Saturday, December 1, 2012

My journal on zakat

My Journal on zakat

By drsidekaziz 12/1/2012

Excerpts:

Sunday, November 18, 2012

Pen pun boleh Baca Quran

HEBAT memang hebat dunia kini. Kalau dahulu hanya manusia hanya yang pandai membaca ayat-ayat suci al-Quran. Kini, pen pintar boleh membaca dan juga memberi terjemahan. Itulah satu hakikat yang tak boleh kita sangkal lagi. Eh bagaimana ye, pen boleh membaca ayat-ayat suci tersebut. Jawapan yang paling mudah adalah hasil perkembangan teknologi mutakhir iaitu teknologi elektronik terutama dari segi penyimpanan data, pengimbasan dan penukaran data kepada bunyi.

Silalah ke www.myqalam.my

  • Point the Pen on Ayah/Surah/Word of your choice
  • Complete Holy Qur'an in voices of 18 famous Reciters
  • Beautiful printed Holy Quran (Othmanic Style).
  • Option to store Qari/Reciter Audio, Dua, Adhan, Nasheed (File format: MP3)
  • Beautiful Pen with beautiful Gift Packing
  • Internal Li-Ion Chargable Battery

Setelah membeli dua set, didapati produk ni memang hebat. Bayangkan kesemua 30 juzuk, 114 Surah, 6666 ayat, terjemahan, doa-doa harian, hadis diimpan dalam sebatang pen pintar. Nak dengar terjemahan, pilih bahasa dan pilih surah dan dengar!

Jadi disyorkan, untuk mendapatkannya dengan kadar segera. Boleh dibawa kemana-mana sahaja. Kini anda boleh bersama alQuran dimana sahaja.




PRODUCT FEATURES:


  • Point the Pen on Ayah or Surah of your choice (only the Printed Quran included) and start listening
  • Complete Holy Qur'an in voices of 6 famous Reciters namely:
    • Ibrahim Ahmed Mir Mohammadi
    • Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais
    • Sheikh Sa'ad Al-Ghamdi
    • Sheikh Mahir Al-Muayqal
    • Ahmed Ali Al-Ajmi
    • Sheikh Mahmoud Khalil Al-Husary
  • Beautifull printed Holy Quran (Othmanic Style)
  • Option to store Other Qari/Reciter Audio, Dua, Adhan, Nasheed
    (File format: MP3) as optional in the pen via USB cable
  • Also include Quran Tafseer

 

GENERAL FEATURES:

  • Smart design
  • Clear and loud sound with built-in speakers and Headphone
  • Beautiful Pen with beatutifull Gift Packing
  • Includes Beautiful printed Holy Quran
  • Internal Li-Ion Chargable Battery

A GREAT USE:

The Quran ReadPen improves Quran reading skills for learners.
With audio support following skills can be achived:
  • Fluency in reading
  • Arabic Vocabulary
  • Comprehension
  • Spelling
  • Pronunciation
  • Academic vocabulary
  • Grammatical structure




Thursday, October 18, 2012

About Consuming Dates

>> " Health Benefits of Consuming Dates "
>>
>> 1) Dates are free from cholesterol and contain very low fat. Dates are rich in vitamins and minerals.
>>
>> 2) They are rich source of protein, dietary fiber and rich in vitamin B1, B2, B3 and B5 along with vitamin A1 and C.
>>
>>
>> 3)It helps improve the digestive system as it contains soluble and insoluble fibers and different kinds of amino acids.
>>
>> 4) Dates are great energy boosters as they contain natural sugars like glucose, sucrose and fructose. To get more advantage add dates to milk and make it a very nutritious snack.
>>
>> 5)Dates are very low in calories and are extremely suitable for health conscious people.
>>
>> 6) Dates are rich in potassium and reduced in sodium. This helps regulate a healthy nervous system. Researchers have revealed the fact that potassium intake up to a certain extent can reduce risk of stroke.
>>
>> 7) Dates also help in lowering of the LDL cholesterol.
>>
>> 8) Dates have high iron content and are very useful in treating anemia. The patients can eat many dates for better advantages.
>>
>> 9) Dates also have fluorine that slows down the process of tooth decay.
>>
>> 10) It helps people suffering from constipation. Soak dates overnight and take it along with water to have added advantage.
>>
>> 11) Dates help in weight gain and are beneficial for those who suffer from over slimming problem.
>>
>> 12) Dates are excellent for alcoholic intoxication.Cures abdominal cancer.
>>
>> 13) It also helps in improving eye sight and helps in curing night blindness as well.
>>
>> "The best thing is that it does not have any side effect on the body and is completely natural as well as it works better than medicine."

Sent from my iPad

HEBATnya TIGA

HEBATnya TIGA

3 RANGKAI KATA

SEDAR atau tidak, seringkali apabila kita hendak menyenaraikan atau memberi contoh seringkali kita ungkapkan rangkaikata berikut.

"Senang je, macam abc... Air batu campur!", kata cikgu sekolah rendah sewaktu majlis taklimat bagi ujian penilaian sekolah rendah.

"Okay, kita katakan paksi x, paksi y dan paksi z", kata seorang guru Matematik sewaktu di alam persekolahan dulu.

"Ambil p, q dan r sebagai angkubah atau parameter bagi suatu objek yang bergerak", jelas guru Fizik pula.

