Thursday, December 23, 2010

KAAIA - King Abdul Aziz International Airport


JEDDAH - Jemaah haji kT97 berehat di King Abdul Aziz International Airport sebaik selamat sampai di Saudi Arabia pada 9 November 2010 yang lalu dengan masa penerbangan selama 8 jam 30 minit menggunakan Saudi Air. Syukur segala urusan perjalanan dipermudahkan dengan layanan VIP dari Komplek Haji Kelana Jaya ke KLIA di Malaysia.

Tuesday, December 21, 2010

Bukit Magnet di Madinah

Bukit Magnet? Ramai yang mengakaguminya dan terpesona. Tidak kurang teruja dan tertanya-tanya. Kenapa hal itu terjadi.

Sumber Selanjutnya
http://www.google.com.my/search?aq=f&sourceid=chrome&ie=UTF-8&q=bukit+magnet+madinah


Bukit Magnet di Madinah

Bukit Magnet? Ramai yang mengakaguminya dan terpesona. Tidak kurang teruja dan tertanya-tanya. Kenapa hal itu terjadi.

Sumber Selanjutnya
http://www.google.com.my/search?aq=f&sourceid=chrome&ie=UTF-8&q=bukit+magnet+madinah


5H untuk Renungan

5H

Hati yang suci
Hampiri alim ulamak
Hindari perkara negatif
Hajat - Matlamat
Hijrah ke arah kebaikan

5S serang Umat Islam

5S – Propaganda Yahudi. Sudah tentu ramai di kalangan kita yang pernah terdengar atau terbaca tentang 5S ini. 5S yang dimaksudkan ialah Song, Spirit, Sex, Sport & Smoke. Jika diamati, sebahagian daripada perkara-perkara ini adalah perkara biasa dalam kehidupan kita sehari-hari. Lalu apa masalahnya? Sesungguhnya, inilah yang dinamakan propaganda, sesuatu yang dicipta dan telah menyusup masuk ke dalam budaya kita, dan menjadi sebahagian daripada hidup kita. Sehinggakan kita merasakan terlalu biasa melakukannya, dan terasa janggal, asing dan kolot sekali untuk meninggalkannya. Benarkah? Baiklah, mari sama-sama kita kupas satu-persatu isu ini.

Ikuti kupasan selanjutnya dihttp://hahizanlurun.wordpress.com/2009/06/18/5s-%E2%80%93-propaganda-yahudi/

Sunday, November 7, 2010

Motivasi Haji

SEWAKTU taklimat pakej haji THTS di mesjid Jalan Duta, penceramah undangan Tuan Haji Ustaz Ghazali Ibrahim ada menyebut "Sesungguhnya orang yang baik pahala amalannya menjangkaui usianya".

Lihatlah imam-imam tersohor dengan kitab-kitabnya kita baca dan telaah sehingga kini. Seruannya dari dahulu sehingga kini masih dapat dirasai melalui pembacaan.

Menurut beliau lagi, sebenarnya seruan haji bermula semenjak zaman Nabi Ibrahim yang diperintahkan membina kaabah.

Di tanah suci Mekah perbanyakkan bertalbiahlah dengan penuh semangat.

Diakhir bicara beliau berkata "Sesungguhnya pengalaman ibadah haji adalah satu proses untuk memperbaiki diri untuk kehidupan di masa depan".




Perjalanan Haji > Wuquf di Arafah

Padang Arafah suatu daerah terbentang luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Mekah.
Di tanah halal inilah umat Islam menunaikan wuquf yang merupakan rukun haji.

Wuquf mengimbau kembali peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa diturunkan ke bumi dari syurga atas mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya iblis.

Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah.

Wuquf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah yang hanya berlaku sekali pada setiap tahun bererti berhenti seketika di padang itu. Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.

Solat fardhu dikerjakan, perbanyakkan talbiah, zikir, tilawah alQuran disamping qiamullail dan solat-soalat sunat. Waktu wukuf adalah pada 9 Zulhijjah setelah gelincir matahari sehingga sebelum naik fajar 10 Zulhijjah.

Disunatkkan perbanyakkan mohon doa dan keampunan lebih-lebih lagi selepas waktu asar di kawasan yang terbuka.


Berwudhuk guna Spray air..

Wednesday, January 13th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Sumber dari http://panitiaagamaskjp.blognice.net/berwudhuk-guna-spray-air/

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah

Pada hari ini admin ingin menunjukkan dan berkongsi cara berwudhuk dengan menggunakan spray air kepada ibu bapa dan semua pembaca . Alternatif ini digunakan oleh kerana untuk mengelakkan kesesakan di bilik wudhuk setiap kali waktu P&P Khatam Quran berjalan . Pada tahun ini SK Jalan Pegoh Murid jQaf dari tahun 1 hingga tahun 6 dan ada 27 buah kelas . Kadang2 3 atau 4 kelas agama akan berjalan serentak. Jadi berlakulah kesesakan di bilik wudhuk.

Admin telah memikirkan jalan keluar bagi menyelesaikan masalah ini ialah dengan meminta murid2 membawa spray air (yg ibu2 guna di rumah utk seterika baju tu!) utk murid mengambil wudhuk. Jadi murid2 tak perlu lagi bersesak2 di bilik wudhuk.. Jom kita saksikan gambar2 yg telah dirakamkan bagi tujuan tersebut.

gambar 1: niat wudhuk gambar 2: menyapu muka ( meratakan air)

gambar 3: menyapu tangan hingga siku gambar 4: menyapu sebahagian kepala

dan yang terakhir sekali menyapu kaki hingga buku lali dan tertib. mudah kan.. Selepas ini murid yg kedua pula.

“Eh! sapu telinga tkde ke ustazah” kata seorang murid. ” Telinga kan sunat je.. Kali ini kita berwudhuk dgn rukun wudhuk sahaja le dulu buat permulaan..”. kata ustazah azimah.

Bolehlah kita sama2 praktikkan ..

Sumber dari http://panitiaagamaskjp.blognice.net/berwudhuk-guna-spray-air/


Dari AlQuran > Seruan Haji #2

(11) Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik; oleh itu jika kamu (wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka yang demikian adalah baik bagi kamu dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya.
( سورة التوبة , At-Taubah, Chapter #9, Verse #3)

(12) Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidilharam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim.
( سورة التوبة , At-Taubah, Chapter #9, Verse #19)

(13) (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
( سورة التوبة , At-Taubah, Chapter #9, Verse #20)

(14) Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "MuHajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
( سورة التوبة , At-Taubah, Chapter #9, Verse #100)

(15) Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi dan orang-orang MuHajirin dan Ansar yang mengikutnya (berjuang) dalam masa kesukaran, sesudah hampir-hampir terpesong hati segolongan dari mereka (daripada menurut Nabi untuk berjuang); kemudian Allah menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Amat Belas, lagi Maha Mengasihani terhadap mereka.
( سورة التوبة , At-Taubah, Chapter #9, Verse #117)

(16) Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
( سورة الحج , Al-Hajj, Chapter #22, Verse #27)

(17) Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya yang lain menurut (hukum) Kitab Allah daripada orang-orang yang beriman dan orang-orang MuHajirin (yang bukan kerabatnya), kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu. Hukum yang demikian itu adalah tertulis dalam Kitab Allah.
( سورة الأحزاب , Al-Ahzab, Chapter #33, Verse #6)

(18) Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang MuHajirin): Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya). Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).
( سورة المنافقون , Al-Munafiqoon, Chapter #63, Verse #7)

Sumber: http://www.searchtruth.com

Dari AlQuran > Seruan Haji

The word(s) "Haji" appears 23 time(s) in 18 verse(s) in Quran in Malay translation.

(1) Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjidilharam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang rukuk dan sujud.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #125)

(2) Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #158)


(3) Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: (Peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji dan bukanlah perkara kebajikan: Kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertakwa dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #189)


(4) Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya), hendaklah dia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidilharam (Mekah) dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #196)

(5) (Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #197)

(6) Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa, "talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'arilharam (di Muzdalifah) dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Dia telah memberikan petunjuk hidayat kepadamu dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #198)


(7) Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #200)


(8) Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka dia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka dia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertakwa dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #203)


(9) Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #97)

(10) Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Mekah untuk korban) dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haram, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci) dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjidilharam itu, mendorong kamu menceroboh dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
( سورة المائدة , Al-Maeda, Chapter #5, Verse #2)

Sumber: http://www.searchtruth.com

---- bersambung

Dugaan > IC Hilang?

SEWAKTU ke Bandar Baru Bangi, nak pindahkan duit dari akaun Bank Islam ke akaun Tabung Haji buat belanja di Mekah, disedari IC yang selama ini disimpan dalam dalam dompet duit telah hilang? Betul ke hilang atau terselit dimana-mana.

