Monday, October 25, 2010

Titipan Zikir Munajat

Maha suci Allah
dan segala pujian bagi Allah
serta tiada Tuahan melainkan Allah
dan Allah juga yang Maha Besar

Cukuplah Allah yang Maha Agung sebagai Tuhanku
tiada dalam hatiku melainkan Allah
dan petunjuk dari Rasulullah SAW

Kami bertaubat kepada Allah
dan kamimkembali kepada Allah
dan kami menyesal diatas apa yang telah kami lakukan
Maka Maha Suci Allah yang mana tidak ada kekuasaan makhluk
yang boleh mengatasi kekuasaanNya
Dialah Allah ynag Maha Esa menguasai Arasy
Allah Maha Gagah yang menguasai Arasy di langit
Kerana kebesaranNya itu
maka tunduk dan sujud semua muka (makhluk-makhluk)
dengan merendah diri kepadaNya

Cukuplah Allah yang Maha Agung sebagai Tuhanku
tiada dalam hatiku melainkan Allah
dan petunjuk dari Rasulullah SAW

Tiada apa yang akan menyatakan terjadinya
hari itu selain Allah
Tiada Tuhan melainkan Allah
Raja yang sebenar-benarnya menjelaskan
(Segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya)

Muhammad itu Rasul Allah
yang benar segala janji-janjinya
lagi yang dipercayai

Aku mohon ampun daripada Allah
sesungguhnya Dialah Allah
Maha penerima taubat

Sunday, October 24, 2010

BH > Rahsia Haji

Rahsia Haji

Sumber Gambar : SINI

Rukun Islam kelima simbolik kesatuan umat sejagat tingkatkan ketakwaan kepada Allah

Oleh Ibrahim Abdullah | Berita Harian | 11/10/2010

FIRMAN Allah bermaksud: “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji nescaya mereka akan datang kepada (Rumah binaanmu) dengan berjalan kaki, dan berkenderaan jenis unta yang kurus, yang datangnya dari pelbagai jalan (corak rantau) yang jauh, supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan berbagai faedah bagi mereka serta menyebut nama Allah pada hari tertentu kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan haiwan ternak untuk dijadikan korban. Dengan demikian makanlah kamu dari (daging) korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, dan yang fakir miskin.” Surah al-Hajj, ayat 27-29.

Ibadah haji mempunyai hikmah dan rahsia tertentu bagi memenuhi dua tuntutan iaitu dari segi rohani dan jasmani, dunia dan akhirat. Ia juga banyak mengandungi hikmah dan pengajaran yang tersirat di sebalik ibadah berkenaan.

Ibadah haji tidak diwajibkan hanya berzikir kepada Allah SWT, menziarahi tempat suci dan menjejaki kesan para nabi, tetapi tujuannya lebih besar iaitu menyatukan umat yang berpecah-belah, berunding dan berbincang, supaya masing-masing kembali ke tanah air membawa azam yang mulia agar menjadi umat yang baik dan bersepadu.

Allah memilih tempat berkat yang pernah menerima rahmat sejak nabi Adam dan Ibrahim AS serta anak cucu mereka yang juga penutup segala nabi untuk mengajar manusia betapa pentingnya kesatuan dan perpaduan di antara mereka. Jalan yang dilalui oleh mereka itu hanya satu jalan saja iaitu jalan nabi, siddiqin, syuhada, dan salihin.

Ibadah haji yang dilaksanakan dengan pakaian ihram tidak berjahit, tawaf mengelilingi Baitullah, saie di antara Safa dan Marwah, wukuf di Arafah, melontar Jamrah, menyembelih haiwan dan dam semuanya mengandungi erti simbolik dan menjadi tujuan utama daripada penunaian ibadah haji.

Ihram yang menjadi nasak ibadah haji pertama dilakukan, membawa erti pembebasan diri daripada keinginan hawa nafsu dan daya tarikan daripada pengaruh luar selain Allah.

Ihram melambangkan penumpuan sepenuhnya kepada kebesaran dan keindahan zat dan sifat Allah. Membebaskan ikatan kedudukan dan pangkat, darah, keturunan, harta, miskin, kaya yang sering memisahkan seseorang daripada saudara seagama dan kemanusiaan.

Tawaf di Baitullah al-Haram diperlukan mengelilingi sebanyak tujuh keliling walaupun bersesak keadaannya dalam mencari ketaatan kepada Allah. Saie antara Safa dan Marwah dilakukan selepas tawaf, membayangkan erti mengejar rahmat dan pengampunan Allah.

Wukuf di Arafah pula, mengertikan pengorbanan perasaan takutkan Allah. Dengan doa restu yang dimohon dan harapan tinggi dipanjatkan kepada Allah. Di sinilah kemuncak ibadah haji, tempat pertemuan Adam dan Hawa selepas lama mereka berpisah sejak diturunkan dari syurga.