Begitulah sebagian dari ungkapan yang sering tergiang di minda sewaktu di alam persekolahan dulu. Betapa hebatnya, guru atau cikgu kita dengan memberi hanya tiga rangkaikata.

Itu belum lagi, dengan ayat atau perbulan lazim seperti beriku;

"Sekian, terima kasih". Sebaik sahja dituturkan oleh si penceramah, maka para peserta seminar, bengkel atau persidangan mula merasa keseronokan kerana sesi tersebut akan berakhir, terutama pabila persembahan yang agak panjang dan membosankan.

"Saya Cinta A wak" atau " I love you". Sudah pastinya sang dara tersentak menunggu kata keramat keluar dari mulut jejaka pujaannya.

"Belajar betu-betul nak", pesan ayah dan juga ibu sewaktu menghantar anak kesayangan mereka ke tadika, sekolah mahupun ke menara gading. Tambahnya lagi "Solat jangan Tinggal" dan juga "Jadilah anak baik!".



Penerbangan Bintulu- Kuala Lumpur, oktober 18, 2012
1604


Sent from my iPad

Saturday, August 11, 2012

Maha Suci Allah

Berikut adalah sebahagian makna intisari bacaan dalam solat untuk kita hayati bersama. Semoga dengan mengetahui maknanya, prestasi solat akan meningkat.

Maha suci Allah

Allah Maha Besar

Maha suci Allah
yang Maha Agung
dengan sifat kepujianNya

Allah pasti mendengar
akan orang yang memujiNya
Ya Tuhan kami
BagiMulah segala pujian

Maha suci Allah
yang Maha Mulia
dengan sifat kepujianNya

Ya Tuhanku
Ampunilah aku
Rahmatilah aku
Cukupkanlah aku
Angkatlah darjatku

Murahkanlah rezekiku
Berikanlah aku petunjuk
Sihatkanlah aku
Maafkanlah diriku

AlFatihah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( 1 ) الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ( 2 ) الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ( 3 ) مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ( 4 ) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ( 5 ) اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ ( 6 ) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ( 7 ) 1 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ 4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ 5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ 6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ 7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Friday, August 10, 2012

Intipati > Doa Ifititah

اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.
Allah maha besar
lagi sempurna kebesaranNya
Segala puji bagi Allah
dengan pujian yang banyak
Maha suci Allah
sepanjang pagi dan petang,
sesungguhnya
aku menghadapkan mukaku
kepada zat
yang menciptakan langit dan bumi
dengan keadaan lurus
dan berserah diri
dan bukannya aku
termasuk dalam golongan musyrik,
Sesungguhnya
sembahyangku ibadatku,
hidupku dan matiku
hanya untuk Allah semesta alam
Tiada sekutu baginya
kerana itu aku rela diperintah
dan aku adalah golongan orang Islam.
Sumber: http://www.e-mosque.com.my



Wednesday, July 4, 2012

Baca Yasin Tiga Kali

Malam nisfu Sya'ban di Taman Universiti Indah dimulai dengan bacaan Yasin sebanyak tiga kali yang diketuai oleh imam surau. Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.
 
Malam nisfu Sya'ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya'ban daripada hadis-hadis (Nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).

Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya'ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.

Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :

Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina 'Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi' sambil mendongakkan kepalanya ke langit. lalu baginda berkata : Wahai 'Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata 'Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta'ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya'ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb."
[Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.] 
Seterusnya
Hadis daripada Saidina 'Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Apabila masuk malam nisfu Sya'ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta'ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian...sesiapa yang demikian ...sehinggalah terbitnya fajar." 
[Riwayat Ibnu Majah] 


Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma'arif) :

"Ulama' di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya'ban kepada dua pandangan.

Pertamanya :

Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.

Khalid ibn Ma'dan dan Luqman ibn 'Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.

Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : "Perkara tersebut tidaklah menjadi bid'ah." Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.

Keduanya :

Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan 'Alim." -tamat

Maka menghidupkan malam nisfu Sya'ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid'ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.

Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid'ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya'ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.

Oleh itu, digalakkan menghidupkan malamnya dengan ibadah dan siangnya dengan puasa.




Saturday, June 30, 2012

Minuman paling lazat dari syurga

Minuman paling lazat dari syurga

Tafsir al-Quran & Asbabun Nuzul
SETELAH Allah SWT menyebut perihal Dia menunjukkan jalan kebaikan dan jalan keburukan kepada manusia menerusi firman-Nya yang bermaksud: Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebaikan untuk dijalaninya dan jalan kejahatan untuk dijauhi)(al-Balad :10). Berikutnya Allah SWT menambahkan penjelasan bahawa manusia itu terbahagi kepada dua golongan iaitu mereka yang menerima hidayah Allah SWT dan bersyukur serta golongan yang disesatkan Allah SWT dan kufur.

Kemudian, Dia mengakhiri perkara tersebut dengan apa yang disediakan untuk kedua-dua golongan itu pada hari kiamat nanti.

Allah SWT menyediakan kepada golongan pertama iaitu syurga-syurga dan kenikmatan, sehingga mereka meminum khamr - minuman yang paling lazat yang dicampurkan dengan air segar dan sejuk serta harum baunya. Apabila mereka inginkannya, maka ia datang kepada mereka di bilik-bilik.