Dengan muka konfiden, apabila nama dipanggil oleh pegawai Bank Islam untuk urusan dan beliau meminta kad pengenalan. Mulalah cuba gunakan kad-kad yang lain sebagai ganti diri, seperti kad kredit emas CIMB dan Platinum Bank Islam!

Namun dengan penuh sopan pegawai tersebut berkata "Encik, minta maaf, kami tidak dapat melakukan transaksi kerana kami pelukan kad pengenalan. Ini adalah peraturan kami".

Maka dengan muka selamba, mohon diri dan kembali ke rumah untuk mencari IC? Adakah ini dugaan kami? Ya Allah, tunjukkanlah dimana IC tu! Puas diselongkar segala beg komputer, brief-case dan almari baju yang mengandungi fail-fail dokumen keluarga.

Tidak ada! Mulah cemas. Dimanakah gerangan IC tersebut!

Oh ya... baru teringat sewaktu menggunkan kemudahan Touh n Go, saya telah memasukkan IC yang juga mengandungi kemudahan Touch n Go ke dalam set tersebut dan menggantungkkanya di atas cermin depan kereta.

Alhamdulillah! dan syukur ... dah jumpa IC tersebut! Muka selamba tapi dalam hati begitu panik sekali.

Sehari sebelum berangkat ke Mekah, anak bongsu menelefon dari Gerik, katanya dompet dia yang mengandungi IC, kad ATM dan sedikit duit belanja telah hilang di asramanya! Dengan nada panik, katanya "Semua dan hilang!! Dan tak ada duit belanja lagi!".

Kebetulan kami menerima panggilan tersebut pada awal pagi, sewaktu dalam perjalanan pulang dari menghanatr anak sulong ke Terminal AirAsia untuk pulang ke Johor Bahru. Namun, alhamdulillah isteri tidak panik, dan dengan nada selamba, menyuruh anak mencarinya dipersekitaran sekolah dan menelefon kembali pada waktu tengah hari smbil menyruh anak kami sembahyang hajat dan membaca Surah Yassin serta mohon doan dari Allah agar menjumpai dokumen-dokumen tersebut.

Kami berpandangan antara satu "Ya Allah, adakah ini satu lagi dugaan yang kami hadapi di tanah air?". Kami percaya anak sudah tentulah panik, almaklumlah dikejauhan di utara menimba ilmu dan hilang dokumen peribadi dan duit belanja seharian. Bagi kami nilai duit tersebut agak kecil, tapi agak besar bagi anak kami!

Seusai sarapan, selepas mengemaskan diri lantar kami solat hajat memohon pertolongan dari Allah yang Maha Esa.

Alhamdulillah sbelum menjelang makan tengah hari, si anak menelefon dari Gerik, katanya dompet bersama kad pengenalan dan kad ATMnya dijumpai di salah satu bilik gerakan di sekolah tersebut. Namun duit belanjanya hilang! Kami mencadangkan agar esuk beliau memohon bantuan gurunya mengeluarkan sedikit duit dari akaun banknya.

Syukur ... Syukur dan Syukur... Alhamdulillah, dugaan -demi dugaan yang kami hadapi dapat diatasi dengan sebaiknya.

Saturday, November 6, 2010

Pengorban Berterusan

DALAM kehidupan ini pengorban demi pengorbanan pasti berlaku secara berterusan.

Renunglah bagaimana ibu yang kita kasihi mengandungkan kita selama 9 bulan, berkorban demi cahaya matanya yang bakal lahir. Lebih-lebih lagi kepada anak yang pertama. Bagai menatang minyak yang penuh. Satu pengorbanan yang tidak terkira membawa kandungan kesana ke sini.

Masa tidurnya dikorbankan. Terkadang ibunda mengidamkan sesuatu dan siayah berkorban mencarinya bagi memenuhi kehendak siibu yang kata orang adalah kehendak sianak yang dikandungnya.

Google Search > Muti Artikel mengenai Pengorbanan Ibu-Bapa

Sentuhan Kalbu > Berkorban Apa Saja


Berkorban Apa Saja

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Video

Lagu dendangan P.Ramlee

Friday, November 5, 2010

Sentuhan Kalbu > Ketulusan Hati

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku

*
MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu
Selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku

(Repeat *)

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku
Oooo

(Repeat *)

Ketulusan Hati dendangan Anuar Zain

Sentuhan Kalbu > Kekasih Awal Dan Akhir

Malam menanti siang
Siang menanti malam
Bagai berkurun lamanya
Masa memisahkan kita
Hingga terlupa
Pada paras lupa

Malam mencari mimpi
Siang mencari erti
Tersingkap seribu makna
Terucap seribu kata
Terlepaslah... rahsia

Sekian lama terpisah
Akhirnya bertemu
Mengenang dosa
Mengenang rindu
Dan ternyatalah
Cintaku yang satu...
oh oh...

Kau kekasih awal dan akhir
Kau kekasih zahir dan batin
Setelah ku sedari
CintaMu yang abadi

Takku harap takku peduli
Walau bulan jatuh kebumi
Dan hadir bidadari
Tak kumimpikan lagi

Kerana Kau lebih mengerti
Kerana Kau lebih mengerti


Lirik Lagu dendangan Jamal Abdillah

Tuesday, November 2, 2010

Titipan Doa Taubat


Dengan Nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kami bertaubat kepadaMu Allah
Kami bertaubat kepadaMu Allah
Kami bertaubat kepadaMu Allah
Dan kami kembali kepada Allah

Dan kami menyesal terhadap apa
yang kami lakukan
Dan kami berazam
bahawa kami tidak akan kembali
berbuat dosa untuk selama-lamanya
Dan kami terlepas daripada tiap-tiap agama
yang menyalahi agama Islam

Dan kami bersaksi bahawa tiada Tuhan
yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya
melainkan Allah Yang Maha Esa
tiada sekutu bagiNya

Dan kami bersaksi dengan sesungguhnya
bahawa Nabi Muhammad SAW
itu Rasul Allah
Kami telah redha
bahawa Allah itu Tuhan kami
dan Islam sebagai agama kami
dan penghulu kami
Muhammad SAW itu Nabi dan Rasul

Ya Allah!
Limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan
ke atas junjungan kami Nabi Muhammad,
keluarga dan para sahabatnya sekalian

Kurniakanlah kepadanya
kesejahteraan yang sempurna
dan jadikanlah penyayang dan pengasih
terhadap kami
dan orang-orang mukminin sekalian



Alunan Zikir

Izinkan aku beristigfar
Aku pohonkan ampun kepada Allah
Yang Maha Agung
Yang tiada Tuhan melainkan Allah
Ynag hidup dan kekal abadi
dan aku bertaubat kepadaNya

Izinkan pula aku bertasbih
Maha Suci Allah
dan segala puji-pujian tertentu bagiNya
Maha Suci Allah yang Maha Agung

Kini aku bertakbir dan bertahmid
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
dan bagi Allah jua segala puji-pujian

Amalan 4T

TASBIH - Subhanallah ... - Maha Suci Allah.

TAHMID - Alhamdulillah ... Segala pujian hanya kepada Allah.

TAKBIR - Allahhuakbar ... Allah yang Maha Besar.

TAHLIL -

4T tersebut merupakan zikir-zikir amalan yang soleh yang berkekalan manfaatnya selamanya.

Rasullullah bersabda zikir-zikir tersebut adalah perkataan yang paling dikasihi oleh Allah SWT.

Diantara manfaatnya termasuklah menyucikan hati daripada syirik, dan segala sifat tercela seperti hasad, riak, ujub (bangga diri), takbur, buruk sangka kepada sesama orang islam, dendam, sifat pemarah dan lain-lain lagi.

Amalan 4T menggugurkan dosa-doa seperti gugurnya daun-daun kayu daripada pohonnya.

Rasullullah meyuruh kita amalkan 4T selepas setiap solat fardhu

Disamping itu jangan lupa ISTIGHFAR dan perbanyakkan TALBIAH sewaktu mengerjakan haji dan umrah.


Allah sangat menyukai ucapan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir yang keluar dari bibir hamba-hamba-Nya.

Tasbih adalah ekspresi pengkudusan yang mengandung penafian semua kejelekan yang tidak mungkin ada pada Allah yang tidak sesuai dengan kebesaran dan keagungan-Nya. Tahmid merupakan bentuk pujian yang sempurna kepada Allah.

Rasulullah pernah bersabda : Sesungguhnya sebaik-baik doa adalah
“Alhamdulillah”
(HR. Tirmiddzi).

Dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda :الحمد لله تملأ الميزان,وسبحان الله والحمد لله تمللآن أو تملأ ما بين السماوات والأرض



Alhamdulillah memenuhi Mizan, dan Subhanallah serta al-hamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada diantara langit dan bumi

Sementara Laa Ilaaha Illa Allah adalah sebuah deklarasi bahwa tidak ada yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah. Dia adalah kalimat tauhid yang merupakan sebaik-baik dzikir kepada Allah. Kalimat ini merupakan bentuk penafian sifat-sifat uluhiyah dari makhluk dan penetapannya atas Allah karena memang Dialah Yang berhak untuk itu semua, Dialah yang pantas untuk menyandangnya, Dialah yang memiliki itu semua.

Artikel Selanjutnya.

Monday, November 1, 2010

Pakej Nilam THT

Titipan Doa Seusai Solat

Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala puji hanya bagiMu ya Allah
Dengan pujian yang sesuai dengan nikmatnNya
dan sejajar dengan anugerah tambahanNya

Wahai Tuhan kami
bagiMu segala pujian yang selayaknya
bagi keagungan zat Mu dan kebesaran kekuasaanMu

Ya Allah
Cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami
Muhammad SAW
meliputi orang yang terdahulu dan terkemudian
dan anugerahkanlah keselamatan kepadanya
Restu Allah
Mudah-mudahan dikurniakan kepada para pemimpin kami
dari kalangan para sahabat Rasullullah

Ya Allah
Hidupkanlah kami dengan iman
kumpulkanlah kami dengan iman
dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama iman
dengan berkat rahmatMu
Yang Paling Pengasih diantara yang mengasihani

Ya Allah tolonglah kami
untuk mengingatiMu
bersyukur kepadaMu
dan melakukan ibadah yang sebaiknya untukMu

Ya Allah
kampi pohonkan kepadaMu
petunjuk, ketaqwaan, kehormatan diri dan kecukupan

Ya Allah
terimalah solat kami sepenuhnya
dan ampunkanlah dosan kami sepenuhnya
Jangan Engkau seksa kami
biar pun sampai Hari Kiamat nanti
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami
dan ibu-bapa kami
rahmatilah mereka berdua
sebagaimana mereka mendidik kami
dengan baik sejak kecil

Ya Allah
hidupkanlah kami seperti kehidupan para ulama
matikanlah kami seperti kematian syuhana
dan kumpulkanlah kami dalam kumpulan para aulia'
masukkanlah kami ke dalam syurga bersama nabi a.s.

Wahai Tuhankami
janganlah Engkau pesongkan hati kami
setelah mana Engkau tunjuki kami
Berikan kami dari sisiMu rahmat
Sesungguhnya Engkau Tuhan Maha Pemberi

Wahai Tuhan kami
ampunilah dosa-dosa kami
dan keterlanjuran kami
dalam segala urusan kami
serta teguhkanlah pendidrian kami
dan tolongilah kami
menghadapi orang-orang kafir

Eahai Tuhan kami
ampunilah segala dosa-dosa kami
hapuskanlah kejahatan kami
dan matikanlah kami
bersama orang-orang yang baik

Ya Allah
berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan di akhirat
serta selamatkan kami dari api neraka

Ya Allah
sudahilah ajal kami dengan kesudahan yang baik
janganlah Engkau sudahi terhadap kami
Ya Allah
dengan kesudahan yang buruk

Selawat Allah ke atas junjungan kami
Muhammad, keluarga dan para sahabatnya
salam sejahtera
Maha Suci Tuhanku
Tuahn yang Maha Mulia
daripada sebarang kekurangan
yang disifatkan oleh mereka (orang kafir)
salam sejahtera ke atas para rasul
dan segala pujian hanya untuk Allah

5S dalam Ibadah Haji dan Umrah

5S dapat diterapkan dengan sebaiknya dalam apa juga aktiviti seharian. Malahan dalam ibadah Hjai dan Umrah, marilah kit ahatai bersama.

SOLAT diperbanyakkan dengan kualiti yang tinggi.

SYUKUR atas apa yang dikurniakan dan diberikan.

SABAR atas dugaan atau ujian samaada ujian yang dalam kesukaran atau ujian dalam kesenangan.

SENYUM selalu kerana dengan senyuman kita bersedekah dengan semua insan.

SEDEKAH harta benda semampu yang mungkin bagi mengikis perasaan kiiir atau tamak haloba.


Ubat Hati

Tombok Ati

1. Baca Quran dan maknanya

2. Mendirikan Solat Malam (SOLAT)

3. Berkumpullah dengan orang salleh

4. Perbanyakkan berpuasa

5. Zikir Malam berterusan

Live from Masjidil Haram Mekah

Live from Masjidil Haram Mekah



Source: http://live.gph.gov.sa/index.cfm

Monday, October 25, 2010

Titipan Zikir Munajat

Maha suci Allah
dan segala pujian bagi Allah
serta tiada Tuahan melainkan Allah
dan Allah juga yang Maha Besar

Cukuplah Allah yang Maha Agung sebagai Tuhanku
tiada dalam hatiku melainkan Allah
dan petunjuk dari Rasulullah SAW

Kami bertaubat kepada Allah
dan kamimkembali kepada Allah
dan kami menyesal diatas apa yang telah kami lakukan
Maka Maha Suci Allah yang mana tidak ada kekuasaan makhluk
yang boleh mengatasi kekuasaanNya
Dialah Allah ynag Maha Esa menguasai Arasy
Allah Maha Gagah yang menguasai Arasy di langit
Kerana kebesaranNya itu
maka tunduk dan sujud semua muka (makhluk-makhluk)
dengan merendah diri kepadaNya

Cukuplah Allah yang Maha Agung sebagai Tuhanku
tiada dalam hatiku melainkan Allah
dan petunjuk dari Rasulullah SAW

Tiada apa yang akan menyatakan terjadinya
hari itu selain Allah
Tiada Tuhan melainkan Allah
Raja yang sebenar-benarnya menjelaskan
(Segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya)

Muhammad itu Rasul Allah
yang benar segala janji-janjinya
lagi yang dipercayai

Aku mohon ampun daripada Allah
sesungguhnya Dialah Allah
Maha penerima taubat

Sunday, October 24, 2010

BH > Rahsia Haji

Rahsia Haji

Sumber Gambar : SINI

Rukun Islam kelima simbolik kesatuan umat sejagat tingkatkan ketakwaan kepada Allah

Oleh Ibrahim Abdullah | Berita Harian | 11/10/2010

FIRMAN Allah bermaksud: “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji nescaya mereka akan datang kepada (Rumah binaanmu) dengan berjalan kaki, dan berkenderaan jenis unta yang kurus, yang datangnya dari pelbagai jalan (corak rantau) yang jauh, supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan berbagai faedah bagi mereka serta menyebut nama Allah pada hari tertentu kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan haiwan ternak untuk dijadikan korban. Dengan demikian makanlah kamu dari (daging) korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, dan yang fakir miskin.” Surah al-Hajj, ayat 27-29.

Ibadah haji mempunyai hikmah dan rahsia tertentu bagi memenuhi dua tuntutan iaitu dari segi rohani dan jasmani, dunia dan akhirat. Ia juga banyak mengandungi hikmah dan pengajaran yang tersirat di sebalik ibadah berkenaan.

Ibadah haji tidak diwajibkan hanya berzikir kepada Allah SWT, menziarahi tempat suci dan menjejaki kesan para nabi, tetapi tujuannya lebih besar iaitu menyatukan umat yang berpecah-belah, berunding dan berbincang, supaya masing-masing kembali ke tanah air membawa azam yang mulia agar menjadi umat yang baik dan bersepadu.

Allah memilih tempat berkat yang pernah menerima rahmat sejak nabi Adam dan Ibrahim AS serta anak cucu mereka yang juga penutup segala nabi untuk mengajar manusia betapa pentingnya kesatuan dan perpaduan di antara mereka. Jalan yang dilalui oleh mereka itu hanya satu jalan saja iaitu jalan nabi, siddiqin, syuhada, dan salihin.

Ibadah haji yang dilaksanakan dengan pakaian ihram tidak berjahit, tawaf mengelilingi Baitullah, saie di antara Safa dan Marwah, wukuf di Arafah, melontar Jamrah, menyembelih haiwan dan dam semuanya mengandungi erti simbolik dan menjadi tujuan utama daripada penunaian ibadah haji.

Ihram yang menjadi nasak ibadah haji pertama dilakukan, membawa erti pembebasan diri daripada keinginan hawa nafsu dan daya tarikan daripada pengaruh luar selain Allah.

