Ihram bererti memakai pakaian ihram di miqat tertentu serta niat.
NIAT IHRAM HAJI
نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلَّّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala.
NIAT IHRAM UMRAH
نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.
- Menutup kepala bagi lelaki lelaki dan menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita.
- Memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
- Memakai bau-bauan pada badan, pakaian, dan makanan.
- Memakai minyak pada rambut dan janggut.
- Mencabut bulu atau rambut dari badan
- Memotong kuku.
- Membunuh binatang buruan.
- Bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.
- Jimak (bersetubuh)
- Melakukan akad nikah, mewalikan pernikahan, atau menikahkan. (Nikah yang dilakukan dalam masa ihram adalah tidak sah