Mereka juga memakai kain sutera dan duduk di atas pelamin-pelamin tanpa merasa panas dan sejuk. Kemudian Allah SWT menyebut pula sesuatu yang disediakan di dunia bagi mendapatkan pahala agung ini. Lalu dijelaskan bahawa mereka itu memberi makan kepada orang fakir, malang, yatim dan hamba sahaya. Mereka menunaikan apa yang diwajibkan oleh Tuhan mereka dan takut terhadap azab Allah SWT pada hari kiamat.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya kami menyediakan bagi orang-orang kafir rantai, belenggu dan neraka yang menyala-nyala. (al-Insaan: 4)

Al-Maraghi berkata: "Sesungguhnya Allah SWT menyediakan bagi orang yang mengkufuri nikmat-Nya dan menyalahi perintah-Nya, dengan rantai-rantai ke dalam neraka Jahim."

Manakala belenggu-belenggu dengan tangan-tangan mereka diikatkan ke leher-leher mereka sebagaimana yang dilakukan terhadap orang yang berdosa di dunia dan mereka dibakar dengan api neraka.

Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT mengkhabarkan tentang apa yang telah Dia sediakan bagi semua orang kafir daripada makhluk-Nya, sama ada berbentuk rantai, belenggu dan api yang menyala lagi membara di neraka Jahanam."

Sayid Qutub berkata: "Iaitu belenggu-belenggu untuk mengikat kaki dan memasungkan tangan serta api neraka yang menyala-nyala untuk dicampakkan mereka ke dalamnya dengan kaki tangan yang terbelenggu."

Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum daripada gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kapur. (iaitu) mata air (dalam syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya. (al-Insaan: 5-6)

Al-Maraghi berkata: "Sesungguhnya orang yang berbakti kepada Allah SWT dengan mengerjakan ketaatan serta menunaikan segala perkara yang diwajibkan oleh-Nya dan meninggalkan perbuatan yang dilarang seperti meminum arak yang dicampur dengan minuman yang lain, seperti kapur yang berbau harum, sejuk lagi putih."

Campurannya berasal daripada sumber yang daripadanya semua hamba Allah SWT yang bertakwa meminumnya di bilik-bilik yang terdapat di dalam syurga. Air itu didatangkan kepada mereka dengan mudah ke mana sahaja mereka suka dan dimanfaatkan menurut kehendak mereka serta ia mengikut mereka ke mana-mana sahaja tempat yang dikehendaki oleh mereka.

Al-Mujahid berkata: "Mereka membimbingnya ke mana sahaja mereka suka dan air itu mengikut ke mana sahaja mereka pergi."

Ibnu Kathir berkata: "Maksudnya, air kapur yang telah bercampur dan disediakan bagi orang-orang yang melakukan kebaikan ini adalah mata air yang biasa diminum oleh hamba-hamba Allah SWT yang mendekatkan diri, murni tanpa campuran, mereka minum sehingga kenyang."

Mereka boleh manfaatkan air tersebut ke mana dan di mana sahaja mereka kehendaki.

Sayid Qutub berkata: "Ayat ini menjelaskan bahawa minuman orang-orang yang taat atau para Abrar di dalam syurga ialah air campuran dengan haruman kapur, iaitu mereka minum di dalam gelas yang di ambil dari mata air yang sentiasa mengalir dengan banyaknya."

Biasanya orang-orang Arab mencampurkan minuman arak, kadang-kadang dengan kapur dan kadang-kadang dengan halia untuk menambahkan kelazatannya.

Dengan keterangan ini tahulah mereka bahawa di syurga akan disediakan minuman yang bercampur kapur dengan mewahnya tetapi taraf minuman ini tentulah lebih manis dan nyaman lagi daripada minuman-minuman di dunia dan kelazatannya berlipat kali ganda.

Sumber dari Utusan Online



Exclusively sent from my iPad

Tuesday, February 14, 2012

Naik Haji .. Nostalgian Umrah

"Eh betul ke kau nak naik haji tahun ini?", tanya salah seorang sahabat di tempat kerja.

"Apa pasal pulak? Kan naik haji tu Rukun Islam kelima", jelasku.

La ni dah bulan enam. Dah daftar dengan Tabung Haji hampir lima tahun. Tak dapat juga giliran. Kalau tak salah giliran kami di tahun 2019.

Lama lagi tu. Namaun semnagat kian membara. kata orang mungkin dah sampai seru untuk tunaikan ibadat haji. Ap taknya siang malam, bayangan kaabah seolah-olah melambai kedatangan kami ke bumi suci itu.

Sementelahan pernah sekali ku tunaikan ibadah umrah bersama ayah dan adik lelaki suatu masa dulu. Sewaktu di Madinah Al Munawarah, ayah sempat bertanya "Bila nak tunaikan haji?". Aku dengan yakin menjawab, insya Allah satu masa nanti jika diizinkan Allah.

Nostalgia mengerjakan umrah betul-betul mengusik jiwa dan raga. Amat seronok sekali sewaktu berada di sana. Soal kerja dan urusan harian di Malaysia tidak difikirkan sama sekali.

Yelah tengah buat ibadat sunat. "Kerja ni kalau difikirkan takkan pernah habis-habis", getus hati kecil ini.