Ihram melambangkan penumpuan sepenuhnya kepada kebesaran dan keindahan zat dan sifat Allah. Membebaskan ikatan kedudukan dan pangkat, darah, keturunan, harta, miskin, kaya yang sering memisahkan seseorang daripada saudara seagama dan kemanusiaan.

Tawaf di Baitullah al-Haram diperlukan mengelilingi sebanyak tujuh keliling walaupun bersesak keadaannya dalam mencari ketaatan kepada Allah. Saie antara Safa dan Marwah dilakukan selepas tawaf, membayangkan erti mengejar rahmat dan pengampunan Allah.

Wukuf di Arafah pula, mengertikan pengorbanan perasaan takutkan Allah. Dengan doa restu yang dimohon dan harapan tinggi dipanjatkan kepada Allah. Di sinilah kemuncak ibadah haji, tempat pertemuan Adam dan Hawa selepas lama mereka berpisah sejak diturunkan dari syurga.

Melontar Jamrah adalah simbol kutukan kepada unsur kejahatan yang sering membinasakan manusia. Melontar juga membayangkan keazaman dan tekad untuk tidak lagi melakukan amalan yang mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan masyarakat.

Penyembelihan haiwan untuk membayar dam mengertikan kesucian kerana darah yang ditumpahkan itu seolah-olah darah kotor, dan membayangkan pengorbanan kerana menuntut keredaan Allah.

Antara implikasi yang sangat berfaedah diperoleh daripada pelaksanaan ibadah haji, menurut Dr Yusuf Qaradawi ialah:

Mengisi bekalan kerohanian bagi hati dan jiwa manusia dengan iman dan takwa. Dengan keazaman dan semangat meningkatkan ketaatan kepada Allah, kecintaan kepada rasul-Nya, kesedaran tanggungjawab terhadap sesama Islam pada keseluruhannya.

Tanah suci dan tempat yang dilawatinya meninggalkan kesan mendalam pada hati seseorang Muslim, dan bila pulang ke tanah air dengan hati yang bersih, berakhlak mulia dan semangat menentang segala bentuk kemungkaran. Jika haji dikerjakan itu mabrur dan ikhlas, kesannya lebih positif berfungsi melahirkan manusia berwawasan seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Siapa yang mengerjakan haji dan tidak melakukan kekotoran dosa dan kefasikan, nescaya bersih daripada dosanya seperti pada hari ia dilahirkan ibunya.”

Ibadah haji berfungsi meluaskan ufuk pemikiran seorang Muslim, menghubungkan dirinya dengan alam sekitar, dengan mening-galkan keluarga, tanah air, berkorban harta benda dan jiwa, bertujuan melatih manusia supaya bersedia menanggung kepayahan.

Dari aspek kebendaan, ibadah haji membuka peluang mengadakan pertukaran barang perniagaan di kalangan umat Islam. Firman Allah bermaksud: “Tiada apa-apa kesalahan bagi kamu untuk mencari kelebihan rezeki daripada Tuhan kamu.” Surah al-Baqarah, ayat 198
Perlu diingat urusan perniagaan tidak menjejaskan ibadah haji seseorang.

Menyemarakkan semangat perpaduan, melatih insan menghidupkan prinsip kemanusiaan yang tinggi dan mulia yang dibawa Islam. Perpaduan dan dasar kesatuan ummah sejagat. Pada masa jahiliah orang Arab mengambil kesempatan pada musim haji untuk menunjukkan kemegahan masing-masing, dengan keturunan dan pangkat. Lalu Rasulullah SAW menyampaikan ucapan yang sangat penting untuk mengajar mereka ajaran Islam yang bersifat antarabangsa.

Antara kandungan ucapan Baginda ialah: “Wahai manusia, Tuhan kamu satu, bapa kamu juga satu, ingatlah tiada keistimewaan orang Arab atas orang bukan Arab, tiada keistimewaan kulit putih atas kulit hitam, tiada keistimewaan kulit hitam atas kulit putih, kecuali kerana takwa.”

Mewujudkan rantau aman dan sejahtera dalam tempoh ibadah haji. Tetamu Allah di Tanah Suci mengadakan perjalanan yang aman menuju bumi dijamin Allah, bumi yang dibangun padanya Baitul Haram (Rumah yang dikawal).

Kawasan aman dikenali sebagai Tanah Suci, bukan hanya menjamin kepada manusia, tetapi meliputi burung di udara dan di daratan, pokok dan rumput rampai semuanya wajib diberi perlindungan, tidak boleh dibunuh haiwan dan dipotong pokok. Inilah keamanan yang tidak pernah dirasai mana-mana kawasan dunia lainnya yang dianugerahkan Allah Taala.

Muktamar dan perhimpunan agung sedunia ada dalam ibadah haji. Mereka menghadiri muktamar ini tidak diundang mana-mana pihak selain Allah. Allah mewajibkan hamba-Nya menunaikan ibadah ini setiap tahun.

Dalam muktamar tahunan ini, semua golongan masyarakat hadir menemui saudaranya seluruh dunia, pemimpin, tokoh politik, ulama dan sebagainya berbincang mencari persefahaman untuk mewujudkan suatu jalan yang lebih baik bagi mencapai cita dan wawasan umat Islam sejagat.

Rasulullah SAW mengingatkan umatnya betapa pentingnya muktamar ini, yang mana Baginda menaiki mimbar dan berucap yang menyentuh kepentingan seluruh umat Islam pada musim haji wadak, iaitu hubungan antarabangsa dibincang bersama dalam kesempatan berkenaan

Sejarah > Hajarul Aswad (Batu Hitam) (الحجر الأسود)

Sejarah asal - usul Hajarul Aswad (Batu Hitam) (الحجر الأسود)

Hajarul Aswad (الحجر الأسود) yang bermaksud batu hitam (aswad) merupakan salah satu batu yang terdapat di penjuru Kaabah.



Terletak di salah satu bucu Kaabah dan bertindak sebagai tanda memulai tawaf itu dengan membetulkan bahu kiri mereka ke arah Hajarul Aswad berpusing sebanyak tujuh kali.

Tawaf bermula dari Hajarul Aswad dan berakhir di Hajarul Aswad juga.

Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi S.A.W. semata-mata, dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajar Aswad), beliau berkata-kata:

“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”

Menurut tradisi Islam, Hajarul Aswad datang dari syurga dan warnanya putih tetapi bertukar warna kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama-sama mereka dosa-dosa yang mereka lakukan

Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin Umar bin Khattab, Hajar Aswad berasal dari syurga. Riwayat oleh Sa’id bin Jubair r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka’b r.a, menerangkan bahawa Hajar Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia.

Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajar Aswad ialah batu yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini. Riwayat-riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (M.224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah.

Tidak ditemukan informasi yang jelas tentang siapa yang meletakkan Hajar Aswad itu pertama kali di tempatnya di Kaabah; apakah malaikat ataukah Nabi Adam a.s.

Pada mulanya Hajar Aswad tidak berwarna hitam, melainkan berwarna putih bagaikan susu dan berkilat memancarkan sinar yang cemerlang.Abdullah bin Amr bin As r.a (7 SH-65 H) menerangkan bahawa perubahan warna Hajar Aswad daripada putih menjadi hitam disebabkan sentuhan orang-orang musyrik. Hal yang sama diungkapkan pula oleh Zubair bin Qais (M. 76 H/65 M).

Dikatakannya bahawa sesungguhnya Hajar Aswad adalah salah satu batu dunia yang berasal dari syurga yang dahulunya berwarna putih berkilauan, lalu berubah menjadi hitam kerana perbuatan keji dan kotor yang dilakukan oleh orang-orang musyrik. Namun, kelak batu ini akan berwarna putih kembali seperti sedia kala.

Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan. Sekiranya Allah s.w.t tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup mamandangnya.

Pada tahun 606 M, ketika Nabi Muhammad s.a.w berusia 35 tahun, Kaabah mengalami kebakaran besar sehingga perlu dibina kembali oleh Nabi Muhammad s.a.w dan kabilah-kabilah terdapat di Mekah ketika itu. Ketika pembangunan semula itu selesai, dan Hajar Aswad hendak diletakkan kembali ke tempatnya, terjadilah perselisihan di antara kabilah-kabilah itu tentang siapa yang paling berhak untuk meletakkan batu itu di tempatnya.

Melihat keadaan ini, Abu Umayyah bin Mugirah dari suku Makzum, sebagai orang yang tertua, mengajukan usul bahawa yang berhak untuk meletakkan Hajar Aswad di tempatnya adalah orang yang pertama sekali memasuki pintu Safa keesokan harinya.

