Tuesday, May 7, 2013

Gaya Penulisan Terbaik

Gaya Penulisan Terbaik

Apakah rahsia sesebuah buku menjadi best seller. Menjadi macam goreng pisang panas yang cepat habis dijual sebaik sahaja keluar dari kuali. Begitulah buku best seller. Pastinya laris di pasaran sebaik diterbit dan diedarkan ke khalayak umum.

Sebagai permulaan disenaraikan 10 tips yang berguna bagi penulis muda.

Analogi sebaiknya digunakan dalam buku umum kerana pada zahirnya masyarakat hanya dapat membandingkan sesuatu dengan apa yang dekat denganpersekitaran mereka. Contonya 4 juta yang dibazirkan dapat membina sepuloh buah sekolah rendah di kampong mereka.

Aspek sebab dan akibat perlu diberi perhatian juga dalam penulisan berbentuk umum. Contohnya rumah runtuh di lereng bukit akibat aliran air bawah tanah yang tersekat, lalu membentuk kekolam air dan meruntuhkan lereng bukit dan seterusnya rumah-rumah runtuh.

Bab-bab dalam buku sebaiknya disusun mengikut klasifikasi tertentu bagi memudahkan pembaca memahami teks. Pembahagian sub topik perlu dilakukan secara logik.

Perbandingan dan bezaan perlu dimasukkan dalam teks umum. Di sini unsur persamaan dan perbezaan dapat dibincangkan. Contohnya perbandingan sikap rakyat Korea Utara dan Korea Selatan selepas pemisahan. Begitu jug sikap rakyat German terhadap Kesatuan Eropah.

Defini sesuatu perkara perlu dijelaskan terutama istilah yang abstrak. Hal ini begitu ketara apabalia menulis buku-buku sains yang banyak istilah-istilah jargon.

Gaya penceritaan mestilah berdasarkan fakta ataupun fiksyen. Tidak semua gaya penceritaan dimasukkan dalam keseluruhan bab. Sebaiknya diselang selikan dengan pelbagai gaya penulisan.

Penulis hebat mesti berani mengeluarkan atau berkongsi pendapat. Hal ini penting bagi merangsang pemikiran pembaca. Ini dapat menarik perhatian khalayak pembaca.

Unsur pemujukan sebaiknya dimasukkan dalam teks kerana ia dapat mempengaruhi pembaca.

Jika buku yang anda tulis berkaitan dengan sesuatu proses, sebaiknya dimasukkan analisanya yang merangkumi aspek persolan demi persoalan ke atas sesuatu perkara.

Sebaiknya dimasukkan unsur penerangan sesuatu perkara. Contohnya sebuah masjid yang indah itu adalah suatu kesimpulan. Mainkan emosi pembaca. Kubah berwarna bitu laut tersergam indah di kelilingi tujuh menara setinggi 40 meter terletak di tepian pantai.


Sidek Ab Aziz | drsidekaziz@gmail.com | iPAD3

FaceBook