Seawal jam 3 pagi dah bersiap untuk menunaikan solat subuh di Masjidil Haram kerna subuh sekitar jam 5 pagi. Kalau lambat tak dapat pulak ruang solat pilihan di dataran Kaabah. Kalau boleh sebaris atau di belakang barisan imam. Itulah hajat seharian sewaktu di Masjidil Haram dan di Madinah.

Ustaz-ustaz selalu berpesan, eluk sesuatu tu dimulakan dengan niat yang baik. Samaada hajat kesampaian atau tidak, terpulang kepada usaha gigih. Jika sudah ditakdirkan dapatlah bersolat di tempat atau saf pilihan masing- masing.

Exclusively sent from my iPad

Tuesday, February 7, 2012

Utusan Malaysia Online - Bicara Agama

Iktibar daripada Maulidur Rasul


Golongan Muslim akan dimuliakan Allah sekiranya terus berpegang kepada Islam. - Gambar hiasan


SAMBUTAN Maulidur Rasul bukan setakat berarak sambil berselawat dan disertai jamuan makan. Ia tidak habis setakat itu sahaja.

Ia juga bukan sekadar suka-suka atau menunjuk-nunjuk, Tetapi ia bertujuan mengimbau kembali perjuangan dan pengorbanan nabi Muhammad SAW dalam menegakkan Islam di muka bumi ini.

Rasulullah merupakan contoh yang terbaik kepada setiap umat Islam dalam segala aspek kehidup. Sebab itu, saban tahun hari kelahiran baginda diraikan supaya setiap umat Islam dapat mengambil iktibar daripada setiap sesuatu yang dilakukan dan diamalkan baginda untuk dijadikan panduan dan pedoman.

Baginda adalah contoh terbaik yang bersifat universal. Keseluruhan hidup baginda dapat dijadikan ikutan dan contoh sepanjang zaman.

Ia merangkumi segala aspek daripada kehidupan harian individu kepada aktiviti sosial, ekonomi, politik dan pemerintahan negara.

Dalam hal ini, Allah SWT menyatakan dalam al-Quran yang bermaksud: Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu. (al-Ahzab: 21)

Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohd. Sukki Othman berkata, baginda adalah pemimpin ummah yang perlu diikuti dan dicontohi dalam segenap kehidupan.

Sebagai individu, Rasulullah mempunyai peribadi luhur dan murni yang sentiasa mengajak manusia melakukan kebaikan dengan menyeru kepada jalan Allah.

Kata beliau, nabi juga seorang ketua negara yang menerajui bahtera pemerintahan dengan amanah dan cekap di samping seorang suami mithali, seorang bapa yang bijak menyempurnakan tanggungjawab terhadap anak, seorang sahabat yang setia, seorang jiran yang memahami jirannya dan lain-lain.

"Jelasnya, kepemimpinan Rasulullah terserlah dalam seluruh kehidupan baginda.

"Sejak kecil Rasulullah telah diuji di mana seorang demi seorang mereka yang menjadi tempat baginda bergantung dan mengharap kasih sayang sebagaimana anak-anak kecil yang sebaya dengan baginda telah pergi menemui Al-Khaliq.

"Ia dimulai dengan kematian ayahandanya Abdullah semasa baginda dalam kandungan ibundanya lagi," katanya kepada Mega, baru-baru ini.

Ia diikuti dengan kematian ibundanya Aminah ketika mana baginda baru mula mengerti erti belaian kasih sayang seorang ibu.

Selepas itu datuknya, Abdul Mutalib pula pergi menemui ilahi yang mana penjagaan baginda selepas itu diambil alih oleh bapa saudaranya Abu Talib.

Menurut Mohd. Sukki, semua ujian itu telah mematangkan baginda. Ia juga menunjukkan bahawa usaha dakwah kepada kebaikan memerlukan pengorbanan di samping di uji dengan pelbagai cabaran.

Selain itu, jelasnya, ujian tersebut juga bertujuan menjauhkan Rasulullah daripada tuduhan liar bahawa ilmu yang baginda sebarkan adalah hasil warisan dan pengajian yang diperolehi daripada ibu bapa dan datuknya. Sebaliknya ia adalah wahyu ilahi.

"Begitu juga untuk menghindar daripada tuduhan yang mengatakan segala kematangan dan perilaku yang mulia pada diri Rasulullah SAW adalah kerana hasil penjagaan dan didikan ibu bapa dan datuk baginda," jelasnya.

Kehidupan sebagai anak yatim piatu juga mengajar baginda yang bakal menjadi nabi dan rasul untuk berdikari.

Seterusnya melahirkan dalam diri baginda sifat kasih terhadap orang susah dan menderita terutama anak yatim piatu.

Perjuangan untuk meninggikan kalimah Allah bukannya dihamparkan dengan permaidani merah tetapi dibentangkan dengan onak dan duri di sepanjang perjalanan menuju matlamatnya yang suci.

Begitu juga ketika nabi SAW beruzlah di gua Hira', ia merupakan satu proses tarbiah pada diri baginda dengan bertafakur dan merenung kebesaran serta keagungan Allah SWT jauh daripada kezaliman dan kebobrokan hidup masyarakat jahiliah yang dipenuhi dengan dosa dan noda.

"Ringkasnya, nabi SAW mendapat tarbiah secara langsung daripada Allah untuk menjadi pemimpin ikutan ummah dalam segenap kehidupan," kata beliau.