Ternyata orang itu adalah Muhammad yang ketika itu belum menjadi rasul. Dengan demikian, dialah yang paling berhak untuk meletakkan Hajar Aswad itu di tempatnya. Akan tetapi dengan keadilan dan kebijaksanaannya, Muhammad tidak langsung mengangkat Hajar Aswad itu. Baginda melepaskan serbannya dan menghamparkannya di tengah-tengah anggota kabilah yang ada.

Hajar Aswad lalu diletakkannya di tengah-tengah serban itu. Baginda kemudian meminta para ketua kabilah untuk memegang seluruh tepi serban dan secara bersama-sama mengangkat serban sampai ke tempat yang dekat dengan tempat diletakkannya Hajar Aswad. Muhammad sendiri memegang batu itu lalu meletakkannya di tempatnya. Tindakan Muhammad ini mendapat penilaian dan penghormatan yang besar dari kalangan ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu.

Awalnya, Hajar Aswad tidak dihiasi dengan lingkaran pita perak di sekelilingnya. Lingkaran itu dibuat pada masa-masa berikutnya. Menurut Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-Azraki (M. 203 H), seorang ahli sejarah kelahiran Mekah, Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang memasang lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad, setelah terjadi kebakaran pada Kaabah.

Pemasangan pita perak itu dilakukan agar Hajar Aswad tetap utuh dan tidak mudah pecah. Pemasangan pita perak berikutnya dilakukan pada 189 H, ketika Sultan Harun ar-Rasyid, Khalifah Uthmaniah (memerintah tahun 786-809 M), melakukan umrah di Masjidil Haram. Ia memerintahkan Ibnu at-Tahnan, seorang pengukir perak terkenal ketika itu, untuk menyempurnakan lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.

Usaha berikutnya dilakukan oleh Sultan Abdul Majid, Khalifah Uthmaniah (1225-1277 H/1839-1861 M). Pada tahun 1268 H, baginda menghadiahkan sebuah lingkaran emas untuk dililitkan pada Hajar Aswad, sebagai pengganti lingkaran pita perak yang telah hilang. Lingkaran emas itu kemudian diganti semula dengan lingkaran perak oleh Sultan Abdul Aziz, Khalifah Uthmaniah (1861-1876 M).

Pada 1331 H, atas perintah Sultan Muhammad Rasyad (Muhammad V, memerintah pada tahun 1909-1918), lingkaran pita perak itu diganti dengan lingkaran pita perak yang baru. Untuk menjaga dan mengekalkan keutuhannya, Hajar Aswad sering dililit dan dilingkari dengan lingkaran pita perak.

kredit : Carigold Forum
http://berita-harian-online.com/forum/showthread.php?t=516

Rahsia Pergerakan Lawan Jam (Anti Clockwise)



Pergerakan menghasilkan tenaga untuk keseimbangan








Elektron bergerak mengelilingi nukleus dalam arah lawan jam
Jemaah haji dan umrah juga bergerak dalam arah lawan jam


Sewaktu joging atau di trek balapan
Kita selesa berjoging mengikut arah lawan jam
Atlit berlari dalam arah lawan jam

Sewaktu memagnetkan bahan besi atau keluli untuk menjadi magnet
Kita menggerakkan dari arah belakang ke depan
dan kembali dari depan ke belakang
Juga mengikut arah pusingan lawan jam

Begitu juga jemaah haji/umrah bersaie
Bermula dari Bukit Safa ke Bukit Marwah
dan dari Bukit Marwah ke Bukit Safa
Juga kalau diteliti ianya mengikut pusingan atau putaran lawan jam

Sewaktu kita makan juga pergerakan secara lawan jam
Tangan kanan kita gunakan untuk menyuap makanan
dan kembali ke pinggan
yang juga pergerakan lawan jam
Kita buka kepala paip air, juga arah lawan jam.

Secara kebetulan atau itulah rahsia alam.
Subhanallah... Maha Suci Allah.

Hajarul Aswad

Sains > Tawaf

FAKTA
7 keliling kaabah sempurna dan lengkap
Rujun haji dan umrah

SAINS
Pergerakan secara membulat dengan setiap jemaah dikatakan sebagai elemen magnet hasil aktiviti bioelektron akan menghasilkan tenaga atau energi terpusat ke kaabah.
Gerakan objek ikut hukum tangan kanan menghasilkan tenaga.
Energi terpusat secara horizontal dan vertikal.
Tenaga dapat dirasai oleh para jemaah.
Tenaga yang begitu dahsyat
Setiap saat dan ketika sepelusuk dunia
Apabila muslimin dan muslimat bersolat
Tenaga terpusat ke Kaabah Baitullah
Objek hitam adalah pemancar dan penerima tenaga terbaik

RENUNGAN

Kita menggunakan tenaga pabaila memusingkan gasing
Bagaimana kalau gasing berputar sendiri, pastinya menghasilkan tenaga
Elektromagnet yang memotong medan magnet akan menghasilkan gerakan
Manakala gerakan magnet akan menghasilkan gerakan atau tenaga keupayaan
Air terjun akan menghasilkan meutarkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik
Turbin yang bergerak pastinya akan juga menghasilkan gerkan dan menghasilkan tenaga

Titipan Doa Sewaktu Saie

Titipan Doa Sewaktu Saie

Ya Allah
Ya Tuhanku
Aku hendak bersaie di antara Safa dan Marwah
Tujuh kali saie umrah/haji
Hanya keranaMu Allah Taala

Allah yang Maha Agung
Allah yang Maha Agung
Allah yang Maha Agung

Teragung dari segala yang agung-agung
Segala puji-pujian yang banyak tertentu bagi Allah
Maha Suci Allah Yang Maha Agung
dengan puji-pujian
Yang Maha Mulia pagi dan petang
Disebahagian malam hendaklah kamu sujud bagNya
dan berasbihlah disepanjang waktu malam

Sesungguhnya Safa dan Marwah
itu sebahagian dari syiar (lambang)
agama Allah SWT
Maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah
atau mengerjakan umrah
maka tidaklah salah ian bersaie (berjalan berulang-alik)
di antar keduanya
dan sesiapa bersukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan
maka sesungguhnya Allah Maha Pemberi Balasan
lagi Maha Mengetahui

Ya Allah
ampunilah kami
rahmatilah kami
kurniakanlah kami kemurahanMu
dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui
sesungguhnya Engkau mengetahui
apa yang kami tidak mengetahui
dan Engkaulah Allah
Yang Maha Mulia Lagi maha Pemurah

Friday, October 15, 2010

Titipan Doa Tawaf #7

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Ya Allah
Aku mohon padaMu
Iman yang sempurna
Keyakinan yang benar
Rezeki yang luas
Hati yang khusyuk
Lidah yang selalu berzikir (menyebut nama Allah)
Rezeki yang halal dan baik
Taubat nasuha
Dan taubat sebelum mati
Ketenangan ketika hendak mati
Keampunan dan rahmat sesudah mati
Keampunan ketika dihisab
Keberuntungan memperoleh syurga
Dan terhindar dari neraka
Dengan rahmat dan kasih sayangMu

Wahai Tuhanku
Berikanlah aku tambahan ilmu pengetahuan
Dan masukkanlah aku ke dalam
Golongan orang-orang yang soleh

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Wahai Tuhan kami
Berilah kepada kami kebaikan di dunia
Dan kebaikan di akhirat
Dan peliharakanlah kami dari azab neraka
Dan masukkanlah kami ke dalam syurga
Berserta orang-orang yang berbakti
Wahai Tuhan yang Mulia
Pengampun dan menguasai sekalian alam

Titipan Doa Tawaf #6

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Ya Allah
Sesungguhnya Engkau mempunyai banyak hak
Yang ada di antara aku denganMu
Dan banyak kewajiban
yang ada di anatara aku dengan makhlukMu

Ya Allah
Ampunilah kesalahanku terhadapMu
Dan apapun kesalahanku antara makhlukMu
Bebaskanlah aku darinya
Cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal
Terhindar dari yang haram
Dan dengan berbuat taat kepadaMu
Dan terhindar dari perbutan derhaka
Dan dengan nikmat kelebihanMu
Dan terhindar dari mengharapkan orang lain dariMu
Wahai Tuhan yang Maha Pengampun

Ya Allah
Sesunguhnya rumahMu (Baitullah) ini agung
ZatMu juga mulia
Dan Engkau Ya Allah
Maha Penyabar
Maha Mulia
Maha Agung
Yang menyukai keampunan
Maka ampunilah aku

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Wahai Tuhan kami
Berilah kepada kami kebaikan di dunia
Dan kebaikan di akhirat
Dan peliharakanlah kami dari azab neraka
Dan masukkanlah kami ke dalam syurga
Berserta orang-orang yang berbakti
Wahai Tuhan yang Mulia
Pengampun dan menguasai sekalian alam

Titipan Doa Tawaf #5

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Ya Allah
Lindungilah aku di bawah naungan singgahsanaMu
Pada hari yang tidak ada
Naungan selain dari naunganMu
Dan tidak ada yang tinggal kekal selain dari ZatMu
Dan berikanlah aku minuman dari telaga
Nabi Muhammad SAW
Dengan satu minuman yang lazat, nyaman
Sesudah itu aku tidak haus untk selamanya

Ya Allah
Aku mohon padaMu
Kebaikan yang diminta oleh NabiMu
Muhammad SAW
Dan aku berlindungpadaMu
Dari kejahatan sebagaimana yang diminta
Oleh NabiMu Muhammad SAW

Ya Allah
Aku mohon padaMu
Syurga serta nikmatnya
Dan sesuatu yang dapat mendekatkan kepadanya
Baik ucapan ataupun amal perbuatan
Dan aku berlindung padaMu dari neraka
serta sesuatu yang mendekatkan aku kepadanya
baik ucapan ataupun amal perbuatan.