Melontar Jamrah adalah simbol kutukan kepada unsur kejahatan yang sering membinasakan manusia. Melontar juga membayangkan keazaman dan tekad untuk tidak lagi melakukan amalan yang mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan masyarakat.

Penyembelihan haiwan untuk membayar dam mengertikan kesucian kerana darah yang ditumpahkan itu seolah-olah darah kotor, dan membayangkan pengorbanan kerana menuntut keredaan Allah.

Antara implikasi yang sangat berfaedah diperoleh daripada pelaksanaan ibadah haji, menurut Dr Yusuf Qaradawi ialah:

Mengisi bekalan kerohanian bagi hati dan jiwa manusia dengan iman dan takwa. Dengan keazaman dan semangat meningkatkan ketaatan kepada Allah, kecintaan kepada rasul-Nya, kesedaran tanggungjawab terhadap sesama Islam pada keseluruhannya.

Tanah suci dan tempat yang dilawatinya meninggalkan kesan mendalam pada hati seseorang Muslim, dan bila pulang ke tanah air dengan hati yang bersih, berakhlak mulia dan semangat menentang segala bentuk kemungkaran. Jika haji dikerjakan itu mabrur dan ikhlas, kesannya lebih positif berfungsi melahirkan manusia berwawasan seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Siapa yang mengerjakan haji dan tidak melakukan kekotoran dosa dan kefasikan, nescaya bersih daripada dosanya seperti pada hari ia dilahirkan ibunya.”

Ibadah haji berfungsi meluaskan ufuk pemikiran seorang Muslim, menghubungkan dirinya dengan alam sekitar, dengan mening-galkan keluarga, tanah air, berkorban harta benda dan jiwa, bertujuan melatih manusia supaya bersedia menanggung kepayahan.

Dari aspek kebendaan, ibadah haji membuka peluang mengadakan pertukaran barang perniagaan di kalangan umat Islam. Firman Allah bermaksud: “Tiada apa-apa kesalahan bagi kamu untuk mencari kelebihan rezeki daripada Tuhan kamu.” Surah al-Baqarah, ayat 198
Perlu diingat urusan perniagaan tidak menjejaskan ibadah haji seseorang.

Menyemarakkan semangat perpaduan, melatih insan menghidupkan prinsip kemanusiaan yang tinggi dan mulia yang dibawa Islam. Perpaduan dan dasar kesatuan ummah sejagat. Pada masa jahiliah orang Arab mengambil kesempatan pada musim haji untuk menunjukkan kemegahan masing-masing, dengan keturunan dan pangkat. Lalu Rasulullah SAW menyampaikan ucapan yang sangat penting untuk mengajar mereka ajaran Islam yang bersifat antarabangsa.

Antara kandungan ucapan Baginda ialah: “Wahai manusia, Tuhan kamu satu, bapa kamu juga satu, ingatlah tiada keistimewaan orang Arab atas orang bukan Arab, tiada keistimewaan kulit putih atas kulit hitam, tiada keistimewaan kulit hitam atas kulit putih, kecuali kerana takwa.”

Mewujudkan rantau aman dan sejahtera dalam tempoh ibadah haji. Tetamu Allah di Tanah Suci mengadakan perjalanan yang aman menuju bumi dijamin Allah, bumi yang dibangun padanya Baitul Haram (Rumah yang dikawal).

Kawasan aman dikenali sebagai Tanah Suci, bukan hanya menjamin kepada manusia, tetapi meliputi burung di udara dan di daratan, pokok dan rumput rampai semuanya wajib diberi perlindungan, tidak boleh dibunuh haiwan dan dipotong pokok. Inilah keamanan yang tidak pernah dirasai mana-mana kawasan dunia lainnya yang dianugerahkan Allah Taala.

Muktamar dan perhimpunan agung sedunia ada dalam ibadah haji. Mereka menghadiri muktamar ini tidak diundang mana-mana pihak selain Allah. Allah mewajibkan hamba-Nya menunaikan ibadah ini setiap tahun.

Dalam muktamar tahunan ini, semua golongan masyarakat hadir menemui saudaranya seluruh dunia, pemimpin, tokoh politik, ulama dan sebagainya berbincang mencari persefahaman untuk mewujudkan suatu jalan yang lebih baik bagi mencapai cita dan wawasan umat Islam sejagat.

