Tuesday, February 22, 2011

Institusi Masjid

Masjid merupakan pusat aktiviti orang Islam, yang perlu diimarakkan sepanjang waktu sehari semalam.

Saturday, February 19, 2011

Port Dickson

Feb 19, 2011.

Keredaan Ilahi - Ustaz Hasnil Abu Bakar


Ustaz Hj Hasnil Abu Bakar merupakan seorang penceramah yang menyampaikan ceramah menerusi slot mingguan di Radio Ikim.fm mengenai tajuk ‘Manasikul Haj’ yang disiarkan pada jam 8 pagi. Pengalaman mengerjakan ibadah haji bersama beliau pada musim 1431h/2010m begitu mengesankan jiwa para jemaah haji.




1. Di dalam mukadimahnya, Ustaz Hj Hasnil mengingatkan tentang betapa banyaknya kurniaan, rezeki, dan nikmat yang Allah swt kurniakan kepada hambanya dan betapa sedikit sekali tuntutan ibadat yang mereka perlu lakukan. Nikmat kurniaan Allah swt tidak dapat dihitung kerana terlalu banyak sementara ibadah harian (solat), mingguan (solat Jumaat), tahunan (puasa), dan sekali seumur hidup (Haji, syahadah) adalah terlalu kecil sebagai bandingan.

2. Di dalam melakukan ibadat haji, seseorang dapat melihat keseimbangan di antara kehidupan dunia dan akhirat. Ibadat haji juga merupakan ibadat yang menggabungkan ibadat hati, jasad, dan harta. Seseorang yang sedang melakukan ibadat haji juga dapat menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya.

3. Kalimat Talbiah adalah laungan komitmen dan janji kepada Allah untuk berpegang teguh dengan agamanya dan memperjuangkannya. Laungan talbiah akan dijawab oleh Allah berdasarkan niat orang yang melaungkannya.

4. Allah swt mengarahkan Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya Nabi Ismail a.s. supaya membina Baitullah dan membersihkannya dari kotoran syirik. Nabi Ibrahim a.s. juga diarahkan melaungkan seruan haji kepada umat manusia walaupun pada masa itu tiada manusia di sekeliling kawasan itu. Seruan haji, walaupun tidak didengar oleh umat Islam secara fizikal tetapi ianya disahut setiap tahun. Sejak ianya disyariatkan, ia telah berjalan setiap tahun tanpa gagal.

5. Antara pengajaran lain yang dapat diambil dari kesan seruan Nabi Ibrahim a.s. tersebut adalah tugas dakwah perlu dilaksanakan atau diteruskan tanpa terlalu memikirkan samada ianya akan diterima atau tidak. Tugas manusia adalah menyampaikan dan sesungguhnya Allah swt lah yang memberi hidayah.. Sebagaimana amal ibadat yang lain, ibadah haji juga memerlukan ilmu iaitu syarat sebelum beramal. Seseorang itu akan masuk ke dalamnya dengan ilmu dan keluar menjadi takut kepada Allah swt (taqwa).

8. Ibadah haji adalah merupakan satu pengorbanan yang melibatkan ruhani, jasad, dan harta. Ia adalah satu jihad terutama kepada para Muslimat.

9. Dalam melakukan ritual seperti tawaf, seseorang itu tidak perlu bergantung dengan risalah doa yang sepatutnya sudah dihafal sebelumnya. Seseorang yang melakukan tawaf dan sa’ie hanya perlu berdoa dengan doa yang keluar dari hati dan bukannya dari kertas yang belum lagi dihayati.

10. Wukuf di Arafah secara simboliknya adalah proses pembersihan diri dan muhasabah. Sejurus selepas seseorang itu berniat untuk melakukan ibadah haji, seolah-olah Allah swt mengerah para jemaah haji keluar dari Mekah ke suatu tempat yang terasing dari pembangunan dan hampir terputus dari dunia luar supaya para jemaah dapat mencari kedamaian diri untuk memuhasabah diri masing-masing. Pergerakan yang cuma lebih kurang 22 kilometer tetapi cukup menguji kesabaran dan ketabahan diri setiap jemaah haji.