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Wahai Tuhan kami
Berilah kepada kami kebaikan di dunia
Dan kebaikan di akhirat
Dan peliharakanlah kami dari azab neraka
Dan masukkanlah kami ke dalam syurga
Berserta orang-orang yang berbakti
Wahai Tuhan yang Mulia
Pengampun dan menguasai sekalian alam

Titipan Doa Tawaf #4

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Ya Allah
Kurniakanlah haji yang mabrur
Saie yang diterima
Dosa yang diampuni
Amal soleh yang diterima
Dan usaha yang tidak akan mengalami rugi

Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui
Apa-apa yang tersimpan dalam hati sanubari
Keluarkanlah aku dar kegelapan
Ke cahaya yang terang benderang

Ya Allah
Aku mohon padaMu
Segala hal yang mendatangan rahmatMu
Dan segala ampunanMu
Terhindar dari segaladosa
Dan beruntung dengan mendapat pelbagai kebaikan
Beruntung memperoleh syurga
Terhindar dari siksa neraka

Tuhanku
Puaskanlah aku
Dengan anugerah yang telah Engkau berikan
Berkatilah untukku atas semua
Yang engkau anugerahkan kepadaku
Dan gantilah apa-apa yang hilang dariku
Dengan kebajikan dariMu

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Wahai Tuhan kami
Berilah kepada kami kebaikan di dunia
Dan kebaikan di akhirat
Dan peliharakanlah kami dari azab neraka
Dan masukkanlah kami ke dalam syurga
Berserta orang-orang yang berbakti
Wahai Tuhan yang Mulia
Pengampun dan menguasai sekalian alam

Titipan Doa Tawaf #3

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Ya Allah
Aku berlindung padaMu
Dari keraguan dan syirik, pertengkaran
Munafik, buruk budi pekerti, buruk pandangan
Dan salah urus terhadap harta benda keluarga

Ya Allah
Sesungguhnya aku mohon kepadaMu
Keredhaan dan syurgaMu
Dan aku berlindung padaMu dari murkaMu
Dan seksa neraka

Ya Allah
Aku berlindung padaMu
Dari fitnah kubur
Fitnah kehidupan
Dan derita kematian

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Wahai Tuhan kami
Berilah kepada kami kebaikan di dunia
Dan kebaikan di akhirat
Dan peliharakanlah kami dari azab neraka
Dan masukkanlah kami ke dalam syurga
Berserta orang-orang yang berbakti
Wahai Tuhan yang Mulia
Pengampun dan menguasai sekalian alam

Titipan Doa Tawaf #2

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Ya Allah
sesunguhnya Baitullah ini rumahMu
Tanah haram ini tanah haramMu
Hamba ini hambaMu
Dan aku hambaMu anak dari hambaMu
Dan tempat ini adalah tempat berlindung padaMu
Dari seksa neraka
Maka haramkanlah daging dan kulit kami
Dari seksa neraka.

Ya Allah
Cintakanlah kami pada iman
Dan perindahkanlah ia di hati kami
Bencikanlah kami pada perbuatan kufur,
Fasiq, maksiat dan derhaka
Serta masukkanlah kami ini dalam golongan
orang yang mendapat petunjuk

Ya Allah
Peliharalah aku dari azabMu
Dihari yang Engkau
kelak membangkitkan hamba-hambaMu

Ya Allah
Anugerahkanlah aku syurga
Tanpa dihisab

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Wahai Tuhan kami
Berilah kepada kami kebaikan di dunia
Dan kebaikan di akhirat
Dan peliharakanlah kami dari azab neraka
Dan masukkanlah kami ke dalam syurga
Berserta orang-orang yang berbakti
Wahai Tuhan yang Mulia
Pengampun dan menguasai sekalian alam

Tuesday, October 12, 2010

Titipan doa Tawaf #1

Ya Tuhanku
Aku hendak bertawaf umrah
tujuh pusingan lengkap dan sempurna
Maka permudahkanlah ianya untukku
dan terimalah persembahanku
hanya kerna Allah s.w.t

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
dan segala pujian adalah milik Alla s.w.t

Maha Suci Allah
dan segala pujian adalah bagi Allah s.w.t
dan tiada tuhan melainkan Allah
dan Allah Maha Besar
dan tiada keupayaan mentaati printahMu
dan tiada kekuatan untuk menjauhi laranganMu
melainkan dengan izinMu

Allah Maha Tinggi dan Maha Besar
selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w
Dengan keimanan kepadaMu
dan membenarkan kitabMu
dan menunaikan janjiMu
serta mengikuti jejak sunnah nabiMu Muhammad s.a.w.

Wahai Allah s.w.t
Sesungguhnya aku mohon dariMu
keampunan dan kesejahteraan (kesihatan)
dan penolakan yang berkekalan (terhadap bala bencana agama),
dunia dan akhirat
dan kemenangan dengan mendapat syurga
dan keselamatan dari api neraka

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
dan segala pujian adalah milik Allah s.w.t

Wahai Tuhan kami
kurniakanlah kepada kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
dari api neraka
dan masukkanlah kami ke dalam syurga
bersama-sama orang yang berjaya
Wahai Tuhan yang Maha Mulia
lagi Maha Pengampun
wahai Tuhan sekelian alam

Sunday, October 10, 2010

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - إن شاء الل

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - إن شاء الل




Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way


Video & Lyrics Information
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009

Titipan Doa > Solat Musafir

اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ وَالْمَالِ وَالْوَلَدِ وَالأَصْحَابِ ، اللَّهُمَّ احْفَظْنَا وَإِيَّاهُمْ مِنْ آفَاتِ الدُّنْيَا وَعَاهَاتِهَا ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا بِرًا وَتَقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرضَى ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ أَنْ تَطْوِىَ لَنَا الأَرْضَ وَتُهَوِّنَ عَلَيْنَا السَّفَرَ وَأَنْ تَرْزُقَنَا فِي سَفَرِنَا هَذَا سَلاَمَةً فِي الْبَدَنِ وَالدِّيْنِ وَالْمَالِ ، وَتُبَلِّغَنَا حَجَّ بَيْتِكَ وَزِيَارَةِ قَبْرِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكآبَةِ الْمُنْقَلَبِ وَسُوْءِ الْمَنْظَرِ فِي الأَهْلِ وَالْمَالِ وَالْوَلَدِ وَالأَصْحَابِ ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ فِي جِوَارِكَ وَلاَ تَسْلُبْنَا وَإِيَّاهُم نِعْمَتَكَ وَلاَ تُغَيِّر مَابِنَا وَبِهِم مِنْ عَافِيَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ .

Intisari

Ya Allah! Engkaulah teman dalam perjalanan
dan Engkaulah penjaga keselamatan kaum keluarga,
harta benda, anak cucu
dan sahabat handai,

ya Allah, peliharalah kami
dan mereka dari keburukan dunia
dan kerosakannya,

ya Allah sesungguhnya kami bermohon kebaikan
dan takwa dalam perjalanan ini
dan juga amalan-amalan yang Engkau redhai,

ya Allah kami bermohon supaya didekatkan
dan dimudahkan perjalanan kami
dan kurniakanlah kami di sepanjang perjalanan ini
keselamatan tubuh badan, agama dan harta benda,
sampaikanlah maksud kami mengerjakan haji
dan mengunjungi maqam nabiMu Muhammad s.a.w .