Rasulullah SAW mengingatkan umatnya betapa pentingnya muktamar ini, yang mana Baginda menaiki mimbar dan berucap yang menyentuh kepentingan seluruh umat Islam pada musim haji wadak, iaitu hubungan antarabangsa dibincang bersama dalam kesempatan berkenaan

Sejarah > Hajarul Aswad (Batu Hitam) (الحجر الأسود)

Sejarah asal - usul Hajarul Aswad (Batu Hitam) (الحجر الأسود)

Hajarul Aswad (الحجر الأسود) yang bermaksud batu hitam (aswad) merupakan salah satu batu yang terdapat di penjuru Kaabah.



Terletak di salah satu bucu Kaabah dan bertindak sebagai tanda memulai tawaf itu dengan membetulkan bahu kiri mereka ke arah Hajarul Aswad berpusing sebanyak tujuh kali.

Tawaf bermula dari Hajarul Aswad dan berakhir di Hajarul Aswad juga.

Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi S.A.W. semata-mata, dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajar Aswad), beliau berkata-kata:

“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”

Menurut tradisi Islam, Hajarul Aswad datang dari syurga dan warnanya putih tetapi bertukar warna kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama-sama mereka dosa-dosa yang mereka lakukan

Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin Umar bin Khattab, Hajar Aswad berasal dari syurga. Riwayat oleh Sa’id bin Jubair r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka’b r.a, menerangkan bahawa Hajar Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia.

Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajar Aswad ialah batu yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini. Riwayat-riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (M.224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah.

Tidak ditemukan informasi yang jelas tentang siapa yang meletakkan Hajar Aswad itu pertama kali di tempatnya di Kaabah; apakah malaikat ataukah Nabi Adam a.s.

Pada mulanya Hajar Aswad tidak berwarna hitam, melainkan berwarna putih bagaikan susu dan berkilat memancarkan sinar yang cemerlang.Abdullah bin Amr bin As r.a (7 SH-65 H) menerangkan bahawa perubahan warna Hajar Aswad daripada putih menjadi hitam disebabkan sentuhan orang-orang musyrik. Hal yang sama diungkapkan pula oleh Zubair bin Qais (M. 76 H/65 M).

Dikatakannya bahawa sesungguhnya Hajar Aswad adalah salah satu batu dunia yang berasal dari syurga yang dahulunya berwarna putih berkilauan, lalu berubah menjadi hitam kerana perbuatan keji dan kotor yang dilakukan oleh orang-orang musyrik. Namun, kelak batu ini akan berwarna putih kembali seperti sedia kala.

Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan. Sekiranya Allah s.w.t tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup mamandangnya.

Pada tahun 606 M, ketika Nabi Muhammad s.a.w berusia 35 tahun, Kaabah mengalami kebakaran besar sehingga perlu dibina kembali oleh Nabi Muhammad s.a.w dan kabilah-kabilah terdapat di Mekah ketika itu. Ketika pembangunan semula itu selesai, dan Hajar Aswad hendak diletakkan kembali ke tempatnya, terjadilah perselisihan di antara kabilah-kabilah itu tentang siapa yang paling berhak untuk meletakkan batu itu di tempatnya.

Melihat keadaan ini, Abu Umayyah bin Mugirah dari suku Makzum, sebagai orang yang tertua, mengajukan usul bahawa yang berhak untuk meletakkan Hajar Aswad di tempatnya adalah orang yang pertama sekali memasuki pintu Safa keesokan harinya.

Ternyata orang itu adalah Muhammad yang ketika itu belum menjadi rasul. Dengan demikian, dialah yang paling berhak untuk meletakkan Hajar Aswad itu di tempatnya. Akan tetapi dengan keadilan dan kebijaksanaannya, Muhammad tidak langsung mengangkat Hajar Aswad itu. Baginda melepaskan serbannya dan menghamparkannya di tengah-tengah anggota kabilah yang ada.

Hajar Aswad lalu diletakkannya di tengah-tengah serban itu. Baginda kemudian meminta para ketua kabilah untuk memegang seluruh tepi serban dan secara bersama-sama mengangkat serban sampai ke tempat yang dekat dengan tempat diletakkannya Hajar Aswad. Muhammad sendiri memegang batu itu lalu meletakkannya di tempatnya. Tindakan Muhammad ini mendapat penilaian dan penghormatan yang besar dari kalangan ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu.

Awalnya, Hajar Aswad tidak dihiasi dengan lingkaran pita perak di sekelilingnya. Lingkaran itu dibuat pada masa-masa berikutnya. Menurut Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-Azraki (M. 203 H), seorang ahli sejarah kelahiran Mekah, Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang memasang lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad, setelah terjadi kebakaran pada Kaabah.

Pemasangan pita perak itu dilakukan agar Hajar Aswad tetap utuh dan tidak mudah pecah. Pemasangan pita perak berikutnya dilakukan pada 189 H, ketika Sultan Harun ar-Rasyid, Khalifah Uthmaniah (memerintah tahun 786-809 M), melakukan umrah di Masjidil Haram. Ia memerintahkan Ibnu at-Tahnan, seorang pengukir perak terkenal ketika itu, untuk menyempurnakan lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.