Secara sedar atau tidak, di sebalik kehangatan sambutan maulidur rasul, ramai yang masih gagal menghayati dan mengamalkan sunah nabi yang merupakan suatu kemestian bagi setiap individu Muslim.

Apakah sambutan yang diraikan saban tahun itu hanya sekadar satu majlis ritual untuk keramaian semata-mata?

Mohd. Sukki berkata, ramai di kalangan umat Islam sehingga sekarang masih tidak mengetahui dan mendalami sunah nabi.

Kata beliau, amat merugikan apabila sambutan yang menelan belanja ribuan ringgit tidak mendatangkan hasil yang memberangsangkan dalam mengubah cara hidup umat Islam.

"Saban tahun Maulidur Rasul disambut, tetapi pegangan agama tetap longgar. Bahkan ada antara pemuda dan pemudi siangnya menyambut Maulud pada, malamnya pula disusuli dengan hiburan yang melampau dan melalaikan.

"Akhirnya selawat yang didendangkan pada siang harinya itu ditinggalkan sebagai suatu kenangan sahaja," tegas beliau.

Menurut Mohd. Sukki, ini bukan bermakna sambutan Maulidur Rasul yang diadakan itu tidak mendatangkan sebarang kebaikan. Tetapi anjakan paradigma perlu wujud agar umat Islam tidak sekadar beretorik dengan memuji dan berselawat kepada Rasulullah.

Apa yang lebih penting daripada itu adalah i kehidupan nabi diamalkan dalam kehidupan harian umat Islam hari ini.

"Apatah lagi apabila kita melihat dunia Islam pada hari ini semakin gawat dengan pelbagai masalah. Justeru, usaha yang bersungguh-sungguh perlu digembleng agar dapat mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan Islam.

"Cara terbaik untuk merealisasikan perkara ini ialah dengan mencontohi Rasulullah dalam segenap segi kehidupan kita.

"Baginda merupakan contoh terbaik yang bersifat universal iaitu keseluruhan hidup Baginda dapat dijadikan ikutan dan contoh di sepanjang zaman," tambahnya.


Exclusively sent from my iPad

Sunday, February 5, 2012

Apa khabar Tuan Haji?


Azizi Hj Abdullah, Azmi Abd Hamid, Mohd Ridzuan Mohamad dan Zarinah 

Dari seramai 26,000 jemaah haji tahun lalu, iaitu 0.1 peratus dari 26 juta rakyat Malaysia yang dibenarkan oleh Arab Saudi mengerjakan haji, pastinya pulang dengan satu kepuasan dan kelegaan kerana rukun kelima sudah pun tertunai.


"Aku puas. Setiap kali aku tawaf, aku dapat kucup Hajar Aswad. Aku tak kira, aku tembi sigung Tok Arab. Mana boleh bagi can," kata seorang lelaki sebaya 40-an, berbadan tegap sasa ketika sebaik-baik saja dipeluk oleh seorang rakannya di rumahnya di Taman X, sekembali dari Makkah. 

"Tak banyak. Serban dua puluh helai. Kopiah putih dua puluh. Jubah Duffah lima helai. Minyak wangi Malikussubuh adalah sepuluh kotak. Air zam-zam 10 liter. Hajah aku tu, sempat juga beli paun emas sebesar syiling lima kupang," beritahu Haji Kasa dari Sungai Mas kepada Haji Dahaman yang ke Makkah lima tahun yang lalu. 

"Lima kali dah aku ke Makkah, tak macam tahun ni. Tahun ni kedai jualan habis kena runtuh. Hiii, susah orang nak beli-belah. Aku berkelahi dengan Tok Arab yang cuba nak tipu aku. Kalau tak sebab dekat Makam Ibrahim, aku tentu sepak!" Haji Husin yang sudah lima kali ke Makkah bercerita kesamsengannya sewaktu bergeser dengan Arab Badawi ketika tawaf. 

Kenduri kesyukuran 

Tiga cerita di atas adalah lumrah setiap tahun bagi jemaah haji yang baru pulang. Selalunya ketika membuat kenduri kesyukuran kerana pulang dengan selamat, cerita-cerita begini didedah untuk membuktikan seseorang itu bukan 'jakun sangat' berada di Makkah. 

Itu tidak lagi cerita bagaimana mereka bertolak-tolak ketika tawaf, mencium Hajarul Aswad. Tidak bercerita lagi bagaimana marahnya, dengan maki hamun, kerana hanya hilang sepasang kasut di Masjidil Haram dan marahkan kepada pengawal masjid kerana tidur di tingkat atas. Itu tidak dicerita lagi bagaimana berebut tolak-menolak hendak berada di Raudah. 

Tak seorang pun yang pulang yang kita dengar bagaimana dia menangis, bermunajat di Arafah atau ketika di Jabal Rahmah memohon kepada Allah agar memberi kemenangan kepada umat Islam yang tertindas di Palestin. 

Tak ada seorang pun yang bercerita bagaimana ada satu kegiatan menginfakkan wang ringgit bagi menolong umat Islam yang jadi mangsa kekejaman Zionis. Makkah, bagi mereka, adalah kesempatan yang perlu dilakukan ialah amalan khusus untuk diri sendiri. Hal-hal umat Islam di seluruh dunia dinyahkan begitu saja. 

