Sunday, November 7, 2010

Dugaan > IC Hilang?

SEWAKTU ke Bandar Baru Bangi, nak pindahkan duit dari akaun Bank Islam ke akaun Tabung Haji buat belanja di Mekah, disedari IC yang selama ini disimpan dalam dalam dompet duit telah hilang? Betul ke hilang atau terselit dimana-mana.

Dengan muka konfiden, apabila nama dipanggil oleh pegawai Bank Islam untuk urusan dan beliau meminta kad pengenalan. Mulalah cuba gunakan kad-kad yang lain sebagai ganti diri, seperti kad kredit emas CIMB dan Platinum Bank Islam!

Namun dengan penuh sopan pegawai tersebut berkata "Encik, minta maaf, kami tidak dapat melakukan transaksi kerana kami pelukan kad pengenalan. Ini adalah peraturan kami".

Maka dengan muka selamba, mohon diri dan kembali ke rumah untuk mencari IC? Adakah ini dugaan kami? Ya Allah, tunjukkanlah dimana IC tu! Puas diselongkar segala beg komputer, brief-case dan almari baju yang mengandungi fail-fail dokumen keluarga.

Tidak ada! Mulah cemas. Dimanakah gerangan IC tersebut!

Oh ya... baru teringat sewaktu menggunkan kemudahan Touh n Go, saya telah memasukkan IC yang juga mengandungi kemudahan Touch n Go ke dalam set tersebut dan menggantungkkanya di atas cermin depan kereta.

Alhamdulillah! dan syukur ... dah jumpa IC tersebut! Muka selamba tapi dalam hati begitu panik sekali.

Sehari sebelum berangkat ke Mekah, anak bongsu menelefon dari Gerik, katanya dompet dia yang mengandungi IC, kad ATM dan sedikit duit belanja telah hilang di asramanya! Dengan nada panik, katanya "Semua dan hilang!! Dan tak ada duit belanja lagi!".

Kebetulan kami menerima panggilan tersebut pada awal pagi, sewaktu dalam perjalanan pulang dari menghanatr anak sulong ke Terminal AirAsia untuk pulang ke Johor Bahru. Namun, alhamdulillah isteri tidak panik, dan dengan nada selamba, menyuruh anak mencarinya dipersekitaran sekolah dan menelefon kembali pada waktu tengah hari smbil menyruh anak kami sembahyang hajat dan membaca Surah Yassin serta mohon doan dari Allah agar menjumpai dokumen-dokumen tersebut.

Kami berpandangan antara satu "Ya Allah, adakah ini satu lagi dugaan yang kami hadapi di tanah air?". Kami percaya anak sudah tentulah panik, almaklumlah dikejauhan di utara menimba ilmu dan hilang dokumen peribadi dan duit belanja seharian. Bagi kami nilai duit tersebut agak kecil, tapi agak besar bagi anak kami!

Seusai sarapan, selepas mengemaskan diri lantar kami solat hajat memohon pertolongan dari Allah yang Maha Esa.

Alhamdulillah sbelum menjelang makan tengah hari, si anak menelefon dari Gerik, katanya dompet bersama kad pengenalan dan kad ATMnya dijumpai di salah satu bilik gerakan di sekolah tersebut. Namun duit belanjanya hilang! Kami mencadangkan agar esuk beliau memohon bantuan gurunya mengeluarkan sedikit duit dari akaun banknya.

Syukur ... Syukur dan Syukur... Alhamdulillah, dugaan -demi dugaan yang kami hadapi dapat diatasi dengan sebaiknya.

FaceBook