11. Larangan-larangan seperti larangan berhias, bersama pasangan, atau bernikah kahwin yang dikenakan ke atas para jemaah haji semasa berihram adalah bertujuan untuk memfokuskan kepada Allah dan bukan perkara-perkara duniawi. Pakaian yang menjadi simbol perbezaan darjat di mata manusia telah disamatarafkan di mana lelaki akan memakai pakaian yang serupa tanpa sebarang jahitan.

12. Tertib yang mana menjadi sebahagian rukun haji dan wajib haji adalah sebagai satu sistem kawalan kualiti ibadat haji. Setiap jemaah haji memerlukan ilmu supaya dapat menilai sendiri ibadat yang dilakukan mereka samada menepati syarat-syaratnya. Menghadiri siri kuliah manasik haji adalah untuk memenuhi tuntutan tertib dalam beribadah.

13. Selain itu, Ustaz Hj Hasnil juga menyarankan supaya setiap individu yang belum berkesempatan untuk melakukan ibadah haji supaya memasang niat untuk melakukannya dan bersegera mendaftar tanpa perlu terlalu memikirkan status pendapatan/kewangan mereka. InsyaAllah akan diberikan rezeki dan kemudahan oleh Allah swt untuk melaksanakannya.



Thursday, February 17, 2011

Maulidur Rasul > Renung Sejenak

Sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Rasulullah SAW bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidul Rasul dengan diadakan pelbagai acara seperti: Membaca al-Quran al-Karim dan berceramah mengenai sirah baginda SAW ataupun beselawat serta berzanji dan pelbagai acara lagi dan pada akhirnya kadang-kala diadakan sedikit jamuan. Mimbar-mimbar Jumaat juga tidak terlepas dari berkhutbah dengan penuh bersemangat untuk menyatakan cintanya umat ini terhadap baginda SAW.

Semperna perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1432 H / 2011 M ini, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda SAW dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Tulisan ini sama sekali tidak akan membahaskan hukum menyambut Sambutan Maulidur Rasul SAW kerana persoalan ini terlalu kerap dibahaskan pelbagai pihak saban tahun dan ia adalah masalah khilafiyyah yang tidak akan selesai hingga Kiamat.

Oleh itu, di kesempatan ini, saya ingin mengambil sedikit ruang untuk menceritakan dan ingin mengingatkan beberapa perkara yang mungkin ada di kalangan kita yang terlupa tentang Rasulullah SAW. Semoga tulisan ringkas ini mendapat manfaatnya. InsyaAllah.

KEPUTERAAN RASULULLAH SAW

Adapun nasab keturunan baginda SAW adalah: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. Dikatakan bahawa nasib baginda SAW ini sampai kepada Nabi Ismail AS.

Nabi Muhammad SAW lahir pada tahun Gajah iaitu tahun tentera Abrahah melanggar masuk untuk menyerang dan menawan kota Makkah. Namun percubaan untuk menawan Kaabah ini menemuni jalan kegagalan apabila Allah Taala menghantar sekumpulan burung Ababil untuk memusnahkan angkatan tentera Abrahah itu dalam sekelip mata sahaja. Mengikut pendapat yang paling hampir bahawa baginda SAW telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun itu (terdapat juga beberapa pendapat lain lagi).

Baginda SAW adalah seorang yatim ketika dilahirkan. Bapanya wafat ketika usia baginda SAW dua bulan dalam kandungan ibunya. Setelah dilahirkan baginda SAW dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib kemudian disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Bani Saad Bakri.

Kampung Bani Saad pada ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Setelah sampai Nabi Muhammad SAW untuk menyusu maka kampung tersebut berubah dari sebuah kampung yang tandus kepada sebuah kampung yang subur lagi menghijau. Di kampung ini jugalah baginda SAW telah dibedah perut oleh malaikat ketika usia baginda lima tahun. Ini adalah di antara keberkatan dan mukjizat baginda SAW yang telah dikurniakan oleh Allah Taala.

Ibu baginda SAW telah wafat ketika usia baginda enam tahun. Ini menyebabkan baginda SAW menjadi yatim piatu. Kemudian baginda dipelihara dan dididik pula oleh datuknya Abdul Mutalib sehingga usia baginda lapan tahun. Setelah datuknya meninggal dunia baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

RASULULLAH SAW UTUSAN ALLAH TAALA

Rasulullah SAW merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah SAW tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasul-Nya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran al-Karim ataupun al-Hadis antaranya:

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).

