Tuesday, May 7, 2013

Penulisan Kreatif Hebat

Penulisan Kreatif Hebat

Hari ini saya mengikuti sekali lagi bengkel penulisan buku. Kali ini di universiti putra malaysia, berlangsung di Dewan Alkhawarizmi, Pusat Islam. Amat bertauh rasanya dapat berguru dengan Dr Roosfa Hashim dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hampir 30 peserta begitu semangat dan teruja mengikuti bengkel dua hari.

"Penulisan umum dapat dibahagikan secara umumnya kepada beberpa bahagian utama. Syarahan umum, buku umum, rencana umum dan juga laporan.

"Pada dasarnya buku umum dapat dikategorikan kepada buku ilmu pengetahuan, buku komemoratif, biografi, memoir dan autobiografi", jelas Dr Roosfa.

Tajuk buku memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pembaca dan jualan. Kalau tajuk agak klise, pembaca merasa bosan. Contohnya tajuk Isu-isu semasa atau isu-isu kontemporari akan menjadi lapuk mengikut peredaran masa.

Sebaiknya tajuk mestilah fokus, menggambarkan apa kandungan besar yang ditulis dalam buku tersebut.

Buku komemoratif pada dasarnya adalah buku bagi menyimpan sejarah atau kenangan sesuatu perkara. Contohnya penulis Michael Wood .menulis The Story of India. Bagi buku biografi, autobiografi, memoir boleh difokuskan kepada individu atau institusi.



Sidek Ab Aziz | drsidekaziz@gmail.com | iPAD3

FaceBook