Tuesday, May 28, 2013

Sidek Aziz's invitation is awaiting your response

 
 
 
 
 
Sidek Aziz would like to connect on LinkedIn. How would you like to respond?
 
 
 
Sidek Aziz
 
 
 
 
You are receiving Reminder emails for pending invitations. Unsubscribe.
© 2013 LinkedIn Corporation. 2029 Stierlin Ct, Mountain View, CA 94043, USA.
 
 

Monday, May 20, 2013

Invitation to connect on LinkedIn

 
LinkedIn
 
 
 
 
From Sidek Aziz
 
--
Selangor, Malaysia
 
 
 
 
 
 
 

I'd like to add you to my professional network on LinkedIn.

- Sidek

 
 
 
 
 
 
 
You are receiving Invitation to Connect emails. Unsubscribe
© 2012, LinkedIn Corporation. 2029 Stierlin Ct. Mountain View, CA 94043, USA
 

Invitation to connect on LinkedIn

 
LinkedIn
 
 
 
 
From Sidek Aziz
 
--
Selangor, Malaysia
 
 
 
 
 
 
 

I'd like to add you to my professional network on LinkedIn.

- Sidek

 
 
 
 
 
 
 
You are receiving Invitation to Connect emails. Unsubscribe
© 2012, LinkedIn Corporation. 2029 Stierlin Ct. Mountain View, CA 94043, USA
 

Wednesday, May 8, 2013

Macama mana nak tulis?

Macama mana nak tulis?

1. Pendulu lukisan ... Gambaran .
Lihat artikel Joceline Tan.

2. Pendulu Soalan ...bertanya pada pembaca.

3. Pendulu Kutipan ... Kutipan atau quotes

4. Pendulu ringkasan ... Dua tiga ayat pendek

5. Pendulu pantun

6. Pendulu Perwatakan. .. Sesuai untuk rencana proful.
Mata dah Terang selepas oprate tapi masa depan politiknya belum tentu terang.

Raut muka yang agak bulat, kening yang lebat, kumis yang tebal dan dipenuhi rerambut di pipi dan dagunya, ... Razali Endun

7. Pendulu Penglibatan Peribadi.
Pengalaman penulis sendiri. Cth. Pembangunan kutub khanah dilupakan bila pembangunan semula.

8. Pendulu diaog... Dimana anak saya? Perempuan 35 tahun...

PENUTUP.

Penutup perlulah ringkas, sebagai titik akhir menerusi pelbagai teknik. Conto diberi kata nasihat, iktibar, dinyatakan secara langsung tanpa berselindung.

Penutup kejutan. Biarkan pembaca tidak adapat menduga anda menutup rencana. Atau nak sambung artikel seterusnya.

Penutup kenyataan langsung.

Penutup rumusan.

Anekdot satu cerita pendek atau peristiwa.

Penutup semulajadi sesuai untuk kisah benar.

Penutup terdekat.

Penegasan satu tujuan.

Penutup dengan kuipan atau quotes. Kutipan pernyataan . Diakhiri dengan quotes juga.







Sidek Ab Aziz | drsidekaziz@gmail.com | iPAD3

Menulis Rencana. Tujuan dan Jenisnya.

Menulis Rencana. Tujuan dan Jenisnya.

Eh apa tujuan kita menulis? Sebenarnya banyak tujuannya. Ada yang bertujuan untuk memaklumkan sesuatu perkara, mempengaruhi, memujuk sebagai bahan propaganda, memberi inspirasi atau motivasi.

Ada juga yang menulis untuk tujuan menghibur, mengkritik, berkongsi pengalaman, mengisi masa, mahu hidup seribu tahun lagi dan untuk membuat duit.

Artikel lebih ringan atau lebih umum, memikat pembaca.

Bagaimana pula jenis rencana? Pelbagai jenis dan ragamnya seperti rencana profil, wawancara, bagaimana, editorial, kisah benar, kembara, berita, obituari, ulasan dan juga rencana pendapat.