Ya Allah! sesungguhnya kami berlindung denganMu
daripada segala mara bahaya di dalam perjalanan
dan perkara- perkara yang mendukacitakan,
jauhilah buruk pandangan pada kaum keluarga,
harta benda, anak cucu dan sahabat handai kami.

Ya Allah! letakkanlah kami
dan mereka sekalian di dalam peliharaanMu,
janganlah Engkau lucutkan nikmatMu dari kami
dan mereka,
janganlah Engkau mengubahkan kesihatan yang ada pada kami
dan pada mereka,
wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Sumber: http://www.e-mosque.com.my/ibadatfardhu/dh01.html

Intisari AlQuran > AlBaqarah: 1-5

Alif laam miim

Tiada keraguan lagi
Menjadi petunjuk mereka yang bertaqwa

Mereka yang percaya kepada yang ghaib
Mereka yang mendirikan solat
dan menafkahkan sebahagian rezeki
yang dikurniakan oleh Allah

Mereka beriman kepada kitab alQuran
yang diturunkan kepadamu
dan kitab-kitab yang diturunkan sebelum itu
dan mereka yakin akan kehidupan di akhirat sana

Mereka tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya
dan merekalah orang-orang yang beruntung

(Intisari AlQuran > AlBaqarah: 1-5)

Secebis Doa di Arafah

Ya Allah
hanya untukMu sahaja solatku
ibadatku, hidup dan matiku
kepadaMu tempat kembaliku
dan untukMu Tuhan
seruanku ini

Ya Allah
Sesungguhnya aku pohon perlindungan padaMu
dari azab kubur
dan keraguan didada yang berkecamuk

Ya Allah
Sesungguhnya aku pohon dariMu
kebaikan yang datang bersama angin
dan aku phon perlindungan kepadaMu
dari kejahatan yang datng bersama angin

Amin
Ya rabbul alamin

Falsafah Haji

Haji merupakan satu pengembaraan berkenaan gambaran ke akhirat iaitu permulaan untuk meninggalkan dunia.

Tujuannya hanya semata-mata untuk kita patuh kepada perintah Allah agar kita mendapat haji mabrur iaitu haji yang diterima oleh Allah. Haji Mabrur dapat diperolehi jika dilakukan dengan sempurnanya.

Perjalanan haji menunjukkan kepatuhan kepada Allah dengan kesusahan serta kepayahan yang dilalui adalah cabaran atau ujian yang dilalui oleh si pengembaran.

Tuesday, October 5, 2010

Adab dan Amalan

Aurat dijaga dengan sempurnanya
Bersih dan Suci tubuh badan sepanjang berihram

Doa dan zikir diperbanyakkan
Dosa dan maksiat diajuhkan

Ibadah diperbanyakkan
Kata kesat dan nesta dijauhkan

Tawaf dilakukan sekerap mungkin
Taat dan patuh perintah Allah
Tiada perbuatan sia-sia dilakukan

Pertengkaran dan perkelahian dijauhkan
Wuduk yang sempurna dilakukan

Pabila Terpandang Kaabah

Ya Allah
Aku bersyukur kepadaMu
Kau sampaikan hajatku ke Baitullah

Ya Allah
Engkau adalah penyelamat hambaMu
dari kebinasaan
Daripada Engkau pula keselamatan diharapkan
Maka kekalkanlah
kami wahai Tuhan kami dalam keselamatan

Tombok Ati 5 Perkaraney



Ubat Hati


1. Baca Quran dan maknanya

2. Mendirikan Solat Malam

3. Berkumpullah dengan orang salleh

4. Perbanyakkan berpuasa

5. Zikir Malam berterusan




Tombok Ati 5 Perkaraney

Friday, October 1, 2010

Titipan Doa

DOA
1. Paling afdal dalam bahasa Arab kerana ianya bahasa al-Quran, bahasa Rasulullah saw dan bahasa di syurga.
2. Dibolehkan berdoa dalam apa juga bahasa .
3. Kekuatan dan keyakinan diri sewaktu berdoa memainkan peranan penting dalam kehidupan kerana kita sentiasa mengharapkan rayuan dan panggilan kita didengar dan dimakbulkan oleh Allah swt.


Ya Allah
kepada Mu kami kembali
dan kepada Mu kami bertaubat
dan kepada Mu kami beribadat
dan Tuhan kamilah yang kami puji.


Doa Selamat

Ya Allah
ampunilah aku
berilah hidayah kepadaku
kurniakahlah aku rezeki
berilah afiat kepadaku

Aku pohon perlindungan Mu
daripada kesempitan tempat berdiri
di hari akhirat kelak


Doa sebelum naik kenderaan

Dengan nama Allah
Segala pujian bagi Allah

Bertasbihlah
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Maha Suci Tuhan yang telah mempermudahkan kami
dan kami tidak syirik kepada Nya
dan kepada Nya kami kembali

Bertahmidlah
Segala pujian bagi Allah
Segala pujian bagi Allah
Segala pujian bagi Allah

Betakbirlah
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Maha Suci Engkau ya Allah
sesungguhnya aku telah menzalimi diriku
maka ampunkanlah daku
kerana sesungguhnya
tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosaku
melainkan Engkau.

Sumber: Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci,
oleh Zahazan Mohamaed dan M Azrul Azlen Abd Hamid (2009) Telaga Biru Sdn Bhd.




Perjalanan Haji Tamattuk

Dari Malaysia ke Miqat di Qarnul Manazil
Sejauh penerbangan 7,530 km

1. Berniat Ihram Umrah kerana hendak masuk ke Mekah
2. Meninggalkan larangan dalam ihram
3. Bertalbiah

Di MEKAH

1. Tawaf Rukun Umrah
2. Saie (Safa dan Marwah)
3. Bercukur
Tanggalkan ihram

(tertunai Umrah untuk Haji)

Aktiviti Berterusan
Membaca alQuran
Tawaf Sunat
Solat Berjemaah
Ziarah di Mekah


8 hb Zulhijjah 1431H (Hari Tarwiah)
1. Berniat Ihram Haji (Tamattuk)
2. Memakai ihram
3. Meninggalkan larangan dalam ihram

Bertalbiah
Bertolak ke Arafah

Membaca alQuran
Tawaf Sunat
Solat Fardhu Berjemaah
Qiamulail

9 hb Zulhijjah 1431H
Wukuf setelah gelincir matahari
waktu wukuf sebelum naik fajar 10 Zulhijjah
Mengikuti khutbah wukuf
Solat Jamak Zuhur dan Asar
Zikir Arafah
Doa
Solat Jamak Maghrib dan Isyak
Selepas isyak, bertolak ke Mudzalifah (naik bas)

Di Mudzalifah
1. Kutip anak-anak batu
zikir
Berdoa
Bermalam (bermabit) di Mudzalifah
Tidak melintasi sempadannya selepas tengah malam unuk ke Mina.

10 hb Zulhijjah 1431H di MINA
1. Melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah
Bercukur (tahallul Awal)
Menanggalkan ihram
Terlepas 10 larangan ihram, namun kekal 3 larangan ihram

Melontar ketiga-tiga jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah
Bermalam 11, 12 bagi Nafar Awal
Melontar ketiga-tiga jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
Bermalam 11, 12 dan 13 bagi Nafar Sani
Zikir, Doa dan Tilawah
Menyembelih korban
Berangkat ke Mekah

di Mekah
1. Tawaf Rukun Haji
2. Saie (Safa dan Marwah)
tahallul Thani

Lengkaplah Ibadah Haji Tamattuk
Lengkap Rukun dan Wajib Umrah Haji
Lengkap Rukun dan Wajib Haji


Membaca alQuran
Tawaf Sunat
Solat Berjemaah
Ziarah di Mekah









Tuesday, September 21, 2010

Catatan dari Video

1. Haji merupakan salah satu anugerah kepada umat Islam dan wajib dikerjakan mengikut tertib sepertimana yang diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

2. Kota suci Mekah terdapatnya Baitullah, kiblat dimana kita halakan diri kita sewaktu solat yang dibangunkan sejak Nabi Ibrahim lagi.

3. Kerajaan Arab Saudi sentiasa memberi layanan sebaiknya kepada tetamu Allah mengerjakan umrah dan haji.

4. Haji Tamatuk, Qiran dan Ifrad menjadi pilihan mengikut kesesuaian individu. Keciali haji Ifrad, jenis haji yang lain dikenakan dam. Disarankan memilih haji Tamattuk yang lebih afdal.

