Syarat Wajib Haji

1. ISLAM - hanya orang Islam sahaja yang diwajibkan mengerjakan fardhu haji.
2. BALIGH DAN BERAKAL - hanya untuk orang yang waras sahaja iaitu tidak gila, terencat akal atau bodoh. Mereka yang berakal mengetahui baik dan buruk sesuatu perkara yang dilakukan.
3. BEKALAN PERBELANJAAN HAJI YANG HALAL - Sumber perbelanjaan mestilah halal dan tidak bercampur dengan yang halal dan haram. Harta dan hati hendaklah sentiasa bersih dan ikhlas untuk beribadat.
4. BEKALAN KELUARGA DI TANAHAIR - Wajib memperuntukkan sejumlah bekalan buat keluarga yang ditinggalkan di tanah air sewaktu pemergian di tanah suci.
5. BERKENDERAAN - ada pengangkutan ke tanah suci Mekah dan Madinah.
6. AMAN PERJALANAN - tiada halangan yang membahayakan. Jangan menempuh bahaya walaupun kuat keimanan.
7. BERKUASA - Keadaan kesihatan yang baik, memahami amalan haji dan berkesempatan masa.

Bagi kaum perempuan perlu ditemani oleh muhramnya serta mendapat izin dari wali atau suaminya.

FaceBook