Wednesday, May 8, 2013

Penulisan Rencana Popular

Penulisan Rencana Popular

Anda nak tulis rencana popular? Bagaimana cara atau tekniknya? Ada ke tips yang boleh digunakan untuk panduan penulisan rencana popular? Hari kedua Bengkel Penulisan oleh Dr Roosfa Hashim, membincangkan perkara ini.

Rencana popular biasanya diterbitkan dalam bentuk majalah atau akhbar. Laras atau lengguk bahasa perlulah diikut sebaiknya. Contoh majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Pelajar, Discovery dan sebagainya.

Macam mana nak tulis? Lazimya perlu pendahuluan, isi dan penutup. Namun itu terlalu asas dan perlu dikembangkan bagi memenuhi kehendak pembaca. Contohnya, menurut kajian atau pembacaan saya, didapati ...

Rencana, makalah atau artikel, kolumnis bagi penulis jemputan, lazimya berbeza panjang pendeknya.

Apa kualiti bagi penulis rencana yang baik? Pastinya penulis mestilah orang yang berilmu pengetahuan, berpengalaman luas, gigih membaca, suka menyelidik, dan peka terhadap perkembangan di sekitarnya. Disamping itu, penulis mesti gemar menyelidik, kuasai bahasa dengan sebaiknya, tahu sumber, tahu akta atau undang-undang yang berkaitan, berdisiplin serta berwibawa.

Rencana popular biasanya menyentuh kehidupan manusia atau human interest. Contoh bazar jualan buku terpakai, kita boleh membuat temu bual, bergambar dengan mereka, kehidupan mereka, berapa lama mereka berniaga dan sebagainya.

Bahan-bahan seperti tempat menarik, buku popular, pengalaman perjalanan atau travelog boleh ditulis dalam skop rencana popular. Sumber bahan selalunya ada di mana-mana dan terkadang ada di depan mata kita.

Sebaiknya penulis kena tahu beberapa akta seperti akta hasutan, akta kolej dan universiti bagi mengetahui undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti.

Sumber rujukan boleh dicari dari buku-buku, majalah, internet, temubual dan sebagainya.

Digalakkan memperuntukkan masa menulis sejam dalam satu hari. Biarlah konsisten. Sedikit lama-lama jadilah bukit. Kalau tidak dimulakan, bila nak jadi?






Sidek Ab Aziz | drsidekaziz@gmail.com | iPAD3

FaceBook