Oleh itu, sebagai tanda kita mengimani dan mencintai Rasulullah SAW, beberapa perkara yang akan saya nyatakan di bawah ini boleh dijadikan pegangan kita:

BERADAB DENGAN RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasul-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah SAW) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).

MENTAATI RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah SAW) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).

BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).

MENGASIHI RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasul-Nya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

PENUTUP

Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda SAW hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah SAW sepenuh jiwa. Akhir sekali, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul SAW 1432 H / 2011 M kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda SAW pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.

Wallahualam.

Sumber: http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1685-ya-rasulullah.html


Wednesday, February 16, 2011

Berita Harian Online | Rasulullah sumber inspirasi capai kecemerlangan

Umat Islam perlu kuasai ilmu pengetahuan demi memartabat maruah agama, negara Rasulullah sumber inspirasi capai kecemerlangan

Oleh Dr Amini Amir Abdullah ... 2011/02/16

NABI Muhammad diutuskan membawa mesej Islam daripada Allah kepada semesta alam. Peranan dan tanggungjawab Baginda terlaksana dengan baik iaitu membawa dan memimpin manusia keluar daripada kejahilan kepada akidah Islamiah dan melonjakkan imej Islam. Nabi Muhammad adalah penganjur keamanan sejagat.

Tema Sambutan Maulidurrasul tahun ini ialah 1Malaysia 1Ummah. Ia bersesuaian dengan kebangkitan Rasulullah sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam yang boleh ditelusuri melalui penghayatan dan pengorbanan Nabi dalam menyebarkan agama Allah di samping mempraktikkan ajaran yang dibawanya ke arah kecemerlangan.

Rasulullah membawa akidah murni dengan paradigma tauhid, menyingkirkan sistem kepercayaan jahiliah, menyeru manusia percayakan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul yang membawa ajaran Islam demi kebaikan dan kebahagiaan manusia di dunia serta akhirat. Rasulullah membawa transformasi kehidupan masyarakat dan negara dengan menyatupadukan sesama umat Islam dan dengan bukan Islam.

Tiada formula dalam tamadun manusia bagaimana menyatukan manusia berlainan kepercayaan, keturunan, warna kulit, latar belakang dan ideologi. Kejayaan Rasulullah terpahat dalam sejarah tamadun manusia hasil pengorbanan Baginda dan sahabat memanifestasikan kesejagatan Islam. Kegemilangan Islam bukan retorik.

Umat Islam perlu menjadi umat terbaik dengan mempromosi formula kesejagatan Islam dalam menjana perpaduan dan integrasi nasional serta menyelesaikan masalah masyarakat pelbagai kaum. Nabi Muhammad sentiasa mencari penyelesaian secara damai dan persefahaman sebelum sesuatu peperangan bermula terutama dengan orang Yahudi dan Kristian serta musuh lain.

Dalam al-Quran (Surah Al-Baqarah: Ayat 90 dan Surah Al-Haj: Ayat 39) Allah secara jelas melarang serangan membuta-tuli termasuk kezaliman, kebiadapan dan pemusnahan. Matlamat utama umat Islam menyambut Maulidur Rasul setiap tahun ialah memperingati semua pengorbanan, tenaga, jasa dan perjuangan Baginda dalam melonjak dan memperjuangkan Islam yang menjadi agama anutan kita hari ini.

Kerana jasa Baginda, Islam menjadi agama dominan di dunia ketika ini dan penganut agama kedua teramai di dunia. Sejarah penyebaran Islam oleh Baginda adalah sirah yang sentiasa kita telaah untuk diambil pengajaran dan iktibar segala perilaku Rasulullah yang menjadi sumber inspirasi kita untuk mencapai kecemerlangan. Rasulullah adalah uswah hasanah (teladan yang baik) dan qudwah hasanah (ikutan dan kepemimpinan terbaik) bagi umat Islam. Semua sifat Nabi adalah keutamaan untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Allah berfirman bermaksud: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu satu contoh yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat serta ia selalu menyebut dan mengingati Allah dalam masa susah dan senang" (Surah Al-Ahzab: Ayat 21). Rasulullah diutus untuk menyebarkan risalah Allah, mendaulatkan ilmu dan membina peradaban manusia. Falsafah 'iqra' melahirkan peradaban berstatus dunia pada zaman keemasan Islam hingga orang Barat banyak belajar daripada cendekiawan dan peradaban Islam.