Nak interview? Ada caranya? Buat homework dulu sebelum interview. Baca profilnya, minat, pengalaman, siapkan soalan, ada sesi ice breaking sebelum interview., ketahui pengalaman dahulu. Mulai dengan topik yang disukai dahulu, ada sesi fotografi dan kelengkapan. Advice cara duduk, pakaian, background setup dan sebagainya.

Rencana know how? Bagaimana nak jadi pensyarah yang berjaya. Bagaimana nak buat itu dan ini.

Pengalaman yang unik dapat ditulis untuk dikongsikan dengan kalayak masyarakat pembaca. Kadangkala guna bahasa isyarat untuk sesutu tujuan akibat perbezaan bahasa.

Rencana ulasan, mengulas berita semasa dan ada diselit gosip, sensasi, spekulasi - jangkaan apa yang akan berlaku? Spekulasi bukan fitnah. Tohmah apa kita kata. Fitnah apa dia dah buat. Gossip tidak dinyatakan nama. Ada orang sebut. Sensasi untuk membesarkan sesuatu yang tidak ada. Pojok macam gosip, awang selamat, tun sri lanang. Pojok semacam sindiran untuk pengetahuan orang atas atau bawahan.

Pengalaman perkongsian bersama Roosfa@ukm.my





Sidek Ab Aziz | drsidekaziz@gmail.com | iPAD3

Penulisan Rencana Popular

Penulisan Rencana Popular

Anda nak tulis rencana popular? Bagaimana cara atau tekniknya? Ada ke tips yang boleh digunakan untuk panduan penulisan rencana popular? Hari kedua Bengkel Penulisan oleh Dr Roosfa Hashim, membincangkan perkara ini.

Rencana popular biasanya diterbitkan dalam bentuk majalah atau akhbar. Laras atau lengguk bahasa perlulah diikut sebaiknya. Contoh majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Pelajar, Discovery dan sebagainya.

Macam mana nak tulis? Lazimya perlu pendahuluan, isi dan penutup. Namun itu terlalu asas dan perlu dikembangkan bagi memenuhi kehendak pembaca. Contohnya, menurut kajian atau pembacaan saya, didapati ...

Rencana, makalah atau artikel, kolumnis bagi penulis jemputan, lazimya berbeza panjang pendeknya.

Apa kualiti bagi penulis rencana yang baik? Pastinya penulis mestilah orang yang berilmu pengetahuan, berpengalaman luas, gigih membaca, suka menyelidik, dan peka terhadap perkembangan di sekitarnya. Disamping itu, penulis mesti gemar menyelidik, kuasai bahasa dengan sebaiknya, tahu sumber, tahu akta atau undang-undang yang berkaitan, berdisiplin serta berwibawa.

Rencana popular biasanya menyentuh kehidupan manusia atau human interest. Contoh bazar jualan buku terpakai, kita boleh membuat temu bual, bergambar dengan mereka, kehidupan mereka, berapa lama mereka berniaga dan sebagainya.

Bahan-bahan seperti tempat menarik, buku popular, pengalaman perjalanan atau travelog boleh ditulis dalam skop rencana popular. Sumber bahan selalunya ada di mana-mana dan terkadang ada di depan mata kita.

Sebaiknya penulis kena tahu beberapa akta seperti akta hasutan, akta kolej dan universiti bagi mengetahui undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti.

Sumber rujukan boleh dicari dari buku-buku, majalah, internet, temubual dan sebagainya.

Digalakkan memperuntukkan masa menulis sejam dalam satu hari. Biarlah konsisten. Sedikit lama-lama jadilah bukit. Kalau tidak dimulakan, bila nak jadi?






Sidek Ab Aziz | drsidekaziz@gmail.com | iPAD3

Tuesday, May 7, 2013

Peta minda | Penulisan Umum

Bengkel Penulisan umum

Gaya Penulisan Terbaik

Gaya Penulisan Terbaik

Apakah rahsia sesebuah buku menjadi best seller. Menjadi macam goreng pisang panas yang cepat habis dijual sebaik sahaja keluar dari kuali. Begitulah buku best seller. Pastinya laris di pasaran sebaik diterbit dan diedarkan ke khalayak umum.