Malah ribuan yang bertalbiah, hanya sekadar bertalbiah untuk mendapat ribuan pahala dan lain-lain amalan khusus dalam bentuk kepentingan peribadi. Tidak ada amalan dalam bentuk kepentingan umat Islam. 

Mohon keampunan 

Ketika mereka menadah tangan berdoa, kebanyakannya menadah meminta keampunan, kebahagiaan diri dan keluarga. Kalimah Muslimin-Muslimat hanya terucap kerana kalimah itu ada dalam doa. Ia bukan bacaan yang penuh dengan penghayatan. Bagi mereka, biar mereka saja masuk syurga. Pedulikan sangsara dan nasib buruk umat Islam yang lain. 

Yang demikian, ketika berada di lapangan terbang Jeddah atau dari Madinah atau ketika tawaf wida', meledaklah apapun berita tentang Palestin, di Gaza atau di Mindanao , mereka tidak peduli. Yang penting air zam-zam mesti sampai ke tanah air untuk diberi kepada jiran-jiran disamping menjadi penawar untuk anak-anak lulus peperiksaan. 

Hal-hal di atas bukanlah satu gambaran buruk atau satu sangka buruk. Ia adalah tradisi yang sukar diubah. Haji bagi mereka yang digambarkan di atas adalah ibadah yang sangat penting tetapi penuh dengan kepentingan diri dan peribadi sedangkan falsafah mengerja haji lebih jauh daripada tujuan itu. 

Lima kali mengerjakan haji dengan wang yang direngkuh mengumpulnya, mereka tetap beranggapan belanja ke Makkah tetap mendapat berkat Kaabah dan Makam Nabi walaupun di sisinya ada seorang Palestin yang kudung kakinya atau jiran di rumahnya ketandusan wang hendak menghantar anaknya belajar ke Azhar. 

Sumbat pisang 

Apakah 0.1 peratus jemaah haji kita dari 26 juta rakyat Malaysia yang baru pulang sedar tentang punggung King Saudi disumbat pisang oleh Amerika atau pendapatan berjuta atau berbilion pound hasil dari cukai jemaah haji sedunia, tidak pernah mengalir ke daerah Palestin yang sangsara? 

Apa khabar tuan haji? 

Ketika soalan ini dilontar, kebanyakannya akan menjawab, baik dan insya-Allah lambaian Kaabah akan berulang, sedang lambaian tangan anak-anak Palestin yang kudung dan kibaran bendera Hamas tidak pernah ada dalam kehangatan udara Makkah ketika itu. 

Sesunggunnya ibadah haji memiliki banyak dimensi dan ia sangat mencabar. Ada banyak perkara yang dilupakan dan para tuan guru sering mengabaikan huraian ini kerana kalut dengan doa-doa mustajab di makam Ibrahim. 

Tolak taghut 

Sayang pertanyaan ini tidak dijawab oleh agen-agen dan pemimpin yang memiliki pengetahuan agama. Tidak pernah timbul bahawa haji adalah satu perjalanan dalam mematuhi serta kesedaran tindakan keingkaran politik terhadap taghut, penjenayah kemanusiaan dan bendera agama yang dikoyak. 

Tidak pernah disedari ketika mengusung air zam-zam atau karpet dari Iran bahawa haji adalah perjuangan berterusan terhadap godaan kebendaan. Tidak ada dua dari sepuluh jemaah kita rasanya yang bertemu dengan jemaah Palestin atau Afghanistan bertanya khabar berapa batang tubuh yang telah direbahkan oleh Amerika di Afghanistan, di Iraq atau kebuluran di Sudan. 

Talbiah hanya sekadar laungan memenuhi perjalanan dan bukan satu laungan kesedaran. Ehram hanya sekadar dipakai kerana itu syarat dan bukan satu sentakan kesedaran bagaimana yang sepatutnya ada di dalam hati. 

Apa lagi apabila berada di Arafah, di Mina. Satu perhimpunan raksaksa yang tidak ada taranya. Tetapi untuk apa perhimpunan seperti itu? Lalu masing-masing mencebik mulut apabila kembali ke tanah air bilamana ada kawan mengajak sama-sama demonstrasi membantah kedurjanaan kuffar. 

Tiada falsafah 

Bagi mereka, perhimpunan di Arafah hanya perintah, tidak ada falsafah atau hikmah daripada perhimpunan itu. 

Bagi mereka perhimpunan bererti menentang kerajaan. 

Pernah adakah ingatan di dalam kepala ketika bertalbiah betapa seorang Yahudi menembak seorang budak atau sebuah kereta perisai memusnahkan sebuah masjid? 

Apa khabar tuan haji? 

Tuan haji akan bercerita, di Masjidil Haram solat tidak pernah susut setiap waktu. Di Masjid Nabawi setiap waktu tidak punya ruang kosong. Jemaah Malaysia pun berdoa dengan lenangan air mata. Tetapi tak seorang pun sedar bagaimana Sayed Hasan Nasrallah merayu Muslim sedunia berdoa menyelamatkan umat Islam yang dizalimi oleh Israel, umat Islam yang ditindas. 

Tidak pernah tersedar ketika berdiri sesak, serentak bertakbiratul ehram, dengan sentuhan bahu-bahu dan berlaga siku, umat Islam sebenarnya telah membuat kenyataan politik; kita semuanya sama. Kita semuanya berkewajipan. Kita semuanya bersaudara. Dan kita sama-sama berikrar hidup mati hanya kerana Allah. Tapi apa yang berlaku, sekilo kurma atau sebotol minyak Atar bagi mereka lebih mahal daripada sebiji peluru Israel . 