Kita bukan saja harus menjadikan peradaban Islam menyumbang kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu, bahkan membentuk sahsiah masyarakat. Jika kita mahu Malaysia menjadi negara Islam contoh dan maju, anggota masyarakat perlu mengisi dada dengan ilmu pengetahuan sebanyak mungkin. Timba ilmu dan kemahiran sebagai persediaan membangun dan memajukan negara.

Tanpa ilmu, kita akan kecundang. Masyarakat juga perlu merancang, menganjur, menyelaras dan mengendalikan program bagi tujuan kecemerlangan akademik dan sahsiah, ibadat, pendidikan, kemajuan ilmu fardu ain dan kifayah selain kemahiran menjulang nama Malaysia pada persada antarabangsa. Kita perlu memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap serta menzahirkan akhlak Islam dalam kehidupan seharian.

Jumlah umat Islam seramai 1.7 bilion di seluruh dunia kerana wujudnya usaha dakwah Rasulullah dan sahabat secara berkesan dan diteruskan oleh tabi' dan tabi'in. Justeru, sambutan Maulidur Rasul sepatutnya mengembalikan nostalgia indah akan sikap dan semangat proaktif Nabi Muhammad, sahabat serta ulama berdakwah, menyebarkan Islam dan mempertahankan maruah umatnya.

Kejayaan Rasulullah menyebarkan dakwah adalah kerana Islam adalah agama yang mudah dipraktikkan. Baginda mempermudahkan dan tidak menyulitkan serta membawa khabar gembira mengenai nikmat syurga dan peringatan azab api neraka.

Rasulullah adalah idola dari segi akhlak, akidah dan kepemimpinan. Baginda melakukan dakwah secara berstrategi, sistematik dan fokus. Proses penyebaran Islam dilakukan secara berterusan dan berperingkat mengikut keutamaan mencakupi persoalan prinsip dan dasar.

Dalam dakwah, Baginda mengambil kira faktor demografi, mentaliti, latar belakang, sosial, budaya, sistem kepercayaan, ekonomi dan seumpamanya. Tiada diskriminasi bangsa dalam Islam. Umat Islam dalam negara ini perlu menggembleng tenaga untuk melipatgandakan dakwah. Badan bukan kerajaan Islam juga perlu proaktif dan inovatif dalam melaksanakan dakwah supaya memberi impak tinggi.

Perancangan dakwah perlu sistematik serta strategi. Kita juga perlu memantapkan perpaduan sesama umat dan bekerjasama dalam semua usaha dalam kerangka definisi dakwah. Berdakwah secara hikmah dan bijaksana adalah rahsia utama menggapai kejayaan usaha ini. Untuk menjadi yang terbaik, umat Islam perlu menguasai ilmu pengetahuan, berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah. Kita perlu aktif dan produktif dalam perniagaan pada semua peringkat.

Kita juga perlu menguasai sains, teknologi dan maklumat bagi memartabatkan inisiatif dakwah serta maruah Islam. Dakwah dengan berkesan memberi kelangsungan wujudnya umat Islam di dunia. Kita mahu kecemerlangan, kebahagiaan dan kejayaan di dunia serta akhirat. Kecemerlangan tidak dapat dicapai melalui jalan pintas tetapi menuntut komitmen, perancangan teliti, usaha dan pelaksanaan berterusan serta daya juang yang tinggi.

Tiada kejayaan tanpa sebarang pengorbanan dan tiada pengorbanan tanpa keikhlasan dan ketulusan hati.

