi dan Iwate meliputi 600 kilometer persegi. Kawasan lima kilometer dari pantai paling teruk dibadai tsunami.
Setakat ini anggaran kematian mencecah lebih 10,000 orang manakala 20,000 lagi dilaporkan hilang. Walaupun jumlah kematian tidak sebesar di Aceh iaitu 160,000 orang, ke musnahan yang berlaku hampir sama. Namun, syukur kerana tiada kecederaan atau kematian membabitkan rakyat Ma laysia.
Sent from my iPod