Kacang cerdik 

Lebih jauh untuk menjawabnya, rombongan yang pulang tetap dengan jamuan syukur bersama kurma Madinah, kismis, buah ara lepong dan kacang cerdik. Pedulikan rayuan derma, seringgit dan boikot barangan Amerika. Tidak tersedar pun, ketika menjadi tetamu Allah di hadapan Kaabah, sesungguhnya ada halangan secara tidak langsung terhadap umat Islam yang lain untuk menjadi tetamu Allah. 

Sebahagian umat Islam yang lain sebenarnya telah dihalang oleh penjaga Haramain - keluarga yang sekian lama menjadi pembodek Amerika. Lalu merekalah yang menghadkan, membuat kuota. Alasan mereka mudah. Mereka tidak mampu membenarkan semua umat Islam menjadi tetamu Allah kerana mereka tuan punya bumi Makkah dan berhak membuka atau menutup pintu Haramain. 

Tetapi dalam masa yang sama, mereka membenarkan Zionis dan pembelasah kemanusiaan masuk dengan sikap kurang ajar di setiap penjuru tanah umat Islam dan membiarkan kaki kuffar menginjak masjid-masjid. Mereka tidak merasa apa-apa betapapun Al-Aqsa dilontar najis. 

Mereka memiliki sempadan tetapi menutup pintu. Mereka tidak berkata 'jangan masuk' tetapi mereka mengunci pintu itu rapat-rapat. 

Tak seorang pun sedar apa yang dilakukan oleh Husni Mubarak dan tidak pula pernah marah tentang diamnya King Abdullah di Saudi. Yang pulang setelah bergelar haji, masih mendewa-dewa itulah Raja Mekah yang penuh barakah yang mengsedekahkan syafaat mereka. Mereka gelisah apabila air zam-zam hilang di terminal atau serban tidak cukup untuk sedekah dari nama Obama. Mereka tidak tahu pun siapa betina Rice atau Olmert. 

Sanggup dibakar 

Jawapan memang sedap didengar. Tetapi tidak ramai yang sedar haji yang bermula dengan sejarah para Nabi-Nabi termasuk Ibrahim. Tak tersedar pun tentang Ibrahim ketika di makamnya, betapa Ibrahim merengkuh tenaga dan perjuangannya menentang taghut sehingga dia dibakar. Tak terdengar pun sebahagian yang pulang bersedia menentang taghut seperti Ibrahim. 

Apa khabar tuan haji? 

Kami tidak pernah doa di Multazam atau di Safa atau di Raudah untuk memenangan perjuangan Islam. Kami memang berdoa tetapi untuk kebahagiaan kami sendiri. Kami mahu masuk syurga dan balik nanti kami mahu 24 jam di penjuru masjid. Kami tak mahu lagi sertai pergerakan massa . Kami tidak mahu lagi berjuang. Kami mesti wirid banyak-banyak. 

Ada tong-tong derma untuk membantu perjuangan umat Islam tidak perlu diendah. Yang penting duit mesti dikumpul untuk haji dua tahun lagi. Buat apa pedulikan tentang pergerakan ummah bagi mempertahankan umat Islam di tempat lain. Haji kami tidak ada sangkut paut dengan penduduk Palestin, tidak ada kaitan dengan Zionis. Haji kami pedulikan Iraq , Afghanistan , Khasmir. Haji kami bukan penggerak umah. 

Apa khabar tuan haji? 

Tahun depan kami akan pergi sekali lagi dan Alhamdulillah jika dapat mengucup Hajarul Aswad. Pedulikan martabat agama yang diperjuangkan. Pedulikan bahasa dan masalah PPSMI. Anak kami sudah besar, masakan mahu sibuk dengan PPSMI sekolah rendah dan menengah

Exclusively sent from my iPad

Pengalaman Umrah dan Haji - Agama Islam & Muslim


Upon our arrival at the KLIA, again, all the staff of the Tabung Haji gave each and every one of us their smiles and wishes. There were probably hundreds that night but the staff wished us farewell individually. I could have kissed and hugged them. Bidding farewell to complete strangers. This I felt was uniting us and promoting Muslim brotherhood.

Since the three of us were the last to enter, naturally in a queuing system, we would be the last to board everything. But it worked out very well. Since we were the last ones, we boarded the plane last. And to my surprise and delight, the "boarding the plane" system was such that if you enter the plane first, you would have to go right at the end of the plane..... And when A, E and I entered the plane the only seat available was the one right at the front door at the front row. 

That meant we had the whole leg space (and A is 5 ft 11, so again, we felt blessed). We need not fold our legs. Thank goodness, Syukur, the journey would be so very very comfortable, Alhamdullillah. The crew came and sat opposite us. I immediately made my move like what I normally do on long haul journeys.... E kept reminding me that we were going to seek God, and I shouldn't be making a pass at men anymore. 

Of course, that didn't stop my chatty self. And so, when everyone else got their meals, I was offered and given two meals.... I was given special toiletries etc etc.