Usaha berikutnya dilakukan oleh Sultan Abdul Majid, Khalifah Uthmaniah (1225-1277 H/1839-1861 M). Pada tahun 1268 H, baginda menghadiahkan sebuah lingkaran emas untuk dililitkan pada Hajar Aswad, sebagai pengganti lingkaran pita perak yang telah hilang. Lingkaran emas itu kemudian diganti semula dengan lingkaran perak oleh Sultan Abdul Aziz, Khalifah Uthmaniah (1861-1876 M).

Pada 1331 H, atas perintah Sultan Muhammad Rasyad (Muhammad V, memerintah pada tahun 1909-1918), lingkaran pita perak itu diganti dengan lingkaran pita perak yang baru. Untuk menjaga dan mengekalkan keutuhannya, Hajar Aswad sering dililit dan dilingkari dengan lingkaran pita perak.

kredit : Carigold Forum
http://berita-harian-online.com/forum/showthread.php?t=516

Rahsia Pergerakan Lawan Jam (Anti Clockwise)



Pergerakan menghasilkan tenaga untuk keseimbangan








Elektron bergerak mengelilingi nukleus dalam arah lawan jam
Jemaah haji dan umrah juga bergerak dalam arah lawan jam


Sewaktu joging atau di trek balapan
Kita selesa berjoging mengikut arah lawan jam
Atlit berlari dalam arah lawan jam

Sewaktu memagnetkan bahan besi atau keluli untuk menjadi magnet
Kita menggerakkan dari arah belakang ke depan
dan kembali dari depan ke belakang
Juga mengikut arah pusingan lawan jam

Begitu juga jemaah haji/umrah bersaie
Bermula dari Bukit Safa ke Bukit Marwah
dan dari Bukit Marwah ke Bukit Safa
Juga kalau diteliti ianya mengikut pusingan atau putaran lawan jam

Sewaktu kita makan juga pergerakan secara lawan jam
Tangan kanan kita gunakan untuk menyuap makanan
dan kembali ke pinggan
yang juga pergerakan lawan jam
Kita buka kepala paip air, juga arah lawan jam.

Secara kebetulan atau itulah rahsia alam.
Subhanallah... Maha Suci Allah.

Hajarul Aswad

Sains > Tawaf

FAKTA
7 keliling kaabah sempurna dan lengkap
Rujun haji dan umrah

SAINS
Pergerakan secara membulat dengan setiap jemaah dikatakan sebagai elemen magnet hasil aktiviti bioelektron akan menghasilkan tenaga atau energi terpusat ke kaabah.
Gerakan objek ikut hukum tangan kanan menghasilkan tenaga.
Energi terpusat secara horizontal dan vertikal.
Tenaga dapat dirasai oleh para jemaah.
Tenaga yang begitu dahsyat
Setiap saat dan ketika sepelusuk dunia
Apabila muslimin dan muslimat bersolat
Tenaga terpusat ke Kaabah Baitullah
Objek hitam adalah pemancar dan penerima tenaga terbaik

RENUNGAN

Kita menggunakan tenaga pabaila memusingkan gasing
Bagaimana kalau gasing berputar sendiri, pastinya menghasilkan tenaga
Elektromagnet yang memotong medan magnet akan menghasilkan gerakan
Manakala gerakan magnet akan menghasilkan gerakan atau tenaga keupayaan
Air terjun akan menghasilkan meutarkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik
Turbin yang bergerak pastinya akan juga menghasilkan gerkan dan menghasilkan tenaga

Titipan Doa Sewaktu Saie

Titipan Doa Sewaktu Saie

Ya Allah
Ya Tuhanku
Aku hendak bersaie di antara Safa dan Marwah
Tujuh kali saie umrah/haji
Hanya keranaMu Allah Taala

Allah yang Maha Agung
Allah yang Maha Agung
Allah yang Maha Agung

Teragung dari segala yang agung-agung
Segala puji-pujian yang banyak tertentu bagi Allah
Maha Suci Allah Yang Maha Agung
dengan puji-pujian
Yang Maha Mulia pagi dan petang
Disebahagian malam hendaklah kamu sujud bagNya
dan berasbihlah disepanjang waktu malam

Sesungguhnya Safa dan Marwah
itu sebahagian dari syiar (lambang)
agama Allah SWT
Maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah
atau mengerjakan umrah
maka tidaklah salah ian bersaie (berjalan berulang-alik)
di antar keduanya
dan sesiapa bersukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan
maka sesungguhnya Allah Maha Pemberi Balasan
lagi Maha Mengetahui

