Di tanah halal inilah umat Islam menunaikan wuquf yang merupakan rukun haji.
Wuquf mengimbau kembali peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa diturunkan ke bumi dari syurga atas mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya iblis.
Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah.
Wuquf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah yang hanya berlaku sekali pada setiap tahun bererti berhenti seketika di padang itu. Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.
Solat fardhu dikerjakan, perbanyakkan talbiah, zikir, tilawah alQuran disamping qiamullail dan solat-soalat sunat. Waktu wukuf adalah pada 9 Zulhijjah setelah gelincir matahari sehingga sebelum naik fajar 10 Zulhijjah.
Disunatkkan perbanyakkan mohon doa dan keampunan lebih-lebih lagi selepas waktu asar di kawasan yang terbuka.