Blog khusus untuk catatan perkongsian ilmu dan pengalaman perjalanan mengerjakan fardhu haji bagi tahun 1431H. Ilmu dicari dari pelbagai sumber yang merangkumi dari kursus haji bersiri, kitab-kitab serta rujukan yang lain.
Thursday, October 18, 2012
HEBATnya TIGA
3 RANGKAI KATA
SEDAR atau tidak, seringkali apabila kita hendak menyenaraikan atau memberi contoh seringkali kita ungkapkan rangkaikata berikut.
"Senang je, macam abc... Air batu campur!", kata cikgu sekolah rendah sewaktu majlis taklimat bagi ujian penilaian sekolah rendah.
"Okay, kita katakan paksi x, paksi y dan paksi z", kata seorang guru Matematik sewaktu di alam persekolahan dulu.
"Ambil p, q dan r sebagai angkubah atau parameter bagi suatu objek yang bergerak", jelas guru Fizik pula.
Begitulah sebagian dari ungkapan yang sering tergiang di minda sewaktu di alam persekolahan dulu. Betapa hebatnya, guru atau cikgu kita dengan memberi hanya tiga rangkaikata.
Itu belum lagi, dengan ayat atau perbulan lazim seperti beriku;
"Sekian, terima kasih". Sebaik sahja dituturkan oleh si penceramah, maka para peserta seminar, bengkel atau persidangan mula merasa keseronokan kerana sesi tersebut akan berakhir, terutama pabila persembahan yang agak panjang dan membosankan.
"Saya Cinta A wak" atau " I love you". Sudah pastinya sang dara tersentak menunggu kata keramat keluar dari mulut jejaka pujaannya.
"Belajar betu-betul nak", pesan ayah dan juga ibu sewaktu menghantar anak kesayangan mereka ke tadika, sekolah mahupun ke menara gading. Tambahnya lagi "Solat jangan Tinggal" dan juga "Jadilah anak baik!".
Penerbangan Bintulu- Kuala Lumpur, oktober 18, 2012
1604
Sent from my iPad
Saturday, August 11, 2012
Maha Suci Allah
Maha suci Allah
Allah Maha Besar
Maha suci Allah
yang Maha Agung
dengan sifat kepujianNya
Allah pasti mendengar
akan orang yang memujiNya
Ya Tuhan kami
BagiMulah segala pujian
Maha suci Allah
yang Maha Mulia
dengan sifat kepujianNya
Ya Tuhanku
Ampunilah aku
Rahmatilah aku
Cukupkanlah aku
Angkatlah darjatku
Murahkanlah rezekiku
Berikanlah aku petunjuk
Sihatkanlah aku
Maafkanlah diriku
AlFatihah
Friday, August 10, 2012
Intipati > Doa Ifititah
Allah maha besar
lagi sempurna kebesaranNya
Segala puji bagi Allah
dengan pujian yang banyak
Maha suci Allah
sepanjang pagi dan petang,
sesungguhnya
aku menghadapkan mukaku
kepada zat
yang menciptakan langit dan bumi
dengan keadaan lurus
dan berserah diri
dan bukannya aku
termasuk dalam golongan musyrik,
Sesungguhnya
sembahyangku ibadatku,
hidupku dan matiku
hanya untuk Allah semesta alam
Tiada sekutu baginya
kerana itu aku rela diperintah
dan aku adalah golongan orang Islam.
Sumber: http://www.e-mosque.com.my
Wednesday, August 8, 2012
Saturday, August 4, 2012
Wednesday, July 4, 2012
Baca Yasin Tiga Kali
Saturday, June 30, 2012
Minuman paling lazat dari syurga
Minuman paling lazat dari syurga
Tafsir al-Quran & Asbabun Nuzul
SETELAH Allah SWT menyebut perihal Dia menunjukkan jalan kebaikan dan jalan keburukan kepada manusia menerusi firman-Nya yang bermaksud: Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebaikan untuk dijalaninya dan jalan kejahatan untuk dijauhi)(al-Balad :10). Berikutnya Allah SWT menambahkan penjelasan bahawa manusia itu terbahagi kepada dua golongan iaitu mereka yang menerima hidayah Allah SWT dan bersyukur serta golongan yang disesatkan Allah SWT dan kufur.
