Blog khusus untuk catatan perkongsian ilmu dan pengalaman perjalanan mengerjakan fardhu haji bagi tahun 1431H. Ilmu dicari dari pelbagai sumber yang merangkumi dari kursus haji bersiri, kitab-kitab serta rujukan yang lain.
Friday, September 17, 2010
Persediaan Sebelum Ke tanah suci
Sumber foto: Islamicfinder.org
6 perkara Sebelum Ke Tanah Suci
1. ILMU PENGETAHUAN - mempelajari falsafah haji, rukun dan wajibnya. Berguru menerusi kursus haji bersiri dan haji perdana. Pembacaan kitab-kitab serta bertanya pada yang berilmu. Mengetahui cara atau kaedah mengerjakan haji dengan betul dan sempurna.
2. IKHLASKAN NIAT DAN TUJUAN - hanya bertujuan untuk akhirat dan ikhlas kerana Allah s.w.t. Tidak perlu dihebohkan pemergian haji nanti ditakuti riak atau takbur. Bertaubatlah untuk tidak mengulangi perbuatan buruk serta dosa-dosa lama. Tidak perlu riak berjaya mengerjakan ibadat haji.
3. NAFKAH YANG HALAL - Sumber perbelanjaan dari harta yang halal dan sudah dizakatkan. Juga pastikan nafkah kepada ahli keluarga yang ditinggalkan di tanah air.
4. MOHON KEMAAFAN - pohon kemaafan dari ibu-bapa, kelurga, jiran tetangga dan semua rakan taulan sebeleum berangkat ke tanah suci.
6. BERDISPLIN - jangan merebut peluang atau giliran orang lain yang lebih patut pergi ke tanah suci. Patuh segala syarat-syarat wajib yang telah ditentukan oleh syarak.