Penulis adalah pensyarah di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rasulullahsumberinspirasicapaikecemerlangan/Article


Exclusively sent from my iPad

Monday, February 14, 2011

Majlis ilmu Di Masjidil Haram

Sesungguhnya ilmu begitu banyak bagai air lautan. Tak Kira dimana sahaja kita berada. Apa yang penting buka minda kita. Gambar menunjukkan salah satu majlis ilmu selepas solat maghrib di Masjidil Haram Mekah. Agak begitu ramai sekali kumpulan-kumpulan seperti ini. Setidak-tidaknya ruang masa menunggu solat isyak dimanfaat dengan menimpa ilmu dan pengalaman yang disampaikan oleh Tok Guru.


Saturday, February 12, 2011

3 Amalan Yang Berkat


Hadith:

Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab: "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah."

Riwayat Bukhari

Huraian Hadith:

Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah SWT. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya.

Beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya amat besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan.

Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan.

Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah SWT sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk (neraka).

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

  • E-mail this story
  • Print this story

« Kembali

Monday, February 7, 2011

Satu pagi Di Mina Muassin

Seneri sewaktu pulang dari mengutip anak-anak untuk tujuan melontar ketiga-tiga Jamrah. Kelihatan antara jemaah yang sempat berniaga di sana. Bukit-bukit sumber perolehan anak-anak batu.

Kuih oh kuih

How do you like my photos? These photos were captured at Gerik.

Saturday, February 5, 2011

Batuk di 2M - Mekah dan Madinah



Batuk? Ya sudah menjadi lumrah para tetamu Allah akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Diantaranya adalah batuk.

TU kira ringanlah berbanding dengan demam dan sakit yang lain. Teringat sewaktu berada di tanah suci Mekah, rakan-rakan sebilik dan mula batuk-batuk.

Apa lagi mereka pun buat appointment dengan klinik tabung haji yang terletak ditingkat satu. Kebetulan menghantar orang rumah yang demam berjumpa doktor.

Bertanyalah ambo kepada pesakit-pesakit yang batuk-batuk. Masa tu ditakdirkan hamba belum terkena batuk. Ada juga yang memakai penutup muka sewaktu mengerjakan ibadat haji dan umrah.

Terkena batuk juga. Kalau ikutkan logik akal tentulah mereka yang menjaga pernafasan dan mulut melalui penutup muka yang dibeli atau dibekalkan oleh Klinik Tabung Haji, agak sukar beroleh batuk. Namun kalau sudah takdir, ditutup ke atau tidak mulut dan hidung, kalau dah nak kena batuk, pastinya kan batuk juga.

Hinggakan doktor dari Tabung Haji juga terkena batuk. Katanya pesakit eksport batuk kepada doktor. Tambah doktor lagi, bila batuk tengah malam tandanya Allah memberi peluang kita bangun malam bagi mengerjakan solat tahajjud.

Pengalam peribadi, batuk ada dua jenis satu kering dan basah! Yang kering tu... boleh rasa ditarik urat leher hingga kadangkala berdarah.

Kalau yang basah pulak, disertai dengan selsema bagaikan air terjun keluar dari lelubang hidung tanpa hentinya.

Itu semua antara dugaan dan cabaran sepanjang di bumi 2M - Mekah dan Madinah. Jangan pulak berkata... aku dah batuk kat Malaysia sebelum haji, dan tak munggkin batuk lagi kat sini. Namun takdir penentu segala, ada juga yang menyambung batuknya dari batuk siri Malaysia, siri Mekah dan siri Madinah.

Tidak kurang jemaah haji yang tidak sanggup beratur menunggu giliran, membeli ubat batuk pelbagai jenama difarmasi yang berdekatan. Kalau dikira tidak kurang 5 botol ubat batuk setiap jemaah.

Kepada bakal-bakal haji musim akan datang, nasihat kami jagalah kesihatan dan bawalah ubat-ubat batuk dan gula-gula batuk HACKS yang begitu popular... Susah nak dapat disana...




Thursday, February 3, 2011

Ustaz Amin : Jom Kongsi Pengalaman 45 – Santai Jemaah Haji (1)

Azman has sent you a link to a blog:

Satu pengalaman yang menarik.

Blog: Ustaz Amin
Post: Jom Kongsi Pengalaman 45 – Santai Jemaah Haji (1)
Link: http://www.ustazamin.com/2009/11/jom-kongsi-pengalaman-45-santai-jemaah.html

--
Powered by Blogger
http://www.blogger.com/

FaceBook