Kemudian, Dia mengakhiri perkara tersebut dengan apa yang disediakan untuk kedua-dua golongan itu pada hari kiamat nanti.
Allah SWT menyediakan kepada golongan pertama iaitu syurga-syurga dan kenikmatan, sehingga mereka meminum khamr - minuman yang paling lazat yang dicampurkan dengan air segar dan sejuk serta harum baunya. Apabila mereka inginkannya, maka ia datang kepada mereka di bilik-bilik.
Mereka juga memakai kain sutera dan duduk di atas pelamin-pelamin tanpa merasa panas dan sejuk. Kemudian Allah SWT menyebut pula sesuatu yang disediakan di dunia bagi mendapatkan pahala agung ini. Lalu dijelaskan bahawa mereka itu memberi makan kepada orang fakir, malang, yatim dan hamba sahaya. Mereka menunaikan apa yang diwajibkan oleh Tuhan mereka dan takut terhadap azab Allah SWT pada hari kiamat.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya kami menyediakan bagi orang-orang kafir rantai, belenggu dan neraka yang menyala-nyala. (al-Insaan: 4)
Al-Maraghi berkata: "Sesungguhnya Allah SWT menyediakan bagi orang yang mengkufuri nikmat-Nya dan menyalahi perintah-Nya, dengan rantai-rantai ke dalam neraka Jahim."
Manakala belenggu-belenggu dengan tangan-tangan mereka diikatkan ke leher-leher mereka sebagaimana yang dilakukan terhadap orang yang berdosa di dunia dan mereka dibakar dengan api neraka.
Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT mengkhabarkan tentang apa yang telah Dia sediakan bagi semua orang kafir daripada makhluk-Nya, sama ada berbentuk rantai, belenggu dan api yang menyala lagi membara di neraka Jahanam."
Sayid Qutub berkata: "Iaitu belenggu-belenggu untuk mengikat kaki dan memasungkan tangan serta api neraka yang menyala-nyala untuk dicampakkan mereka ke dalamnya dengan kaki tangan yang terbelenggu."
Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum daripada gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kapur. (iaitu) mata air (dalam syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya. (al-Insaan: 5-6)
Al-Maraghi berkata: "Sesungguhnya orang yang berbakti kepada Allah SWT dengan mengerjakan ketaatan serta menunaikan segala perkara yang diwajibkan oleh-Nya dan meninggalkan perbuatan yang dilarang seperti meminum arak yang dicampur dengan minuman yang lain, seperti kapur yang berbau harum, sejuk lagi putih."
Campurannya berasal daripada sumber yang daripadanya semua hamba Allah SWT yang bertakwa meminumnya di bilik-bilik yang terdapat di dalam syurga. Air itu didatangkan kepada mereka dengan mudah ke mana sahaja mereka suka dan dimanfaatkan menurut kehendak mereka serta ia mengikut mereka ke mana-mana sahaja tempat yang dikehendaki oleh mereka.
Al-Mujahid berkata: "Mereka membimbingnya ke mana sahaja mereka suka dan air itu mengikut ke mana sahaja mereka pergi."
Ibnu Kathir berkata: "Maksudnya, air kapur yang telah bercampur dan disediakan bagi orang-orang yang melakukan kebaikan ini adalah mata air yang biasa diminum oleh hamba-hamba Allah SWT yang mendekatkan diri, murni tanpa campuran, mereka minum sehingga kenyang."
Mereka boleh manfaatkan air tersebut ke mana dan di mana sahaja mereka kehendaki.
Sayid Qutub berkata: "Ayat ini menjelaskan bahawa minuman orang-orang yang taat atau para Abrar di dalam syurga ialah air campuran dengan haruman kapur, iaitu mereka minum di dalam gelas yang di ambil dari mata air yang sentiasa mengalir dengan banyaknya."
Biasanya orang-orang Arab mencampurkan minuman arak, kadang-kadang dengan kapur dan kadang-kadang dengan halia untuk menambahkan kelazatannya.
Dengan keterangan ini tahulah mereka bahawa di syurga akan disediakan minuman yang bercampur kapur dengan mewahnya tetapi taraf minuman ini tentulah lebih manis dan nyaman lagi daripada minuman-minuman di dunia dan kelazatannya berlipat kali ganda.
Exclusively sent from my iPad


