Saturday, February 5, 2011

Batuk di 2M - Mekah dan Madinah



Batuk? Ya sudah menjadi lumrah para tetamu Allah akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Diantaranya adalah batuk.

TU kira ringanlah berbanding dengan demam dan sakit yang lain. Teringat sewaktu berada di tanah suci Mekah, rakan-rakan sebilik dan mula batuk-batuk.

Apa lagi mereka pun buat appointment dengan klinik tabung haji yang terletak ditingkat satu. Kebetulan menghantar orang rumah yang demam berjumpa doktor.

Bertanyalah ambo kepada pesakit-pesakit yang batuk-batuk. Masa tu ditakdirkan hamba belum terkena batuk. Ada juga yang memakai penutup muka sewaktu mengerjakan ibadat haji dan umrah.

Terkena batuk juga. Kalau ikutkan logik akal tentulah mereka yang menjaga pernafasan dan mulut melalui penutup muka yang dibeli atau dibekalkan oleh Klinik Tabung Haji, agak sukar beroleh batuk. Namun kalau sudah takdir, ditutup ke atau tidak mulut dan hidung, kalau dah nak kena batuk, pastinya kan batuk juga.

Hinggakan doktor dari Tabung Haji juga terkena batuk. Katanya pesakit eksport batuk kepada doktor. Tambah doktor lagi, bila batuk tengah malam tandanya Allah memberi peluang kita bangun malam bagi mengerjakan solat tahajjud.

Pengalam peribadi, batuk ada dua jenis satu kering dan basah! Yang kering tu... boleh rasa ditarik urat leher hingga kadangkala berdarah.

Kalau yang basah pulak, disertai dengan selsema bagaikan air terjun keluar dari lelubang hidung tanpa hentinya.

Itu semua antara dugaan dan cabaran sepanjang di bumi 2M - Mekah dan Madinah. Jangan pulak berkata... aku dah batuk kat Malaysia sebelum haji, dan tak munggkin batuk lagi kat sini. Namun takdir penentu segala, ada juga yang menyambung batuknya dari batuk siri Malaysia, siri Mekah dan siri Madinah.

Tidak kurang jemaah haji yang tidak sanggup beratur menunggu giliran, membeli ubat batuk pelbagai jenama difarmasi yang berdekatan. Kalau dikira tidak kurang 5 botol ubat batuk setiap jemaah.

Kepada bakal-bakal haji musim akan datang, nasihat kami jagalah kesihatan dan bawalah ubat-ubat batuk dan gula-gula batuk HACKS yang begitu popular... Susah nak dapat disana...




FaceBook