Ya Allah
ampunilah kami
rahmatilah kami
kurniakanlah kami kemurahanMu
dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui
sesungguhnya Engkau mengetahui
apa yang kami tidak mengetahui
dan Engkaulah Allah
Yang Maha Mulia Lagi maha Pemurah

Friday, October 15, 2010

Titipan Doa Tawaf #7

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Ya Allah
Aku mohon padaMu
Iman yang sempurna
Keyakinan yang benar
Rezeki yang luas
Hati yang khusyuk
Lidah yang selalu berzikir (menyebut nama Allah)
Rezeki yang halal dan baik
Taubat nasuha
Dan taubat sebelum mati
Ketenangan ketika hendak mati
Keampunan dan rahmat sesudah mati
Keampunan ketika dihisab
Keberuntungan memperoleh syurga
Dan terhindar dari neraka
Dengan rahmat dan kasih sayangMu

Wahai Tuhanku
Berikanlah aku tambahan ilmu pengetahuan
Dan masukkanlah aku ke dalam
Golongan orang-orang yang soleh

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Wahai Tuhan kami
Berilah kepada kami kebaikan di dunia
Dan kebaikan di akhirat
Dan peliharakanlah kami dari azab neraka
Dan masukkanlah kami ke dalam syurga
Berserta orang-orang yang berbakti
Wahai Tuhan yang Mulia
Pengampun dan menguasai sekalian alam

Titipan Doa Tawaf #6

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Ya Allah
Sesungguhnya Engkau mempunyai banyak hak
Yang ada di antara aku denganMu
Dan banyak kewajiban
yang ada di anatara aku dengan makhlukMu

Ya Allah
Ampunilah kesalahanku terhadapMu
Dan apapun kesalahanku antara makhlukMu
Bebaskanlah aku darinya
Cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal
Terhindar dari yang haram
Dan dengan berbuat taat kepadaMu
Dan terhindar dari perbutan derhaka
Dan dengan nikmat kelebihanMu
Dan terhindar dari mengharapkan orang lain dariMu
Wahai Tuhan yang Maha Pengampun

Ya Allah
Sesunguhnya rumahMu (Baitullah) ini agung
ZatMu juga mulia
Dan Engkau Ya Allah
Maha Penyabar
Maha Mulia
Maha Agung
Yang menyukai keampunan
Maka ampunilah aku

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Wahai Tuhan kami
Berilah kepada kami kebaikan di dunia
Dan kebaikan di akhirat
Dan peliharakanlah kami dari azab neraka
Dan masukkanlah kami ke dalam syurga
Berserta orang-orang yang berbakti
Wahai Tuhan yang Mulia
Pengampun dan menguasai sekalian alam

Titipan Doa Tawaf #5

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Ya Allah
Lindungilah aku di bawah naungan singgahsanaMu
Pada hari yang tidak ada
Naungan selain dari naunganMu
Dan tidak ada yang tinggal kekal selain dari ZatMu
Dan berikanlah aku minuman dari telaga
Nabi Muhammad SAW
Dengan satu minuman yang lazat, nyaman
Sesudah itu aku tidak haus untk selamanya

Ya Allah
Aku mohon padaMu
Kebaikan yang diminta oleh NabiMu
Muhammad SAW
Dan aku berlindungpadaMu
Dari kejahatan sebagaimana yang diminta
Oleh NabiMu Muhammad SAW

Ya Allah
Aku mohon padaMu
Syurga serta nikmatnya
Dan sesuatu yang dapat mendekatkan kepadanya
Baik ucapan ataupun amal perbuatan
Dan aku berlindung padaMu dari neraka
serta sesuatu yang mendekatkan aku kepadanya
baik ucapan ataupun amal perbuatan.

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Wahai Tuhan kami
Berilah kepada kami kebaikan di dunia
Dan kebaikan di akhirat
Dan peliharakanlah kami dari azab neraka
Dan masukkanlah kami ke dalam syurga
Berserta orang-orang yang berbakti
Wahai Tuhan yang Mulia
Pengampun dan menguasai sekalian alam

Titipan Doa Tawaf #4

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Ya Allah
Kurniakanlah haji yang mabrur
Saie yang diterima
Dosa yang diampuni
Amal soleh yang diterima
Dan usaha yang tidak akan mengalami rugi

Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui
Apa-apa yang tersimpan dalam hati sanubari
Keluarkanlah aku dar kegelapan
Ke cahaya yang terang benderang

Ya Allah
Aku mohon padaMu
Segala hal yang mendatangan rahmatMu
Dan segala ampunanMu
Terhindar dari segaladosa
Dan beruntung dengan mendapat pelbagai kebaikan
Beruntung memperoleh syurga
Terhindar dari siksa neraka