Exclusively sent from my iPad

Pengalaman Umrah dan Haji - Agama Islam & Muslim

PART TWO:
THE JOURNEY

On the night of my departure, I was at my brothers house and we did special prayers. As we left the front door, my brother azanned for a blessed journey. Everything was so wondrous. When I arrived at the Tabung Haji Terminal, I was informed of news that a very good friend of mine fell really sick and was laying in the hospital in Kota Bharu. I called his handphone but his son picked up and said that his father had just gotten to sleep. There were many passengers and we were the last few outside. I hurried my brother and said that we should go in early so that we get the best seat on the plane. He chided me and said that I should never pray for any special seating. It was late and we were among the last to enter. As soon as we entered, and went through the procedures and immigration, we were given briefings and last minute hints. I was still learning. I didn't even memorise the things that I should be memorising.

My salutations and congratulations to Lembaga Tabung Haji for organising a wonderful and smooth transition. Since we were the last to enter the terminal, naturally we sat right at the back of the Briefing Hall. Then we queued for the bus. And when I boarded the last bus that was to take us to the KLIA, that was when I was so overwhelmed with how special this journey is. Each bus was given outriders, and we felt really special. God's invitee. We were treated like real VVIP's. Our passage to God was most significant. I kept singing in my heart, Labaikallah hu mallabaik. Everyone and all motorists made way for us. And it was like I was waving to all the other vehicles that gave the bus way as I could sense some motorist waving back at me and wishing me "Have a safe journey" instead of what you would sometimes feel if some obnoxious ruler was making traffic stop so that they could pass. Alhamdullillah.

Exclusively sent from my iPad

Umat diseru contohi peribadi Rasulullah SAW


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah menyeru umat Islam supaya mencontohi keunggulan peribadi Nabi Muhammad SAW ke arah melahirkan sebuah masyarakat Islam yang hebat dan menjadi contoh teladan kepada dunia.

Seri Paduka bertitah untuk mencapai kegemilangan itu, umat Islam perlu memperbetulkan tasawur Islam dalam kehidupan diri, keluarga dan masyarakat.

NONE"Konsep hidup sebagai hamba dan khalifah Allah serta bekerja atau berniaga sebagai ibadah merupakan perkara asas yang perlu dihayati supaya impak terhadap keunggulan agama Islam dapat dirasai secara global," titah baginda semasa merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 1413 Hijrah di Masjid Putra di Putrajaya hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Tuanku Abdul Halim bertitah perjuangan Rasulullah SAW selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah telah berjaya mendidik, memimpin serta membawa umat Jahiliah berhijrah daripada kekufuran dan kejahilan kepada umat Islam yang memiliki keimanan yang kental dan ketinggian ilmu yang membanggakan.

"Kegigihan Nabi Muhammad SAW dilihat berjaya membina kekuatan iman, minda dan fizikal umat Islam pada zaman itu mahupun di zaman Khulafa' ar-Rasyidin serta zaman sesudahnya sehingga mampu mencipta satu tamadun gemilang, di mana kita mendengar Islam berjaya memimpin hampir tiga perempat dunia," titah baginda.

Baginda berharap umat Islam di negara ini memahami dan menzahirkan wawasan yang telah diamanahkan oleh Allah SWT melalui al-Quran dan wawasan itu perlu dijadikan tonggak memupuk semangat persefahaman dan persaudaraan dan perpaduan semasa Islam dan bukan Islam, supaya rangkaian sosial yang mantap dapat diwujudkan ke arah peningkatan daya saing dan daya tahan umat Islam.

Titah baginda umat Islam juga perlu mempertingkatkan penghayatan terhadap al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW sehingga menjadi ummah yang bersatu padu serta sentiasa mapan mendepani cabaran semasa.

"Laksanakanlah tanggungjawab itu dengan penuh keikhlasan. Sesungguhnya untuk mencapai perpaduan, ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan yang jitu," titah baginda.

Pada sambutan bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' kali ini, seramai sembilan individu menerima anugerah sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan dengan penerima Anugerah Perdana ialah Mufti Negeri Pulau Pinang yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Sahibus Samahah Datuk Seri Hassan Ahmad.

Penerima lain ialah Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa Toh Puan Wan Asiah Ahmad, mantan Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Kelantan Abdul Razak Mat Saat dan Timbalan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia Dr Muhammad Fuad Yeoh.

Selain itu Duta Dakwah Saba Islamic Media Sdn Bhd Shah Kirit Kakulal Govindji; bekas Johan Qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa Datuk Rogayah Sulong; mantan Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang Abdul Majid Abdul Hamid; Ketua Masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Kala, Gombak Hussein Ngahyin serta pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang, Kedah yang mendapat 9A dalam PMR 2011 iaitu Muhammad Hadi Darus.

Terdahulu pada majlis itu sebanyak 121 kontinjen yang disertai lebih 12,000 peserta terdiri daripada penjawat awam, badan berkanun, pertubuhan swasta, pelajar dan badan bukan kerajaan berarak sejauh 2.4 kilometer bermula dari perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya hingga ke Masjid Putra di sini sambil  berselawat ke atas Rasululullah SAW.

- Bernama


Exclusively sent from my iPad

Friday, January 27, 2012

Nostalgia Tanah Suci





Nostalgia di Tanah Suci Mekah, mengimbau kenangan manis sewaktu berada di sana.

FaceBook