Sebagai permulaan disenaraikan 10 tips yang berguna bagi penulis muda.

Analogi sebaiknya digunakan dalam buku umum kerana pada zahirnya masyarakat hanya dapat membandingkan sesuatu dengan apa yang dekat denganpersekitaran mereka. Contonya 4 juta yang dibazirkan dapat membina sepuloh buah sekolah rendah di kampong mereka.

Aspek sebab dan akibat perlu diberi perhatian juga dalam penulisan berbentuk umum. Contohnya rumah runtuh di lereng bukit akibat aliran air bawah tanah yang tersekat, lalu membentuk kekolam air dan meruntuhkan lereng bukit dan seterusnya rumah-rumah runtuh.

Bab-bab dalam buku sebaiknya disusun mengikut klasifikasi tertentu bagi memudahkan pembaca memahami teks. Pembahagian sub topik perlu dilakukan secara logik.

Perbandingan dan bezaan perlu dimasukkan dalam teks umum. Di sini unsur persamaan dan perbezaan dapat dibincangkan. Contohnya perbandingan sikap rakyat Korea Utara dan Korea Selatan selepas pemisahan. Begitu jug sikap rakyat German terhadap Kesatuan Eropah.

Defini sesuatu perkara perlu dijelaskan terutama istilah yang abstrak. Hal ini begitu ketara apabalia menulis buku-buku sains yang banyak istilah-istilah jargon.

Gaya penceritaan mestilah berdasarkan fakta ataupun fiksyen. Tidak semua gaya penceritaan dimasukkan dalam keseluruhan bab. Sebaiknya diselang selikan dengan pelbagai gaya penulisan.

Penulis hebat mesti berani mengeluarkan atau berkongsi pendapat. Hal ini penting bagi merangsang pemikiran pembaca. Ini dapat menarik perhatian khalayak pembaca.

Unsur pemujukan sebaiknya dimasukkan dalam teks kerana ia dapat mempengaruhi pembaca.

Jika buku yang anda tulis berkaitan dengan sesuatu proses, sebaiknya dimasukkan analisanya yang merangkumi aspek persolan demi persoalan ke atas sesuatu perkara.

Sebaiknya dimasukkan unsur penerangan sesuatu perkara. Contohnya sebuah masjid yang indah itu adalah suatu kesimpulan. Mainkan emosi pembaca. Kubah berwarna bitu laut tersergam indah di kelilingi tujuh menara setinggi 40 meter terletak di tepian pantai.


Sidek Ab Aziz | drsidekaziz@gmail.com | iPAD3

Penulisan Kreatif Hebat

Penulisan Kreatif Hebat

Hari ini saya mengikuti sekali lagi bengkel penulisan buku. Kali ini di universiti putra malaysia, berlangsung di Dewan Alkhawarizmi, Pusat Islam. Amat bertauh rasanya dapat berguru dengan Dr Roosfa Hashim dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hampir 30 peserta begitu semangat dan teruja mengikuti bengkel dua hari.

"Penulisan umum dapat dibahagikan secara umumnya kepada beberpa bahagian utama. Syarahan umum, buku umum, rencana umum dan juga laporan.

"Pada dasarnya buku umum dapat dikategorikan kepada buku ilmu pengetahuan, buku komemoratif, biografi, memoir dan autobiografi", jelas Dr Roosfa.

Tajuk buku memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pembaca dan jualan. Kalau tajuk agak klise, pembaca merasa bosan. Contohnya tajuk Isu-isu semasa atau isu-isu kontemporari akan menjadi lapuk mengikut peredaran masa.

Sebaiknya tajuk mestilah fokus, menggambarkan apa kandungan besar yang ditulis dalam buku tersebut.

Buku komemoratif pada dasarnya adalah buku bagi menyimpan sejarah atau kenangan sesuatu perkara. Contohnya penulis Michael Wood .menulis The Story of India. Bagi buku biografi, autobiografi, memoir boleh difokuskan kepada individu atau institusi.



Sidek Ab Aziz | drsidekaziz@gmail.com | iPAD3

FaceBook