Tuhanku
Puaskanlah aku
Dengan anugerah yang telah Engkau berikan
Berkatilah untukku atas semua
Yang engkau anugerahkan kepadaku
Dan gantilah apa-apa yang hilang dariku
Dengan kebajikan dariMu

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Wahai Tuhan kami
Berilah kepada kami kebaikan di dunia
Dan kebaikan di akhirat
Dan peliharakanlah kami dari azab neraka
Dan masukkanlah kami ke dalam syurga
Berserta orang-orang yang berbakti
Wahai Tuhan yang Mulia
Pengampun dan menguasai sekalian alam

Titipan Doa Tawaf #3

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Ya Allah
Aku berlindung padaMu
Dari keraguan dan syirik, pertengkaran
Munafik, buruk budi pekerti, buruk pandangan
Dan salah urus terhadap harta benda keluarga

Ya Allah
Sesungguhnya aku mohon kepadaMu
Keredhaan dan syurgaMu
Dan aku berlindung padaMu dari murkaMu
Dan seksa neraka

Ya Allah
Aku berlindung padaMu
Dari fitnah kubur
Fitnah kehidupan
Dan derita kematian

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Wahai Tuhan kami
Berilah kepada kami kebaikan di dunia
Dan kebaikan di akhirat
Dan peliharakanlah kami dari azab neraka
Dan masukkanlah kami ke dalam syurga
Berserta orang-orang yang berbakti
Wahai Tuhan yang Mulia
Pengampun dan menguasai sekalian alam

Titipan Doa Tawaf #2

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Ya Allah
sesunguhnya Baitullah ini rumahMu
Tanah haram ini tanah haramMu
Hamba ini hambaMu
Dan aku hambaMu anak dari hambaMu
Dan tempat ini adalah tempat berlindung padaMu
Dari seksa neraka
Maka haramkanlah daging dan kulit kami
Dari seksa neraka.

Ya Allah
Cintakanlah kami pada iman
Dan perindahkanlah ia di hati kami
Bencikanlah kami pada perbuatan kufur,
Fasiq, maksiat dan derhaka
Serta masukkanlah kami ini dalam golongan
orang yang mendapat petunjuk

Ya Allah
Peliharalah aku dari azabMu
Dihari yang Engkau
kelak membangkitkan hamba-hambaMu

Ya Allah
Anugerahkanlah aku syurga
Tanpa dihisab

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
Dan segala puji-pujian bagi Allah

Wahai Tuhan kami
Berilah kepada kami kebaikan di dunia
Dan kebaikan di akhirat
Dan peliharakanlah kami dari azab neraka
Dan masukkanlah kami ke dalam syurga
Berserta orang-orang yang berbakti
Wahai Tuhan yang Mulia
Pengampun dan menguasai sekalian alam

Tuesday, October 12, 2010

Titipan doa Tawaf #1

Ya Tuhanku
Aku hendak bertawaf umrah
tujuh pusingan lengkap dan sempurna
Maka permudahkanlah ianya untukku
dan terimalah persembahanku
hanya kerna Allah s.w.t

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
dan segala pujian adalah milik Alla s.w.t

Maha Suci Allah
dan segala pujian adalah bagi Allah s.w.t
dan tiada tuhan melainkan Allah
dan Allah Maha Besar
dan tiada keupayaan mentaati printahMu
dan tiada kekuatan untuk menjauhi laranganMu
melainkan dengan izinMu

Allah Maha Tinggi dan Maha Besar
selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w
Dengan keimanan kepadaMu
dan membenarkan kitabMu
dan menunaikan janjiMu
serta mengikuti jejak sunnah nabiMu Muhammad s.a.w.

Wahai Allah s.w.t
Sesungguhnya aku mohon dariMu
keampunan dan kesejahteraan (kesihatan)
dan penolakan yang berkekalan (terhadap bala bencana agama),
dunia dan akhirat
dan kemenangan dengan mendapat syurga
dan keselamatan dari api neraka

Dengan nama Allah
Allah yang Maha Besar
dan segala pujian adalah milik Allah s.w.t

Wahai Tuhan kami
kurniakanlah kepada kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
dari api neraka
dan masukkanlah kami ke dalam syurga
bersama-sama orang yang berjaya
Wahai Tuhan yang Maha Mulia
lagi Maha Pengampun
wahai Tuhan sekelian alam

Sunday, October 10, 2010

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - إن شاء الل

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - إن شاء الل




Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way


Video & Lyrics Information
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009