5. Disunatkan bertalbiah dengan kuat kepada kaum lelaki dan suara perlahan bagi kaum wanita.

6. Larangan ihram dijaga sebaiknya. Memakai minyak wangi sebelum memakai ihram.

7. Tawaf dimulakan dari Hajarul Aswad. dengan tujuh pusingan lengkap. Solat dua rekaat sebaik selesai tawaf.

8. Tujuh pusingan antara bukit Safa dan Marwah. Berlari-lari anak antara dua lampu hijau. Bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.

9. Tahalul dengan menggunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut.









Monday, September 20, 2010

IHRAM

Ihram bererti memakai pakaian ihram di miqat tertentu serta niat.

NIAT IHRAM HAJI

نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلَّّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala.

NIAT IHRAM UMRAH

نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.

PERKARA-PERKARA YANG HARAM SEMASA IHRAM

  1. Menutup kepala bagi lelaki lelaki dan menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita.
  2. Memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
  3. Memakai bau-bauan pada badan, pakaian, dan makanan.
  4. Memakai minyak pada rambut dan janggut.
  5. Mencabut bulu atau rambut dari badan
  6. Memotong kuku.
  7. Membunuh binatang buruan.
  8. Bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.
  9. Jimak (bersetubuh)
  10. Melakukan akad nikah, mewalikan pernikahan, atau menikahkan. (Nikah yang dilakukan dalam masa ihram adalah tidak sah

Sunday, September 19, 2010

Jenis-Jenis HAJI

Ada 3 jenis semuanya

1. HAJI IFRAD - Haji dahulu dan diikuti oleh umrah.

2. HAJI TAMATTUK - Umrah dahulu dan diikuti oleh haji. Ianya dikenakan DAM.

3. HAJI QIRAN - Menunaikan haji dan umrah serentak. Ianya juga dikenakan DAM.

Peringatan: Haji tidak akan lengkap jika tidak ditunaikan dengan umrahnya sekali.

Rukun dan Wajib Umrah > 5 +2 Perkara

Rukun umrah ada 5 perkara

1. NIAT umrah

2. TAWAF

3. SAIE

4. BERGUNTING/BECUKUR

6. TERTIB

Wajib umrah pula ada 2 perkara

1. Berniat di Miqat

2. Meninggalkan larangan ihram.

Rukun & Wajib Haji > 6 +6 Perkara!

Ada 6 perkara bagi Rukun Haji

1. NIAT

2. WUQUF di Arafah

3. TAWAF

4. SAIE

5. BERGUNTING/BERCUKUR

6. TERTIB

Ada 6 perkara bagi WAJIB Haji

1. NIAT IHRAM di Miqat

2. Menjaga larangan ihram

3. Bermalam di Mudzalifah

4. Melontar Jumratul Aqabah

5. Bermalam 3 malam di Mina

6. Melontar 3 jamrah pada hari tasykrik

Saturday, September 18, 2010

Ibadat haji adalah Hanya Kerana Allah s.w.t sahaja

Mengerjakan fardhu haji semata-mata kerana Allah.
Kita perlu membetulkan niat dan sentiasa membersihkan hati.

BUKAN riak dan menunjuk-nunjuk
BUKAN kerana kopiah, serban, jubah
BUKAN kerana title haji atau hajjah
BUKAN kerana orang suruh
BUKAN kerana hendak mati di Mekah
BUKAN kerana wang dibiayai anak dan cucu
BUKAN kerana hendak mencipta rekod kekerapan mengerjakan haji

Friday, September 17, 2010

Persediaan Sebelum Ke tanah suci


Sumber foto: Islamicfinder.org

6 perkara Sebelum Ke Tanah Suci

1. ILMU PENGETAHUAN - mempelajari falsafah haji, rukun dan wajibnya. Berguru menerusi kursus haji bersiri dan haji perdana. Pembacaan kitab-kitab serta bertanya pada yang berilmu. Mengetahui cara atau kaedah mengerjakan haji dengan betul dan sempurna.

2. IKHLASKAN NIAT DAN TUJUAN - hanya bertujuan untuk akhirat dan ikhlas kerana Allah s.w.t. Tidak perlu dihebohkan pemergian haji nanti ditakuti riak atau takbur. Bertaubatlah untuk tidak mengulangi perbuatan buruk serta dosa-dosa lama. Tidak perlu riak berjaya mengerjakan ibadat haji.

3. NAFKAH YANG HALAL - Sumber perbelanjaan dari harta yang halal dan sudah dizakatkan. Juga pastikan nafkah kepada ahli keluarga yang ditinggalkan di tanah air.

4. MOHON KEMAAFAN - pohon kemaafan dari ibu-bapa, kelurga, jiran tetangga dan semua rakan taulan sebeleum berangkat ke tanah suci.

6. BERDISPLIN - jangan merebut peluang atau giliran orang lain yang lebih patut pergi ke tanah suci. Patuh segala syarat-syarat wajib yang telah ditentukan oleh syarak.

Klasifikasi Haji

Haji mabrur sentiasa menjadi impian bagi setiap jemaah haji. Apakah itu Haji Mabrur? Bagimana pula Haji Makhsus, Haji Maqbul dan Haji Mardud?

HAJI MABRUR - dicapai apabila ditunaikan dengan sempurna, cukup rukun dan wajib. Ikhlas, sabar, sumber perbelanjaan yang halal, budi pekerti yang baik, tidak melanggar segala larangan ihram dan ditunaikan dengan penuh beilmu dan bertawakal. Pengingkatan ketakwaan bertambah sepanjang pejalanan haji.

HAJI MAKHSUS - walaupun ibadat haji dilakukan dengan kesungguhan namun terdapat lagi ruang kekurangan. Hajinya sah, baik amalan dan cukup rukun dan syarat tetapi terdapat amalan yang kurang cemerlang.

HAJI MAQBUL - perjalan haji telah dimakbulkan namun pencapaian setakat lulus sahaja. Berkemungkinan sumber perbelankaan haji dari sumber yang tidak halal atau bercampur dengan yang haram. Rukun dilaksanakan tetapi wajibnya tertinggal dan tidak dibayar dam untuknya. Termasuklah kurang ilmu dan tiada taqwa. Perlakuan yang kurang baik di tanah suci juga menyumbang kepada haji maqbul.

HAJI MARDUD - haji yang ditolah oleh Allah s.w.t kerana meninggalkan salah satu rukun atau melanggar larangan ihram yang bersar sebelum bertahahallul seperti bersama dengan isteri. Tiada ilmu yang mencukupi dan ketidakfahaman menyebabkan tidak menepati tujuan. Akibatnya wang habis, tenaga terbuang, pahala lesap, badan penat dan masa terbuang. Tiada perubahan diri sewaktu sebelum dan selepas mengerjakan haji.

Satu Catatan Perjalanan Haji

Satu Catatan peribadi Perjalanan ke Kota Suci Mekah masjidil-haram dan Madinah al mukarramah.

Thursday, August 26, 2010

Nostalgia Di Kota Mekah

Satu permandangan Di dataran masjid berhadapan dengan Alsafa tower. Satu permandangan yang lazim dilihat sebaik solat waktu berakhir. Gambar ini diambil selepas waktu puncak haji. Jika tidak, ribuan jemaah dari benua Asia menjadikan Tempat solat mereka.

mStar Online : Kemuliaan Budi Pekerti


Hadith:

RASULULLAH s.a.w. bersabda yang bermaksud: Allah Azzawajalla berfirman, Kemuliaan adalah sarungku dan kesombongan itu adalah selendangku, sesiapa yang mencabut daripadaku salah satu daripada keduanya nescaya Aku akan menyiksanya.

Riwayat Muslim

Huraian Hadith:

1. Segala kepujian dan sifat kebesaran hanya menjadi milik Allah S.W.T. Oleh itu Allah memberi peringatan bahawa tiada sesiapapun dari kalangan makhluk-Nya yang layak memakai mana-mana sifat tersebut melainkan Dia sahaja.

2. Setiap muslim hendaklah sentiasa merendah diri, tawadhuk dan bersikap sederhana. Jangan sekali-kali bersikap buruk dan keji kerana ia adalah sifat iblis dan syaitan laknatullah yang sentiasa menderhaka Allah S.W.T.

3. Sombong maksudnya adalah menolak kebenaran dan menganggap remeh segala yang lain. Orang yang sombong akan merasa dirinya lebih baik, pintar, kaya dan hebat. Contohnya dapat dilihat pada diri Firaun, Qarun dan Abu Jahal yang bersikap angkuh dan tidak mahu menerima kebenaran.

4. Dalam surah Luqman ayat 18 Allah S.W.T. melarang kita daripada bersikap sombong sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Dan janganlah engkau memalingkan muka dari manusia (kerana sombong) dan janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri".

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



Sent from my iPad

FaceBook