Titipan Doa > Solat Musafir

اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ وَالْمَالِ وَالْوَلَدِ وَالأَصْحَابِ ، اللَّهُمَّ احْفَظْنَا وَإِيَّاهُمْ مِنْ آفَاتِ الدُّنْيَا وَعَاهَاتِهَا ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا بِرًا وَتَقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرضَى ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ أَنْ تَطْوِىَ لَنَا الأَرْضَ وَتُهَوِّنَ عَلَيْنَا السَّفَرَ وَأَنْ تَرْزُقَنَا فِي سَفَرِنَا هَذَا سَلاَمَةً فِي الْبَدَنِ وَالدِّيْنِ وَالْمَالِ ، وَتُبَلِّغَنَا حَجَّ بَيْتِكَ وَزِيَارَةِ قَبْرِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكآبَةِ الْمُنْقَلَبِ وَسُوْءِ الْمَنْظَرِ فِي الأَهْلِ وَالْمَالِ وَالْوَلَدِ وَالأَصْحَابِ ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ فِي جِوَارِكَ وَلاَ تَسْلُبْنَا وَإِيَّاهُم نِعْمَتَكَ وَلاَ تُغَيِّر مَابِنَا وَبِهِم مِنْ عَافِيَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ .

Intisari

Ya Allah! Engkaulah teman dalam perjalanan
dan Engkaulah penjaga keselamatan kaum keluarga,
harta benda, anak cucu
dan sahabat handai,

ya Allah, peliharalah kami
dan mereka dari keburukan dunia
dan kerosakannya,

ya Allah sesungguhnya kami bermohon kebaikan
dan takwa dalam perjalanan ini
dan juga amalan-amalan yang Engkau redhai,

ya Allah kami bermohon supaya didekatkan
dan dimudahkan perjalanan kami
dan kurniakanlah kami di sepanjang perjalanan ini
keselamatan tubuh badan, agama dan harta benda,
sampaikanlah maksud kami mengerjakan haji
dan mengunjungi maqam nabiMu Muhammad s.a.w .

Ya Allah! sesungguhnya kami berlindung denganMu
daripada segala mara bahaya di dalam perjalanan
dan perkara- perkara yang mendukacitakan,
jauhilah buruk pandangan pada kaum keluarga,
harta benda, anak cucu dan sahabat handai kami.

Ya Allah! letakkanlah kami
dan mereka sekalian di dalam peliharaanMu,
janganlah Engkau lucutkan nikmatMu dari kami
dan mereka,
janganlah Engkau mengubahkan kesihatan yang ada pada kami
dan pada mereka,
wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Sumber: http://www.e-mosque.com.my/ibadatfardhu/dh01.html

Intisari AlQuran > AlBaqarah: 1-5

Alif laam miim

Tiada keraguan lagi
Menjadi petunjuk mereka yang bertaqwa

Mereka yang percaya kepada yang ghaib
Mereka yang mendirikan solat
dan menafkahkan sebahagian rezeki
yang dikurniakan oleh Allah

Mereka beriman kepada kitab alQuran
yang diturunkan kepadamu
dan kitab-kitab yang diturunkan sebelum itu
dan mereka yakin akan kehidupan di akhirat sana

Mereka tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya
dan merekalah orang-orang yang beruntung

(Intisari AlQuran > AlBaqarah: 1-5)

Secebis Doa di Arafah

Ya Allah
hanya untukMu sahaja solatku
ibadatku, hidup dan matiku
kepadaMu tempat kembaliku
dan untukMu Tuhan
seruanku ini

Ya Allah
Sesungguhnya aku pohon perlindungan padaMu
dari azab kubur
dan keraguan didada yang berkecamuk

Ya Allah
Sesungguhnya aku pohon dariMu
kebaikan yang datang bersama angin
dan aku phon perlindungan kepadaMu
dari kejahatan yang datng bersama angin

Amin
Ya rabbul alamin

Falsafah Haji

Haji merupakan satu pengembaraan berkenaan gambaran ke akhirat iaitu permulaan untuk meninggalkan dunia.

Tujuannya hanya semata-mata untuk kita patuh kepada perintah Allah agar kita mendapat haji mabrur iaitu haji yang diterima oleh Allah. Haji Mabrur dapat diperolehi jika dilakukan dengan sempurnanya.

Perjalanan haji menunjukkan kepatuhan kepada Allah dengan kesusahan serta kepayahan yang dilalui adalah cabaran atau ujian yang dilalui oleh si pengembaran.

Tuesday, October 5, 2010

Adab dan Amalan

Aurat dijaga dengan sempurnanya
Bersih dan Suci tubuh badan sepanjang berihram

Doa dan zikir diperbanyakkan
Dosa dan maksiat diajuhkan

Ibadah diperbanyakkan
Kata kesat dan nesta dijauhkan

Tawaf dilakukan sekerap mungkin
Taat dan patuh perintah Allah
Tiada perbuatan sia-sia dilakukan

Pertengkaran dan perkelahian dijauhkan
Wuduk yang sempurna dilakukan

Pabila Terpandang Kaabah

Ya Allah
Aku bersyukur kepadaMu
Kau sampaikan hajatku ke Baitullah

Ya Allah
Engkau adalah penyelamat hambaMu
dari kebinasaan
Daripada Engkau pula keselamatan diharapkan
Maka kekalkanlah
kami wahai Tuhan kami dalam keselamatan

Tombok Ati 5 Perkaraney



Ubat Hati


1. Baca Quran dan maknanya

2. Mendirikan Solat Malam

3. Berkumpullah dengan orang salleh

4. Perbanyakkan berpuasa

5. Zikir Malam berterusan




Tombok Ati 5 Perkaraney

Friday, October 1, 2010

Titipan Doa

DOA
1. Paling afdal dalam bahasa Arab kerana ianya bahasa al-Quran, bahasa Rasulullah saw dan bahasa di syurga.
2. Dibolehkan berdoa dalam apa juga bahasa .
3. Kekuatan dan keyakinan diri sewaktu berdoa memainkan peranan penting dalam kehidupan kerana kita sentiasa mengharapkan rayuan dan panggilan kita didengar dan dimakbulkan oleh Allah swt.


Ya Allah
kepada Mu kami kembali
dan kepada Mu kami bertaubat
dan kepada Mu kami beribadat
dan Tuhan kamilah yang kami puji.


Doa Selamat

Ya Allah
ampunilah aku
berilah hidayah kepadaku
kurniakahlah aku rezeki
berilah afiat kepadaku

Aku pohon perlindungan Mu
daripada kesempitan tempat berdiri
di hari akhirat kelak


Doa sebelum naik kenderaan

Dengan nama Allah
Segala pujian bagi Allah

Bertasbihlah
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Maha Suci Tuhan yang telah mempermudahkan kami
dan kami tidak syirik kepada Nya
dan kepada Nya kami kembali

Bertahmidlah
Segala pujian bagi Allah
Segala pujian bagi Allah
Segala pujian bagi Allah

Betakbirlah
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Maha Suci Engkau ya Allah
sesungguhnya aku telah menzalimi diriku
maka ampunkanlah daku
kerana sesungguhnya
tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosaku
melainkan Engkau.

Sumber: Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci,
oleh Zahazan Mohamaed dan M Azrul Azlen Abd Hamid (2009) Telaga Biru Sdn Bhd.




Perjalanan Haji Tamattuk

Dari Malaysia ke Miqat di Qarnul Manazil
Sejauh penerbangan 7,530 km

1. Berniat Ihram Umrah kerana hendak masuk ke Mekah
2. Meninggalkan larangan dalam ihram
3. Bertalbiah

Di MEKAH

1. Tawaf Rukun Umrah
2. Saie (Safa dan Marwah)
3. Bercukur
Tanggalkan ihram

(tertunai Umrah untuk Haji)

Aktiviti Berterusan
Membaca alQuran
Tawaf Sunat
Solat Berjemaah
Ziarah di Mekah


8 hb Zulhijjah 1431H (Hari Tarwiah)
1. Berniat Ihram Haji (Tamattuk)
2. Memakai ihram
3. Meninggalkan larangan dalam ihram

Bertalbiah
Bertolak ke Arafah

Membaca alQuran
Tawaf Sunat
Solat Fardhu Berjemaah
Qiamulail

9 hb Zulhijjah 1431H
Wukuf setelah gelincir matahari
waktu wukuf sebelum naik fajar 10 Zulhijjah
Mengikuti khutbah wukuf
Solat Jamak Zuhur dan Asar
Zikir Arafah
Doa
Solat Jamak Maghrib dan Isyak
Selepas isyak, bertolak ke Mudzalifah (naik bas)

Di Mudzalifah
1. Kutip anak-anak batu
zikir
Berdoa
Bermalam (bermabit) di Mudzalifah
Tidak melintasi sempadannya selepas tengah malam unuk ke Mina.

10 hb Zulhijjah 1431H di MINA
1. Melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah
Bercukur (tahallul Awal)
Menanggalkan ihram
Terlepas 10 larangan ihram, namun kekal 3 larangan ihram

Melontar ketiga-tiga jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah
Bermalam 11, 12 bagi Nafar Awal
Melontar ketiga-tiga jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
Bermalam 11, 12 dan 13 bagi Nafar Sani
Zikir, Doa dan Tilawah
Menyembelih korban
Berangkat ke Mekah

di Mekah
1. Tawaf Rukun Haji
2. Saie (Safa dan Marwah)
tahallul Thani

Lengkaplah Ibadah Haji Tamattuk
Lengkap Rukun dan Wajib Umrah Haji
Lengkap Rukun dan Wajib Haji


Membaca alQuran
Tawaf Sunat
Solat Berjemaah
Ziarah di Mekah









FaceBook